Bau daun pandan ini memang ramai yang suka. Bukan sahaja untuk dijadikan bunga rampai sebagai wangian istimewa bilik pengantin, bahkan pelbagai juadah kuih muih juga boleh dimasak menggunakan daun pandan ini.
Paling ringkas, jika mahu nasi putih yang ditanak sedap baunya, masukkan sahaja sehelai daun pandan ketika menanak nasi. Hasilnya memang sedap bau masakan jadinya.
Apa yang pasti, daun pandan banyak kegunaannya. Jadi alangkah baiknya jika ditanam untuk kegunaan sendiri.
Jika tiada kawasan di tepi atau di belakang rumah, tanam sahaja di dalam pasu. Boleh juga hidup subur bahkan nampak cantik juga untuk dijdikan sebagai pokok hiasan.
Nak tahu bagaimana caranya, ikuti perkongsian ini.
Ads
Tanam pandan dalam pasu je..cukup baja air gemuk la dia..Ni dah banyak-banyak ni tak tau nak guna wat ape..dulu time tak tanam , selalu terhegeh-hegeh mintak kat umah org…dah ade, malas pulak nak guna..tambahan tiba-tiba tak rajin nak buat kuih muih,masakan berasaskan pandan.so kita jadikan hiasan laman je lah..
cara semaian pandan wangi cara saya:
√buang beberapa helai daun bawah..tinggalkan 2 3 helai dibahagian pucuknya.
Gambar hiasan
√sediakan media tanaman yang peroi (cocopeat+ tanah hitam)
√cucuk anak pokok pada media
Ads
√letak ditempat redup
√siram dua kali sehari (pastikan media sntiasa lembap)
√selepas pucuk baru naik, boleh letak di cahaya matahari pagi
Ads
√jika pokok dah stabil,boleh letak direct matahari
√baja 2 minggu sekali..baja jenis apa-apa je guna tak kisah (baja tahi ayam kedai eco tu pun boleh)
kegunaan pandan wangi
√daunnya boleh diguna untuk buat bunga rampai,
diletak dlm masakan,kuih muih dan sebagainya
√juga cntik ditanam dlm pasu sebagai hiasan taman.
Keputihan melampau buat kita rasa rimas. Tidak kurang juga cecair lain yang menimbulkan rasa gatal pada kawasan sulit. Tak hanya dua perkara ini, adakalanya selepas habis berpantang, vagina terasa gatal tanpa sebab.
Pasti keadaan ini akan menimbulkan ketidakseselesaan malah boleh menyebabkan wanita yang mengalaminya jadi stres.
Selain faktor dalaman seperti bakteria dan sebagainya, soal kebersihan juga menjadi penyebab berlakunya kegatalan pada vagina. Apa yang perlu anda lakukan? Jangan hanya menyimpan perasaan tanpa melakukan apa-apa usaha untuk memulihkannya.
Bagi mengatasi masalah gatal -gatal pada vagina, elok anda cuba petua tradisional yang disarankan ini. Petua tradisional ini telah lama diamalkan oleh nenek moyang kita sejak dulu.
Bahan-bahan:
7 helai daun sireh
1 ibu jari asam jawa
Air secukupnya
Caranya:
Basuh helaian daun sireh hingga bersih.
2. Kemudian rebus daun sireh bersama asam jawa dengan air secukupnya.
3. Angkat dan sejukkan selepas mendidih.
4. Basuh vagina menggunakan air rebusan ini setiap kali selepas buang air kecil atau mandi.
5. Amalkan setiap hari.
Selamat mencuba.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Siapa peminat sambal, perlu cuba kelima-lima sambal yang dikongsikan ini dan seterusnya menjadikan stok wajib ada di rumah. Ini memandangkan sambal ini sangat enak dan tidak dinafikan buat peminat sambal, lagi pedas rasanya bertambah power kenikmatan sambal tersebut.
Pun begitu, jika hari-hari hendak membuat sambal mungkin ada yang menganggapnya leceh. Jadi sebenarnya ada cara dan tip untuk pastikan sambal yang kita sediakan akan kekal elok untuk jangka masa yang panjang.
Ini sebagaimana yang dikongsikan oleh pemilik akaun fb Afi AL Habibi yang cukup dikenali dikalangan peminat resipi masakan. Untuk itu, jom kita cuba buat 5 jenis sambal ini dan praktik beberapa tip yang diberikan. Selamat mencuba.
RESEPI SAMBAL BELACAN MENYENGAT
1. Sediakan bahan-bahan di bawah;
– dua genggam cili padi merah + hijau
– *2 biji bawang merah (saiz bola ping pong)
– *1 ulas bawang putih
– *2 inci belacan
(bahan bertanda * dibakar terlebih dahulu*)
2. Masukkan kesemua bahan tadi ke dalam pengisar.
Tambahkan :
– 3 sudu besar cuka
– 1/2 sudu kecil garam
– 2 sudu besar gula
– secubit dua ajino
– sedikit air masak ( jangan letak banyak. Nanti cair sangat)
* kuantiti garam gula mungkin perlu ditambah atau dikurangkan mengikut bahan atau citarasa
RESEPI IBU SAMBAL KICAP MABELESS
1. Bahan-bahan yang diperlukan;
– dua genggam cili padi hijau
– 8 ulas bawang putih
* Tips sambal kicap lebih sedap dan tahan lama,
– Goreng seketika dua bahan di atas.
– Cili padi perlu dipatah-patahkan supaya tidak meletup semasa menggoreng.
2. Masukkan bahan tadi dalam bekas pengisar.
3. Tambahkan kicap. Cikgu suka guna kicap Jalen lemak manis. Nak guna kicap cap apa pun boleh. Kuantiti kicap menutupi paras bahan tadi.
4. Cikgu tambahkan juga dua sudu kicap pekat dan kicap cair untuk seimbangkan rasanya.
5. Untuk menambahkan kepekatan dan rahsia sambal lebih sedap, cikgu tambahkan kismis dan sedikit bawang goreng untuk dikisar sekali. Perasakan dengan sedikit gula mengikut citarasa.
6. Kisar semua bahan tersebut sehingga lumat. Selepas itu, tuang dalam mangkuk. Kacau sebati. Boleh tambah baik rasa jika perlu.
7. Cara simpan ibu sambal kicap supaya tahan lama:
*masukkan ke dalam bekas yang bertutup. Guna sudu kering setiap kali mengambilnya. Hidang dalam bekas berasingan.*
*kalau simpan terlalu lama dalam peti, sambal kicap akan memekat. Jadi boleh tambah air masak. Kacau sebati. Perasakan lagi sekali jika tidak memadai*
Nak resepi lengkap untuk menu yang boleh disesuaikan seperti tauhu begedil soto, bihun sup, begedil dan lain-lain boleh skroll tengok dekat wall cikgu okay.
RESEPI SAMBAL AYAM PENYET MENGOSEK
Ikut tips penyimpanan cikgu untuk tahan lama. Bahagikan stok untuk simpanan dalam tempoh lama letakkan dalam freezer.
Untuk tempoh 2-3 minggu memadai sahaja simpan dekat chiller.
Sambal boleh bertahan seminggu jika diletakkan diluar peti.
*Gunakan sudu kering setiap kali mengambilnya*
Sediakan bahan berikut untuk digoreng seketika;
– 20 batang cili merah
– segenggam cili padi merah + hijau
*atau kurangkan kuantiti untuk sedikit rasa pedas*
– 1/4 bawang holland
– 2 biji bawang merah saiz bola pingpong
– 4 ulas bawang putih
– 2 biji tomato kecil
– semangkuk kecil ikan bilis
– 1 sudu kecil udang kering
– secubit belacan
Semua bahan yang sudah siap digoreng disejukkan seketika lalu dimasukkan ke dalam tabung pengisar. Tambah sedikit air untuk melumatkan bahan.
*simpan segenggam ikan bilis untuk ditabur dalam sambal selepas ini*
Panaskan minyak gorengan tadi. Masukkan bahan kisar.
Kacau sesekali.
Masukkan baki ikan bilis tadi.
Biarkan sambal masak dalam api perlaha
Perasakan bahan dengan gula perang dan garam bukit secukup rasa.
Cikgu tambah secubit dua perencah Hilal.
Cikgu keluarkan sedikit minyak sambal yang telah pecah minyak
RESEPI AIR ASAM KETAGIH
Untuk tempoh penyimpanan yang lebih lama dan mengekalkan rasanya, cikgu tak terus tambah kulit limau kasturi* Nak makan baru letak.
1. Sediakan bahan-bahan berikut.
– 2 biji bawang merah
– 1 biji bawang besar Holland
– 1 biji tomato
– 3 ulas bawang putih
– 1 inci belacan
Belah dua bahan di atas kecuali belacan. Bakar atas pan non stick.
2. Selepas dibakar, sediakan bahan tambahan;
– 5 biji limau kasturi 2 biji limau nipis.
Perah jusnya. Asingkan biji.
– 5 tangkai cili padi hijau
– 5 tangkai cili padi merah
3. Masukkan semua bahan tadi dalam pengisar.
Tambahkan sekali 1 1/2 gelas air asam jawa.
(Segenggam besar asam jawa + 1 1/2 gelas air)
* Ikut kepekatan yang diingini*
4. Masukkan juga 1 sudu besar garam bukit dan 1/2 sudu besar gula perang. Kemudian kisar selumatnya.
5. Selepas dikisar, masukkan stok air asam ke dalam bekas kedap udara. Simpan dalam peti.
6. Cara hidangan untuk kesegaran berpanjangan.
– Ambil beberapa sudu besar stok air asam. Masukkan dalam mangkuk.Tambahkan potongan bawang merah, tomato dan cili padi. Sedia dihidangkan.
RESEPI SAMBAL JANTAN POWER
Sediakan bahan-bahan di bawah:
– dua genggam cili padi merah
– 2 sudu besar gula
– 3/4 sudu kecil garam ( atau masukkan sikit-sikit)
– 1/2 cuka dari sukatan cili dalam blender
*boleh tambah sedikit air jika alah dengan cuka*
Kisar semua bahan di atas hingga lumat dan selepas sehari dua cili semakin sedap untuk dimakan. Makan dengan nasi bungkus ni jadi sangat.
Nak tahu, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM500 nak beri kepada anak-anak anda! Caranya mudah sahaja, anda perlu kongsikan perasaan rasa bangga menjadi anak Malaysia.
Hari ini, socmedia trending dengan isu sayur naik harga. Situasi ini membuatkan ramai yang mengeluh setelah memikirkan kesannya.
Apabila harga naik, ia akan menjejaskan perbelanjaan harian ketika membeli kelengkapan barang masak.
Sebagaimana carta akhbar Metro yang memaparkan harga sayur sekilogram.
1 Hari 1 Benih.
Dalam pada itu, tinjuan di socmedia, carian ‘sayur naik harga’ menjadi trending kini. Salah satu perkongsian daripada saudara Harun Arun ini telah mendapat perhatian netizen apabila memberi padangan supaya bercucuk tanam di rumah. Katanya 1 hari 1 benih.
Step by step tanam kobis di rumah.
Bagi newbie yang ingin mencuba menanam kobis di halaman rumah, ikuti cara mudah daripada perkongsian saudara Mohd Amri.
Peralatan:
1. Pastikan bekas/pasu/polibeg/tayar kereta terpakai atau macam saya guna bakul kedai eco rm2.10 sahaja.
2. Medium. Nak guna tanah hitam sawit boleh, nak guna tanah 6 in 1 boleh, tanah campur boleh, cocopeat sahaja pun boleh. Janji medium jangan terlalu keras sehingga air tak meresap ke bawah.
Benih
3. Benih kubis. Semai siap-siap sebelum dipindahkan ke medium. Saya ambil masa dalam 13-15 hari, bila anak pokok sudah matang, baru pindah ke bekas. Semaian saya pakai peatmoss.
4. Baja. Ada orang guna baja biji. Ada orang guna baja tahi ayam. Saya pula pengguna baja TPF. So, tepuk dada tanya selera.
CARA TANAM:
Umur 7 hari selepas semai.
Sebelum dipindahkan. Tanam sampai garis merah tu
Lihat video kaedah tanam kobis- Kaedah pindahkan anak pokok yang sudah matang
Ni la rupa selepas dipindahkan.
Selepas dipindahkan. Waktu ini umur 13-15 hari selepas semai.
1. Setiap satu anak pokok hanya satu bekas. Nanti pokok akan melebar. Kalau satu bekas dua pokok, pertumbuhan tak indah la jadinya.
2. Setiap kali siraman dibuat, medium akan menjadi mendak ke bawah kan? Jadi, kubis ni special sikit. Kena kambus balik supaya pokok tak menjadi jinjang sehingga nampak batangnya. Tutup balik batang dengan tanah, boleh tambah tanah baru atau yang sedia ada dalam bekas. Ada video di bawah saya beri untuk lebih jelas.
3. Seminggu sekali saya akan semburkan BIO BOOSTER untuk tingkatkan lagi kesuburan daun dan pertumbuhan yang baik.
4. Pastikan dapat cahaya matahari direct, insha Allah membulat kubis anda tu.
KAWALAN SERANGGA:
1. Untuk serangga seperti ulat daun, belalang dan lain-lain, saya gunakan strex sahaja. Sangat membantu.
2. Seminggu sekali saya akan selangkan juga dengan cuka kayu. Cuka kayu boleh kita bancuh, siram pada medium untuk elakkan kulat terutama musim hujan yang kerap.
TUAIAN:
1. Dari semai biji benih, saya mengambil masa selama 3 bulan sebelum harvest.
Ini hasilnya!
Video petik kubis untuk makan tengahari
Depan rumah. Jadikan landskap.
Bulat aje kobis ni.
Lagi video ilmu tanam kobis
Jom jadikan kubis sebagai landskap rumah. Itu saja, share jika bermanfaat!