Maksudnya: “Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku”. (Surah Ibrahim ayat 40)
Doa ini adalah doa Nabi Ibrahim as untuk anak-anaknya. Sungguh besar harapan ibu bapa, agar zuriat keturunannya adalah dari golongan yang menjaga solat. Sebagai ibu bapa, kita tidak mampu nak perhatikan anak-anak kita setiap masa, mudah-mudahan, dengan doa ini, anak-anak serta zuriat keturunan kita sentiasa terpelihara dan memelihara solat mereka.
Maksudnya: “…Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami perkara-perkara yang menjadi penyejuk mata kami melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa.” (Surah al-Furqan ayat 74)
Doa ini sangat elok diamalkan oleh setiap pasangan yang mendambakan keluarga yang bahagia. Ini kerana, doa ini bukan sahaja memohon agar beroleh pasangan serta anak-anak yang menjadi penyejuk mata dan penenang hati, malah, doa ini juga memohon agar kita sebagaiibu bapa dapat menjadi role model (qudwah hasanah) buat anak-anak.
Maksudnya: “…Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatmu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu, dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadamu)…” (Surah al-Ahqaf ayat 15)
Doa ini membawa maksud yang sangat mendalam. Sebagai seorang hamba kepada Allah swt, sememangnya kita perlu sentiasa berdoa agar kita tidak lalai dengan nikmat dan rezeki yang Allah telah berikan. Malah, doa ini juga memohon agar kita serta zuriat keturunan kita dapat terus istiqamah beramal soleh kepada Allah swt.
Maksudnya: “Wahai Tuhan kami! Jadikanlah kami berdua orang-orang Islam (yang berserah diri) kepadaMu, dan jadikanlah daripada keturunan kami umat Islam (yang berserah diri) kepadamu, dan tunjukkanlah kepada kami syariat dan cara-cara ibadat kami, dan terimalah taubat kami; sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani.” (Surah al-Baqarah ayat 128)
Doa ini dibacakan oleh Nabi Ibrahim as ketika membina Kaabah bersama Nabi Ismail as. Mudah-mudahan dengan mengamalkan doa ini, kita serta keturunan kita menjadi hamba Allah yang taat dan beribadah dengan cara yang benar serta tidak sesat. Semoga Allah menerima taubat kita.
Maksudnya: “…Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan.” (Surah Ali Imran ayat 38)
Doa ini dibaca oleh Nabi Zakaria as ketika memohon daripada Allah swt agar dikurniakan zuriat. Nabi Zakaria sudah bertahun-tahun kahwin tetapi diuji dengan tiada zuriat. Nabi Zakaria as tanpa putus asa sentiasa berdoa kepada Allah swt agar dikurniakan zuriat yang soleh sebagai penyambung dakwahnya. Akhirnya Allah swt perkenankan doa Baginda dan mengurniakan seorang anak yang bernama Nabi Yahya as.
Maksudnya: “Ya Allah, berilah kefahaman kepadanya dalam urusan agama dan ajarkannya Takwil (tafsir al-Quran).”
Doa ni dibaca oleh Rasulullah saw sewaktu baginda mengusap kepala Ibnu Abbas ketika beliau kanak-kanak. Dan kesannya Ibnu Abbas menjadi seorang yang bijak dan tawaduk. Beliau adalah yang paling banyak meriwayatkan hadis Rasulullah saw semasa hayat beliau.
Anda boleh amalkan bacaan doa ini kepada anak-anak sambil mengusap ubun-ubun mereka. Boleh baca doa ini sewaktu anak-anak tidur ataupun sebelum pergi ke sekolah.
Sumber: Hamil Dalam 3 Bulan
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Setiap kali melihat perkongsian ibunga Dayah Bakar, baik video mahupun gambar, pasti ada saja terselit gelagat lucu anak kecilnya, Achbar Muhammad Fahri yang kini berusia 1 tahun lebih. Membuatkan ramai terhibur.
Terbaru, Dayah berkongsi ucapan sempena hari lahir suaminya, Kapten Hanif. Menurut Dayah, video yang dikongsikan tersebut adalah video yang telah disimpan lama oleh dirinya dan ingin dikongsikan ketika hari lahir suaminya.
Dalam ucapan khasnya buat suami, Dayah menyatakan bahawa suaminya itu adalah seorang ayah dan suami yang sangat baik. Malah, dia turut menitipkan doa agar suaminya sentiasa dalam lindungan Allah.
“Lama simpan video ni sebab memang nak save untuk post today , on your birthday ! 🥰 Happy Birthday syurgaku @hanif_hamidi 🤍 You are my absolute bestest in everything, and everyday I thank Allah for you 🤍
“To the man who makes me and Fahri always feel loved , protected and happiest, my extraordinary Tchanif , Happy Birthday baba🤍🥰 Semoga Allah melindungi , merahmati dan memberi kebaikan untuk Baba dunia dan akhirat . #syurgauntukBaba
Dalam perkongsian tersebut, Dayah memuatnaik video aksi suami Dan anaknya yang cukup mencuit hati. kelihatan Kapten Hanif sedang ‘bermain gitar’ dengan menjadikan Fahri sebagai gitar.
Gelagat dua beranak ini cukup menhiburkan dan ada yang menyatakan bahawa melihat wajah Fahri seakan redha menjadi gitar babanya.
Rata-rata yang menonton terhibur dengan gelagat lucu Kapten Hanif dan Fakhri. Nampak bersahaja tetapi muka Fakhri memang sangat Lucu. Sentiasa ketawa membuatkan warga maya geram dengan kaletahnya.
eitapieces Anak tu pon..redho jo lah..#coz besday dady nyer kan..😂😂❤️
Tiada kata-kata yang digambarkan kesedihan hati apabila salah seorang ahli keluarga tersayang meninggalkan kita. Walaupun pujuk hati redha pemergian insan tersayang, air mata tetap deras mengalir menusuk jiwa mengenangkan kenangan manis bersama.
Semalam, Puan Enie Suriani mendapat perkhabaran duka setelah 24 jam diviralkan kehilangan adiknya di laman sosial medianya. Namun adiknya telah kembali Rahmatullah setelah ditemui lemas di sebuah kompleks air di Bandar Penawar.
Demi Allah Kali ni aku tak kuat. Kali ini aku izinkan utk diviralkan. Mak ok. Memang boboy hilang Dari jagaan mak. Untuk kawan2 saudara2 yg berada di Batam Indonesia sila share. Report kepolisian Sudah dibuat. Mudah2an adik sy dijumpai. Doakan Muhammad shakirin bin Mohammad ditemui dgn selamat. Allahuakbar. Selitkan nama adik sy dlm doa semua
Maaf tak Jaga boy dgn baik
Wildan syurga
Sementara itu, menurut laporan, Enie Suliana Muhammad, 28, berkata, kali terakhir dia berjumpa adiknya Muhammad Sahkirin Mohammad, 19, yang mengalami sindrom down, 13 Februari lalu ketika menghantarnya dan ibu mereka ke Batu 24, Kahang, Kluang.
“Mereka berdua kemudiannya menaiki sebuah teksi dari Kahang ke Bandar Penawar, sebelum meneruskan perjalanan untuk ke Batam, Indonesia.
“Bagaimanapun usaha menghubungi mereka berdua tidak berhasil sehinggalah dua hari kemudian, ibu memaklumkan adik terpisah ketika menaiki bot di kawasan terbabit.
“Ibu meminta saya mencari adik kerana yakin dia masih berada dalam keadaan selamat dan dijaga penduduk tempatan di kawasan kehilangannya,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Menurutnya, dia yang sedar tipisnya peluang menemui adik istimewanya itu dalam keadaan selamat tetap berusaha menjejaki remaja berkenaan di sekitar kawasan terbabit.
“Dua hari saya ke sana dan ke sini, semata-mata mahu pastikan adik ditemui dalam keadaan selamat dengan dibantu suami, adik kedua serta rakan adik.
“Dengan menggunakan dua kereta, kami meneruskan usaha mencari di sekitar Tanjung Balau, Tanjung Belungkor dan Teluk Ramunia, namun tidak menemui sebarang petunjuk baru,” katanya.
Menurutnya, dia kemudian berkongsi berita kehilangan adiknya itu menerusi laman Facebook (FB) Orang Kota-Tinggi bertujuan mendapatkan bantuan kaki pancing yang sering ke laut terutama di kawasan Sedili.
Katanya, ketika itu mereka sekeluarga hanya mampu bertawakal dan berharap perkongsian maklumat, Ahad lalu membuahkan hasil.
“Syukur Alhamdulillah, tidak sampai 24 jam berkongsi kisah itu, saya mendapat jawapan apabila adik dilaporkan ditemui lemas di sebuah kompleks air di Bandar Penawar.
“Kami menghubungi anggota Unit Forensik polis yang mempunyai maklumat penemuan mayat seorang lelaki jam 3 pagi, Sabtu lalu dan dipanggil membuat pengecaman mayat sebelum mengesahkan mayat itu adalah adik bongsu berdasarkan seluar dipakai serta bentuk tubuhnya.
“Jenazah adik dijangka disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Haji Manan, Kluang, selepas semua prosedur membabitkan urusan dokumentasi arwah adik diserahkan sebaik pulang ke negara ini,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Ahsmon Bajah ketika dihubungi mengesahkan mengenai penemuan mayat remaja lelaki pada jam 3.30 petang, pada 16 Februari lalu di kawasan kompleks sukan air di Bandar Penawar. Katanya, penemuan mayat itu susulan laporan kehilangan mangsa pada jam 12.40 malam, 15 Februari lalu.
Kongsi kejayaan di pentas konvokesyen, bapa genggam PhD, anak peroleh Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama. Seorang bapa mencipta mencipta legasi keluarga cemerlang bersama anaknya apabila beliau berjaya menamatkan Ijazah Doktor Falsafah (PhD).