“Ini Gambar 49 Hari Sebelum Mak Meninggal,”-Coretan Lelaki Ni Bikin Netizen Sebak!

Kisah keluarga Encik Mohd Yazid sebelum ini pernah viral di media sosial dek kerana dia berkongsi gambar adik beradiknya yang seramai 16 orang. Turut diceritakan pengalaman hidupnya ketika kecil yang cukup menyentuh hati warganet.

Meskipun dilahirkan di dalam keluarga serba kekurangan dan apatah lagi pada tahun 1991, ketika ibunya mengandungkan anak ke 16, ayah diserang stroke dan lumpuh. Hilang sumber pendapatan. Namun berkat didikan ibu ayah sepenuh hati, mampu menjadikan 16 beradik ini kesemuanya berjaya melanjutkan pelajaran hingga ke universiti.

“Ini Gambar 49 Hari Sebelum Mak Meninggal,”-Coretan Lelaki Ni Bikin Netizen Sebak!

Baru-baru ini Mohd Yazid berkongsi lagi gambar dirinya bersama ibu tercinta di dalam kapal terbang. Namun perkongsian ini cukup menyentuh hati hingga membuatkan warganet  sebak bila mengenangkan perginya orang tersayang dan adakah kita diberi peluang untuk  menunaikan impian dan harapan serta berbakti kepada ibu ayah yang telah banyak berkorban membesarkan kita selama ini.

 

 

Ini perkongsiannya.

IKLAN

“Ini Gambar 49 Hari Sebelum Mak Meninggal,”-Coretan Lelaki Ni Bikin Netizen Sebak!

Ini gambar 49 hari sebelum Mak meninggal dunia. Gambar 15 Mac 2023, dalam flight AirAsia untuk balik ke Kota Bharu. Saya hanya berdua dengan Mak.

 

BACA ARTIKEL MENARIK INI JUGA

 

IKLAN

Kami bawa mak jalan-jalan KL lebih seminggu. Mak ada 4 orang anak menetap di Lembah Klang.

Mak bermalam di rumah saya beberapa hari. Ketika berborak mak banyak kali bagitahu “raso nok mati dh” setiap kali merasai dirinya makin lemah dan makin pelupa.

Saya sedih, tidur dengan linangan air mata.

Ketika saya bawa Mak ke rumah adik di Puchong, Mak sangat gembira dan ceria. Kemudian dalam kereta masa nak balik ke rumah saya, Mak tanya soalan yang saya akan ingat sampai bila-bila. Biarlah ia rahsia.

Alhamdulillah saya bersyukur sangat sebab dapat tunaikan beberapa permintaan mak. Ada 1 yang tak berjaya saya tunaikan, Mak nak buat pembedahan mata dengan Prof. Muhaya. Mak bagitahu harapan nak ke klinik prof, tapi kesihatan tidak mengizinkan.

Bagi sesiapa yang masih mempunyai ibu dan ayah, ketahuilah bahawa masa berbaki tidaklah banyak. Antara penyesalan yang terbesar ialah dari sebab sifat bertangguh, bila kita anggap masih ada masa yang panjang berbaki.

IKLAN

Sumber : Mohd Yazid 

 

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

“Ini Gambar 49 Hari Sebelum Mak Meninggal,”-Coretan Lelaki Ni Bikin Netizen Sebak!

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI