‘Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit’, ‘Bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian’, itu adalah antara peribahasa yang begitu sinonim dengan amalam menabung. Ini sekali gus mengingatkan dan menyedarkan kita, bahawa duit ini walau disimpan sedikit-sedikit akhirnya akan banyak juga jumlahnya.

Pun begitu, tidak dinafikan ramai sahaja yang memberi alasan tidak dapat menyimpan wang gaji dek kerana merasakan gaji yang diterima terlalu kecil.

“Bang saya tetap susah nak menyimpan bang”
“Ok, apa masalahnya?”
“Gaji saya kecil bang, tak sempat menyimpan duit dah habis”
“Ok, lagi?”
“Itu sahaja bang, dah kerja 7 tahun simpanan saya tak sampai pun sebulan gaji saya”.
“Ok, begini. Kesalahan paling besar kita bab menyimpan ini ialah kita beranggapan GAJI BESAR BARU BOLEH MENYIMPAN”
“Betul bang”
“Paling penting bukan GAJI BESAR, tetapi kita kena ada pemikiran yang besar tentang wang.

Mulakan Menabung Sekecil Nilai Yang Ada & Bukannya Gaji Besar Baru Boleh Menyimpan. Dr Ni Kongsi Caranya!

Betulkan Cara Fikir

Inilah yang cuba dijelaskan oleh Dr Azizul Azli Ahmad di dalam perkongsiannya di facebook. Bersamalah kita pegang kata-katanya dalam usaha untuk membuat tabungan untuk masa depan. Apa yangpPaling penting bukan gaji besar, tetapi kita kena ada pemikiran yang besar tentang wang.

Betulkan cara kita berfikir dan faham tentang wang dulu. Nilai kembali betulkan apa yang kita beli selama ini sesuai dengan gaji kita?
1. Gaji tak cukup atau kereta kita telan semua gaji kita?
2. Gaji tak cukup atau rumah mahal tak padan gaji?
3. Gaji tak cukup atau kita utamakan gaya hidup atau keperluan hidup?

 

“Nilai kembali hidup kita, yang namanya GAJI tak akan pernah cukup jika kita guna untuk GAYA HIDUP dan BUKANNYA KEPERLUAN HIDUP.”

Maka bagaimana kita ingin menyimpan?

Kawan kawan yang mulia,
Mulakan menabung sekecil nilai yang ada, jangan ikut orang dan bina versi menabung kita sendiri. Paling utama adalah KONSISTEN menabung sepanjang masa.

RM10 seminggu = RM40 sebulan
RM40 sebulan x 12 = RM480 setahun

RM20 seminggu = RM80 sebulan
RM80 sebulan x 12 =RM960 setahun

RM50 seminggu = RM 200 sebulan
RM200 sebulan x 12 = RM2,400

RM100 seminggu = RM400 sebulan
RM400 sebulan X 12 : RM4,800 setahun

RM500 seminggu = RM2,000 sebulan
RM2,000 sebulan x 12 =RM24,000

Mulakan Menabung Sekecil Nilai Yang Ada & Bukannya Gaji Besar Baru Boleh Menyimpan. Dr Ni Kongsi Caranya!

Gegadis tak suka lelaki yang boros dan tak ada simpanan, mereka tak suka kita meminjam duit mereka.

Azizul Azli Ahmad
#P.s Sampaikan buat semua agar ramai yang ada tabungan versi sendiri tanpa menyusahkan orang lain nantinya.

Sumber : Azizul Azli Ahmad 

 

ARTIKEL MENARIK: Susah Sangat Nak Simpan Duit? Wanita Ni Kongsi Cara Menarik Menabung 52 Minggu!

LAGI ARTIKEL MENARIK :“Rumah Persaraan Sebaiknya Kecil & Setingkat Sahaja”-Dr Azizul Azli Jelaskan Cara Nak Persiapkan Rumah Persaraan!

Mulakan Menabung Sekecil Nilai Yang Ada & Bukannya Gaji Besar Baru Boleh Menyimpan. Dr Ni Kongsi Caranya!

Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual!
Bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi boleh lakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Hadiah menarik menanti anda sekeluarga!

Yuran hanya RM30.00 sahaja terhad untuk 50 famili sahaja. Satu famili 2 dewasa 2 kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

Mulakan Menabung Sekecil Nilai Yang Ada & Bukannya Gaji Besar Baru Boleh Menyimpan. Dr Ni Kongsi Caranya!

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI