Kawasan paling banyak bakteria adalah bilik air. Tidak hairanlah apabila lambat dibersihkan, jubin di dalam bilik air mudah kelihatan kotor dan comot. Nampak seperti mudah untuk bersihkannya, tetapi sukar sebenarnya jika dibiarkan terlalu lama tak dicuci.
Kebanyakan pencuci yang ada di pasaran mengandungi bahan kimia. Bagi yang alah atau sensitif dengan bahan tersebut menyebabkan jari jemari jadi menggelupas. Nak tak nak, kenalah cari cara lain untuk mencuci jubin yang berlumut, tak kan nak biar nampak kotor, kan?
Apa kata anda cuba pencuci yang menggunakan bahan semula jadi ini, yang penting selamat untuk anda dan juga bayi! Anda cuma perlu sediakan:
Bahan-bahan:
• 7 cawan air
• 1/2 cawan soda
• 1/3 cawan jus lemon
• 1/4 cawan cuka
Caranya:
• Masukkan kesemua bahan ke dalam botol spray, goncang dan spray ke lantai jubin yang berlumut.
Ads
• 2. Biarkan 1-2 minit, kemudian gosok dan bilas.
Serius, anda boleh lihat sendiri hasilnya! Berkesan dan wangi dengan bau lemon.
Tip tandas sentiasa bersih dan wangi:
• Luangkan kira-kira 5 minit setiap hari sebelum mandi untuk mencuci bilik air dan tandas di rumah anda.
• Letakkan sahaja sedikit cecair pencuci ke atas span dan gosok dinding, sinki dan lantai bilik air.
• Gunakan berus untuk membersihkan mangkuk tandas.
Ads
• Gosok segala kotoran dari sinki dan mangkuk tandas sekurang-kurangnya seminggu sekali atau dua minggu sekali. Gunakan berus ketika menggosok dinding dan lantai tandas dan bilik air.
• Gantungkan pewangi yang sesuai di dalam tandas untuk menyingkirkan bau yang kurang menyenangkan.
Panduan Menghias Bilik Mandi:
• Sediakan rak untuk meletakkan ubat gigi, berus gigi, syampu dan sabun.
• Pasang cermin muka di dinding bilik air.
Ads
• Sediakan penyangkut untuk menggantung tuala dan pakaian
• Hias dinding dengan bunga plastik atau daun hijau untuk menyerikan lagi ruang bilik air.
Petua Membersihkan Mangkuk Tandas Yang Kotor Dan Berkerak:
• Tuang cuka ke dalam mangkuk tandas dan biarkan untuk beberapa jam.
• Gosok mangkuk tandas menggunakan berus.
• Selepas kesemua kotoran berjaya ditanggalkan, siram dengan air bersih.
• Selain daripada cuka, boleh gunakan satu tin air coke. Cara pembersihan adalah sama.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Umum tahu yang merokok bukan sahaja boleh membahayakan kesihatan perokok dan orang disekelilingnya, malah duit pun cepat ‘lesap’! Mana tidaknya, asyik tambah stok sahaja, kalau ikutkan sehari pun boleh habis sekotak bagi yang betul-betul ketagih.
Walupun harganya yang mahal, ramai sanggup berbelanja puluhan malah ratusan ringgit demi menghisap rokok.
Nak nasihat untuk berhenti? Tak semua boleh dengar kata orang sekeliling melainkan diri sendiri yang betul-betul berubah untuk hentikan tabiat yang tak mendatangkan sebarang faedah itu.
Baru-baru ini, seorang wanita dapat membuktikan bahawa duit daripada membeli rokok itu boleh digunakan dengan perkara yang lebih berfaedah iaitu dia telah menggunakan wang perbelanjaan rokok suaminya yang telah berhenti dengan memasang set kabinet dapur!
Perkara ini dikongsikannya sendiri dalam satu video di laman instagram miliknya @rumahmungill sepanjang proses kabinet dapur tersebut dipasang beserta kos perbelanjaan.
Kos pemasangan set dapur dianggarkan mencecah Rp 13 juta (RM3,885) dan dibahagikan dengan perbelanjaan rokok yang dianggarkan Rp30 ribu (RM9) sebungkus.
Hasilnya, wanita itu dapat mengurangkan perbelanjaan rokok sebanyak 434 bungkus selama 14 bulan.
Secara tidak langsung, sekiranya suaminya berhenti merokok selama 14 bulan, maka dia berjaya menghadiahkan isterinya sebuah set dapur.
“Inilah akibatnya apabila isteri mencatu rokok suami,” tulis kapsyen video tersebut.
Video tersebut telah menarik perhatian netizen sekali gus terinspirasi dengan idea bernas tersebut.
Umum mengetahui sebagai ibu ayah kita begitu ambil berat tentang setiap apa yang anak-anak kita makan. Kita percaya, dengan pengambilan pemakanan yang seimbang, kaya nutrien, berkhasiat akan dapat membantu membekalkan nutrisi yang diperlukan oleh tubuh badan untuk anak-anak membesar dengan sihat dan pintar.
Pun begitu jangan sesekali terlupa terdapat juga minuman berkhasiat untuk kanak-kanak yang boleh diberikan sepanjang tempoh mereka membesar. Umpamanya minuman berasaskan jus buah-buahan, susu, soya dan pelbagai lagi. Minuman-minuman ini pada hakikatnya dapat menyumbang kepada pertumbuhan kanak-kanak dengan membekalkan kalsium untuk pertumbuhan tulang, tenaga dan mineral yang diperlukan untuk sistem imun.
Oleh itu,ibu dan ayah perlu memainkan peranan yang penting dalam menentukan pengambilan makanan dan minuman yang sihat kepada anak-anak. Memandangkan segala aspek pengamalan gaya hidup dan pengambilan makanan sihat kepada anak-anak dapat dibentuk oleh ibu ayah semenjak awal lagi.
Produk Minuman Terbaharu Yang Sihat & Digemari
Ibu ayah perlu bijak dalam memilih rangkaian produk minuman berkhasiat untuk anak-anak. Selain meneliti khasiat dan kandungan bahan-bahan yang digunakan, pastikan juga ianya digemari oleh anak-anak agar mereka gembira dan seronok menikmati minuman yang diberikan. Ini seperti produk minuman BeauKids Aafiyah Nutri-Jelly Drink iaitu produk minuman jeli yang mempunyai rasa puri strawberi yang sebenar. Tentu sahaja anak-anak menggemari rasanya.
Baru-baru ini BeauSiti X WonderLab telah melancarkan rangkaian produk minuman iaitu BeauKids, yang memberi fokus kepada pembangunan kanak-kanak yang sihat melalui minuman berkahsiat dengan tagline produk; Lebih Lazat! Lebih Berkhasiat!
Produk pertamanya yang diperkenalkan di bawah BeauKids ini cukup istimewa bukan sahaja kerana khasiat yang terkandung di dalamnya malah minuman jeli ini mempunyai rasa yang cukup digemari oleh kanak-kanak dan boleh diminum menggunakan straw bagi kanak-kanak. Jika tidak, masakan Datuk Sri Siti Nurhaliza berkata, “Kalau Aafiyah suka, anak anda pasti suka!”
Minuman Jeli Berkhasiat Khas Untuk Kanak-kanak
Bercerita lanjut tentang Minuman Jeli Berkahsiat BeauKids Aafiyah dari BeauSiti X WonderLab (Aafiyah Nutri-Jelly Drink from BeauKids by BeauSiti X WonderLab), selain diperbuat daripada puri strawberi yang sebenar, minuman istimewa ini digandakan khasiatnya dengan multivitamin seperti vitamin B6, B12, C, E dan Asid Folik yang diformulasikan khas untuk kanak-kanak berumur dua tahun ke atas untuk dijadikan minuman dan snek pilihan.
