Sejak anak bayi lagi, ibu ayah diberi kesedaran untuk melakukan penjagaan gigi. Malah di pasaran telah ada berus gigi mengikut kategori umur. Bukan itu sahaja,jika di tadika, anak-anak pula diberi pendedahan dengan kedatangan jururawat gigi untuk menunjukkan cara yang betul mengosok gigi.
Walaupun, gigi susu anak bukan kekal, namun penjagaan gigi perlu diberi keutamaan untuk mengelak masalah karies gigi. Apabila masalah ini berlaku ia akan menganggu ketika anak-anak mengunyah makanan, keayakinan diri dan kepetahan bercakap.
Melalui perkongsian oleh Pusat Sejahtera USM telah menyenaraikan jenis-jenis gigi yang dialami oleh kanak-kanak.
Apa lagi, ikuti gigi anak-anak jenis yang mana.
Namun, apa yang pasti, penjagaan gigi susu tidak boleh dipandang ringan dan perlu dititikberatkan kerana gigi jenis ini berada lama dalam mulut iaitu sehingga anak darjah enam. Oleh itu, amat penting memastikan ia dalam keadaan sihat dan tidak rosak .
Ads
Yang Mana Satu Gigi Anak Anda?
Ads
☑️ Gigi yang sihat berwarna putih susu. Permukaannya licin. Ruang antara gigi itu normal untuk tumbesaran gigi kekal nanti.
☑️ Tompok putih itu tanda awal gigi susu nak rosak. Lapisan enamel menipis. Biasanya terdapat di kawasan berdekatan gusi. Dalam keadaan tertentu, tompok putih ini boleh hilang dengan penggunaan flourida. Kalau tompok putih ini dibiarkan, akan menjadi kuning dan coklat.
Ads
☑️ Tompok kuning atau coklat tanda gigi sudah berlubang. Kawasan sekeliling tompok kuning/coklat akan menjadi semakin rapuh. Wajib jumpa doktor gigi dah!! Jangan biarkan.
☑️ Peringkat karies teruk boleh membahayakan anak-anak. Gusi dan muka akan bengkak kalau dibiarkan. Boleh juga menyebabkan gigi dicabut awal.
Sudahkan Anda Membawa Anak Anda Ke Klinik Gigi Untuk Pemeriksaan?
Sejak kebelakangan ini, isu pengambilan vaksin untuk kanak-kanak kembali tular. Malah, satu pendebatan mengenai isu vaksin tersebut berlangsung di salutran TV Al Hijrah. Perdebatan tersebut mendapat perhatian daripada netizen.
Ramai yang bersetuju dengan hujah yang disampaikan Datuk Dr Musa selaku Pakar Perunding Pediatrik.
Pelbagai pandangan dan pendapat diberikan orang ramai tentang hal ini. Antara nya termasuklah Datin Dr Halina Mohd Yunos.
Menerusi laman instagramnya, Dr Halina berkongsi mengenai topik yang kini hangat diperkatakan.
Menurutnya, sebagai ibu bapa kita hendaklah memberikan yang terbaik untuk anak-anak. Salah satu cara adalah dengan memberikan vaksin untuk mengelakkan daripada jangkitan penyakit.
Namun, dengan adanya golongan yang menolak vaksin, anak-anak turut terdedah kepada pelbagai penyakit berbahaya.
“Kenapa saya tulis panjang lebar pasal vaksin ni.. sebab anak-anak saya pergi sekolah sama dengan anak-anak awak semua. Sebab anak-anak kita semua berkawan, mungkin bukan sekarang… tapi suatu hari nanti inshaAllah.
“Jadi, fikir-fikirkan lah.. kita hidup bermasyarakat. Islam ajar kita supaya hormat dan sayang jiran tetangga… jangan pentingkan diri sendiri…
Kalau awak rasa bumi ni flat… sukati lah.. tapi kalau awak antivaccine sampai memudaratkan orang lain.. saya kesah!,” tulis Dr Halina lagi.
Pandangan daripada isteri Angkasawan Negara ini juga dipersetujui oleh para netizen. tambahan pula kini terdapat pelbagai penyakit yang melibatkan kematian kanak-kanak disebabkan sikap degil dan pentingkan diri ibu bapa.
nikhazwani Agree @drhalina! Kita kesah sb kita ada anak2 vaccinated..Sy sgt x setuju bila dia bangkitkan isu side effects lps vaccination sampai ada yg mati la apa la..apo?? Paling koman lps vaksin anak demam 2 hari je lah..tu pn sb terkejut kena jarum agaknya
Doktor Kongsi Fakta Mitos Atau Benar, Ubat Gigi Sumber Arang Boleh Putihkan Gigi
Senyuman seseorang itu nampak sempurna apabila gigi sihat dan cantik. Apabila gigi berwarna kuning, hendak senyum pun terasa malu. Gigi yang tersusun rapi dan putih menjadikan penampilan seseorang nampak bergaya.
Namun adakah ia dapat diperoleh hanya dengan memakai ubat gigi yang bersumberkan arang? Banyak iklan memaparkan yang kononnya ubat gigi daripada arang mampu menjadikan gigi ‘seputih salju.’ Sejauh mana kebenarannya?
Berikut perkongsian fakta daripada Dr Azila Mohd Kassim yang merupakan doktor gigi dari klinik pergigian Azila yang terletak di Bangi.
Menurut Dr Azila, jangan sesekali percaya dengan iklan ubat gigi bersumberkan arang yang kononnya boleh memutihkan gigi. Bahan ini juga tidak akan menghilangkan tartar atau karang gigi.
Arang dipercayai mempunyai mekanisme seperti magnet untuk menarik serta memerangkap kotoran pada gigi. Apabila seseorang itu berkumur, secara teorinya kotoran terbabit akan keluar bersama. Tiada bahan aktif putihkan gigi.
Gigi hanya boleh nampak lebih bersih, tetapi tidak boleh putih seperti didakwa kerana serbuk arang tidak mempunyai apa-apa bahan aktif yang boleh membantu memutihkan gigi.
Molekul serbuk arang sangat kasar dan bersifat menghakis. Kajian menunjukkan, penggunaan seawal empat kali sudah boleh menipiskan enamel gigi, sedangkan lapisan itu penting untuk melindungi dentin, selain lapisan ketiga iaitu pulpa selaku pusat saraf gigi.
Lapisan dentin secara asalnya lebih kuning berbanding enamel. Enamel yang menipis tidak akan terbentuk semula dan dentin yang kuning akan berterusan terdedah. Keadaan ini akan menyebabkan dentin mula menyerap warna kelabu daripada serbuk arang menyebabkan gigi bukan sahaja tidak putih malah menjadi kelabu kekuningan.
Anda boleh menggunakan apa sahaja yang dirasakan sesuai untuk menggosok gigi, tapi perlulah mengikut cara yang betul dan waktu yang bersesuaian. Selain itu, pastikan bahan yang digunakan dalam produk tersebut selamat dan tidak berbahaya.
Rawatan pemutihan atau ‘teeth whitening’ yang sebenar adalah apabila doktor gigi menggunakan bahan carbamide peroxide atau hydrogen peroxide. Hanya kepekatan 35 peratus hydrogen peroxide boleh memutihkan gigi.
Bagaimanapun hasilnya bergantung pada individu dan perlu diselenggarakan oleh doktor gigi bertauliah. Bahan-bahan ini berkemungkinan besar boleh mencederakan gusi sekiranya disalahgunakan.
Sedikit sahaja hydrogen peroxide terkena gusi akan menyebabkan gusi melepuh, terhakis dan menyebabkan ulser. Jangan menggunakan sebarang kaedah pemutihan gigi tanpa konsultasi daripada doktor gigi bertauliah.
Serbuk arang, baking soda dan lemon adalah mitos untuk memutihkan gigi. Di antara kesan buruk pembeli yang pernah mencuba ubat gigi activated charcoal (AC) ini ialah gigi bertambah haus dan sensitif.
Produk yang mengandungi arang atau ubat gigi pemutih ini boleh menghakiskan gigi dengan cepat jika tidak digunakan dengan cara yang betul dan tersalah pilih produk.
Sebenarnya serbuk arang dicampur gaulkan dengan beberapa ramuan dan hasil campuran akan diproses di bawah suhu yang tinggi. Kesannya arang yang terhasil akan menjadikannya lebih halus daripada arang biasa. Maka apabila digosok pada gigi kesannya gigi menjadi kelihatan putih.
Jadi AC ini tidak memutihkan gigi secara langsung. Bahan-bahan tersebut hanya membuang kotoran luaran dan menyebabkan gigi sensitif dan enamel menipis. Bahan ini juga tidak menghilangkan tartar atau karang gigi.
Perlu difahami bahawa warna natural gigi memang agak sedikit kuning. Keadaan ini disebabkan lapisan paling luar gigi (enamel) nipis dan lut sinar. Gigi sebenarnya menampakkan lapisan dalam (dentin) yang berwarna kuning.
Kebiasaannya doktor gigi tidak memandang pelik pada mereka yang memiliki gigi sedikit kuning sebab memang itu warna natural gigi.
1. Beruslah gigi dua kali sehari selama dua minit.
2. Gunakan ‘floss’ gigi sekurang-kurangnya satu kali sehari.
3. