Mengawal pengambilan makanan adalah kunci utama untuk kejayaan pesakit diabetes dapat mengawal kandungan gula dalam darah.
Dan tahukan anda, penemuan kajian terkini mendapati bahawa pengambilan jus buah (walaupun ia buah yang segar) jika secara berlebihan boleh menyebabkan peningkatan risiko penyakit diabetes.
Info ini turut dikongsikan oleh Dr Zubaidi Hj Ahmad, bersama kita baca perkongsian ini dan beringat jika ada ahli keluarga yang berisiko mendapat diabetes untuk lebih menjaga dan mengawal pemakanan.
BOLEHKAH JUS MENYEBABKAN DIABETES?
Kajian terbaru yang dilakukan para santis dari Harvard T.H Chan School of Public Health, Boston, Amerika Syarikat, mendapati bahawa pengambilan jus buah (walaupun ia buah yang segar) jika secara berlebihan boleh menyebabkan peningkatan risiko penyakit diabetes.
Sebelum ini, kita mengetahui hanya minuman yang ditambah gula seperti teh tarik atau air bergas didapati menjadi punca kepada penyakit diabetes. Namun penemuan terbaru ini sangat mengejutkan kerana jus buah-buahan dikatakan sebagai minuman yang segar dan banyak khasiat.
Ads
Dalam kajian yang diterbitkan dalam journal Diabetes Care ini, menyebutkan bahawa jus buah-buahan juga boleh meningkatkan risiko penyakit diabetes.
Menurut Dr Jean Philippe Drouin-Chartier, ketua bagi saintis yang terlibat dalam kajian ini memberitahu bahawa minuman manis, termasuk jus buah segar boleh menyebabkan penyakit diabetes. Sebaiknya kita menggantinya dengan minuman yang lebih sihat seperti air putih, dan teh atau dan kopi tanpa gula.
Fakta perlu tahu
Beberapa fakta yang perlu ketahui untuk kita selamat mengambil jus buah-buahan ini.
1. Pengambilan jus buah-buahan boleh diambil dengan syarat serat buah-buahan ini tidak dipisahkan bersama dengan jusnya. Perbuatan mengasingkan serat dari jusnya akan meningkatkan kadar penyerapan gula ke dalam darah.
Ads
2. Tidak mengambil jus buah-buahan secara berlebihan. Bagi kanak-kanak yang berusia kurang dari 6 tahun, American Academy of Pediatrics menyarankan hanya mengambil jus buah-buahan sebanyak 100 hingga 170 gram setiap hari. Sementara kanak-kanak yang berusia 7 hingga 18 tahun, boleh mengambil antara 200 hingga 350 gram dalam sehari. Bagi orang dewasa, pengambilan jus buah-buahan tidak melebihi 2-3 gelas dalam sehari.
3. Tidak menambah gula dalam jus buah-buahan itu yang akan meningkatkan tahap karbohidrat dan kalori dalam minuman itu.
4. Tidak minum jus buah-buahan di waktu pagi ketika perut kosong jika kita alahan terhadap buah tersebut, sebagai contoh jus nenas yang mungkin akan menyebabkan rasa kembung perut.
Ads
5. Tidak menyimpan jus buah-buahan yang telah disiapkan terlalu dalam dalam peti sejuk. Sebaiknya menghabiskan jus tersebut dalam masa 4 jam setelah disiapkan.
6. Beberapa jenis buah seperti mangga, avokado, nangka, atau durian mempunyai tahap karbohidrat yang tinggi. Seeloknya jus buah-buahan yang tinggi karbohidratnya tidak diambil bersama dengan makanan yang berat, contohnya makan tengahari.
Saya sendiri berpendapat bahawa pengambilan jus buah-buahan tidak akan berbahaya jika diambil dengan sederhana dan tidak memisahkan jus dari seratnya.
Pengambilan jus buah-buahan secara berlebihan terutama jus buah-buahan yang mempunyai nilai karbohidrat yang tinggi sudah tentu memberikan kemudaratan kepada peminumannya terutama pesakit diabetes.
Ustaz Ebit Lew sememangnya terkenal dengan usahanya menyebarkan dakwah dengan cara yang tersendiri. Malah, dia sering berkongsi perjalanan dakwahnya baik dengan orang biasa mahupun selebriti.
Baru-baru ini, dia menjemput usahawan tudung, Mawar Karim untuk program Door To Door. Dalam program tersebut, Mawar Karim dilihat tidak dapat menahan sebak apabila menjawab soalan Ustaz Ebit Lew mengenai pesanan terakhir buat anaknya, Wan Maryam jika hari ini merupakan hari terakhirnya hidup di dunia.
Kisah Mawar ini dimuat naik oleh Ustaz Ebit Liew menerusi laman instagramnya. Menurutnya program Door To Door tersebut bakal bersiaran di Astro Oasis tidak lama lagi.
“Sebak bila buat majlis ilmu di rumah Mawar. Syukur jumpa kedua mak ayahnya yang sangat baik.
“Terharu mereka berdua rajin tengok Door to Door Ebit Lew. Mawar sangat positif dan baik.
“Dapat berkongsi doa dan amalan dalam keluarga. Doa bangkit dari kesedihan dan hadiahkan buku Isteriku Bidadari.
“Walau beliau cuba tahan akhirnya beliau meluah rasa dan menangis ketika saya tanya jika mungkin hari ini hari terakhir apa kata nasihat untuk anaknya satu hari nanti.
“Nasihat Mawar agar anak jaga agama dan jaga solat. Saya doakan beliau panjang umur bahagia dan Allah berikan yang terbaik buat hidupnya.
“Benarlah bila ingat Allah hati kita rasa bahagia. Allah sayang,” tulis Ebit.
Mawar dalam pada itu turut berkongsi foto pertemuannya bersama Ebit di laman Instagram. Dia berterima kasih kepada Ustaz Ebit atas sesi perkongsian yang banyak memberinya ilmu.
“Terima kasih banyak-banyak Ustaz @ebitlew sudi datang. Banyak pengisian ilmu yang kami dapat.
“Hanya Allah saja maha mengetahui apa saja yang berlaku pada kita pasti ada hikmah untuk kita muhasabah diri.
“Betul kata ustaz apa yang berlaku kita perlu mengadu dekat Allah cerita dekat Allah, mohon dengan Allah.
“Tidak perlu cerita kepada sesiapa yang alami adalah diri kita. Kita saja yang tahu apa yang berlaku sebenarnya.
“Jangan lupa dekat Allah, sebab Allah sentiasa ingat kita,” tulis Mawar.
Tidak dinafikan sejak pandemik memasuki tahun kedua, kesannya lebih ramai yang mengalami kesempitan hidup hingga menjejaskan kehilangan pendapatan, simpanan makin susut dan sebagainya. Malang ada yang mengalami tekanan, paling drastik ada yang mengambil keputusan untuk membunuh diri.
Apa juga tekanan hidup, sebaiknya jangan mengambil keputusan sebegini, apa pun ingat orang tersayang dan keluarga anda untuk meneruskan kehiduapan. Pelbagai pihak sedia membantu.
Begitu juga kempen kibar bendera putih telah banyak membantu keluarga yang mengalami kesempitan hidup.
Dalam pada itu, pihak Pertubuhan Bdan Kerajaan (NGO) juga pastinya saban hari menghulurkan bantuan kepada keluarga yang memerlukan. Tidak menang tangan dibuatnya. Namun kadang kala, biarpun berusaha untuk memberikan yang terbaik, tentu ada yang keluarga yang belum mendapat bantuan termasuk bekalan keperluan harian keluarga.
Sebagaimana yang dikongsi oleh Pelakon Balkisyh Semundur yang merupakan salah seorang pelakon drama yang pernah menjadi trending iaitu Rindu Awak Separuh Nyawa. Menerusi entri di Instagramnya beliau menasihati keluarga yang menghadapi masalah bekalan lampin pakai buang supaya menggunakan kain lampin.
Beliau menyatakan demikian setelah ramai yang meminta bantuan lampin pakai buang kepadanya.
Katanya, beliau dan pihak NGO tidak mampu menyediakan bekalan lampin pakai buang yang secukupnya kerana permintaan terlalu banyak.
Sy dapat maklumat terlalu ramai yg perlukan pampers untuk anak2 mereka sejak sy upload di IG baru2 ini..sy dah berbincang & berikan maklumat mereka yang memerlukan kepada beberapa NGO.. alhamdulillah ada diantara mereka yg telah dibantu..
Cuma yang menjadi kebimbangannya, bantuan pampers ini mungkin tak akan dapat secara kerap sebab terlalu ramai yg memerlukannya dan tambahan juga ramai orang yg dah terputus bekalan makanan & barangan asas..jadi dana peruntukan akan diutamakan untuk mereka yang amat memerlukan barangan asas & makanan..
Guna lampin
Bagi menjamin keperluan anak2, sy cadangkan kita kembali kepada zaman dahulu atau #backtonature iaitu menggunakan lampin atau napkin..Mmg zaman skarang ianya dianggap remeh & kotor tapi masa kecik sy pon guna napkin nie..Sy berasal daripada keluarga yg susah & adik2 sy hingga yg bongsu pon guna napkin nie..Kalau sy ade baby pon, sy sndri akan buat kaedah ini spy dapat saving memandangkan sy pon dah hilang pendapatan..Biarlah org nk kata apa pn, asalkan sy boleh terus melangsungkan kehidupan yg tak tahu sampai bila boleh bertahan..Pitih dah makin surut bohh..kijee takdokk 😔😔..
Pada sy kaedah ini bolehlah anda guna untuk sementara sahaja & kalau ekonomi dah pulih & pendapatan dah stabil nnt boleh guna pampers balik..Kalau tanya pd En. Google pelbagai teknik yang ada diajar dalam tu..Orang zaman dulu atau tahun 90-an ke bawah termasok sy nie masa kecik mmg guna kaedah nie & alhamdulillah kami helok jekk..Semua orang tengah tenat skarang..Buat masa nie kita kena ubah cara hidup kita yg tak sama dengan khidupan sebelom ini..Semoga kaedah #backtonature ini sedikit sebanyak boleh membantu anda yg telah kehabisan pampers..Sy doakan spy dipermudahkan urusan kita smua & pandemik COVID-19 ini cepat berakhir
Siapa je yang tak sukakan makanan manis? Makanan yang bukan sahaja sedap untuk dimakan, malah boleh dijadikan terapi, terutamanya bagi golongan muda.
Bak kata orang, baik mencegah dari mengubati. Betul? Terlalu obses makanan manis boleh undang pelbagai penyakit! Kalau tidak nampak secara luaran, dalaman badan kita belum tentu terlepas.
Individu yang paling layak untuk menasihati anak muda untuk mengawal pengambilan makanan manis ni semestinya ibu ayah. Malah ada sesetengah ibu ayah sangat mengambil perhatian tentang pengambilan makanan tinggi gula di kalangan anak remaja mereka.
Tiada hidangan manis di dalam rumah dan mereka berharap anak remaja mereka akan mengamalkan pengambilan makanan sihat namun kebanyakan anak remaja yang meningkat dewasa mereka sukar untuk menerima sesuatu yang dipaksa-paksa dan sesetengahnya akan mengambil makanan manis secara berlebihan apabila ibu bapa berjauhan daripada mereka.
Berikut merupakan kaedah yang sesuai untuk membantu anak remaja membuat pilihan sihat dengan bijak:
1. Memahami mengenai makanan yang bernutrisi yang mematuhi pinggan sihat Malaysia #sukusukuseparuh sebagai panduan untuk merancang hidangan utama dan snek.
2. Bincangkan bersama anak remaja anda mengenai makanan yang dikategorikan sebagai ‘makanan gembira’ yang digemarinya serta senaraikan makanan tersebut.
3. Berikan kebebasan kepada anak remaja untuk merancang diet mereka dengan membantu merangka pemakanan yang seimbang.
4. Cadangkan kepada anak remaja untuk membuat pilihan makanannya sebagai contoh terdapat dua majlis di hujung minggu, sepotong kek di majlis hari jadi teman rapat dan sebatang ais krim di majlis perkahwinan ibu saudara di sebelah malam. Ini memberikan tindak balas kepada anak remaja bahawa mereka boleh mempertimbangkan pengambilan makanan manis di dalam dietnya.
5. Menjadi contoh terbaik kepada anak remaja dengan mengambil makanan manis secara sihat.
6. Apa yang kita mahukan adalah remaja yang mampu membuat keputusan dan pilihan makanan yang sihat. Mampu membuat pilihan mengenai pengambilan makanan manis dan memahami konsep pengambilan diet yang bernutrisi tinggi.
Ibu sebak anak maut dihempap pokok kelapa sawit -"Dia pakai cantik, wangi sangat." Seorang remaja lelaki berusia 14 tahun menemui ajal selepas ditimpa sebatang pokok kelapa sawit yang telah reput di Kampung Parit Wak Katek, Sanglang, dalam kejadian sekitar jam 11.30 pagi Selasa.