Tidak dengan itu, jika ibu ayah memilih untuk memberikan Minuman Jeli Berkahsiat BeauKids Aafiyah ini kepada anak-anak, ia juga boleh membantu dalam perkembangan otak kanak-kanak serta dapat meningkatkan sistem imun badan.
Harga yang ditawarkan di pasaran juga adalah terbaik, hanya RM59.00 sekotak sahaja (sekotak mempunyai 10 pek minuman berkhasiat). Bahkan dengan setiap pembelian Minuman Jeli Berkhasiat BeauKids Aafiyah dari BeauSiti X WonderLab ini turut ditawarkan dengan berus gigi Aafiyah yang direka khas secara PERCUMA.
Jadi usah tunggu lagi, apa kata anda dapatkan terlebih dahulu produk minuman berkhasiat ini dan beri peluang untuk anak anda mencuba rasa dan menikmati khasiatnya sepanjang proses mereka membesar.
Sebagai seorang ibu, naluri untuk melindungi anak sentiasa kuat, namun bagi Syasya, bekas anggota kumpulan Dolla, pengalaman pertama mengandung membawa cabaran besar.
Ketika kandungannya baru berusia 30 minggu, beliau hampir melahirkan bayi pra-matang, dan perasaan takut serta bimbang semakin mendalam apabila dimaklumkan bahawa bayinya mungkin tidak dapat bertahan hidup jika dilahirkan terlalu awal. Pengalaman ini memberi erti yang sangat mendalam tentang perjuangan seorang ibu.
“Ketika mengemas barang baby bersama suami, tiba-tiba saya rasa basah. Saya lihat ada darah tetapi tidak berasa sakit dan tertanya-tanya adakah ini normal?
“Jam 12 malam kami ke hospital, ketika itu saya sudah ada kontraksi selang 10 minit. Doktor kata kemungkinan besar saya akan bersalin pada hari itu atau keesokkan harinya.
“Baby baru 30 minggu, berat pun dalam 1.3 kilogram. Jika bersalin memang baby akan terus di masukkan ke unit rawatan rapi (ICU). Saya sedih sangat kerana takut apa-apa berlaku jika dia dilahirkan ketika itu,” ujar Syasya.
Oleh sebab itu, Syasya telah ditahan di wad bersalin selama empat hari untuk doktor memantau keadaannya dan bayi dalam kandungan.
Kongsi Syasya lagi, perkara yang memberi kekuatan sepanjang detik cemas itu adalah doa Nabi Yunus, selain sering berbual dengan anak dalam kandungannya.
“Masa itu saya tidak fikir banyak, cuma doa kepada Allah supaya baby tidak keluar lagi pada masa itu. Jika dia keluar sangat berisiko dan saya harap dia boleh tunggu sampai waktunya.
“Setiap kali kontraksi saya tidak henti membaca doa Nabi Yunus yang dikongsi ibu, selain saya rajin berbual dengan baby sambil mengusap perut. Sebenarnya baby boleh faham apa yang kita cakap,” turut Syasya berkongsi pengalamannya dalam video yang dimuat naik di TikTok.
Syasya berasa lega apabila pemeriksaan kesihatan yang dijalankan selepas itu mengesahkan kandungannya berada dalam keadaan sihat dan pendarahan yang dialami juga telah berhenti.
“Masa mengandung ini harus selalu bersedia dengan perkara tidak terjangka. Perkara yang saya rasa tidak akan berlaku pada diri sendiri akhirnya berlaku. Jadi, berhati-hati dan banyak berzikir.
“Alhamdulillah, keadaan saya okey, kandungan pun sudah masuk 36 minggu dan hanya tunggu masa untuk lahir,” tutur Syasya.
Syasya melangsungkan perkahwinan dengan Nasrullah Mohd. Sapie pada 21 April lalu selepas membuat pengumuman mengejut mengundur diri daripada kumpulan Dolla atas alasan peribad
Sumber: Kosmo
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di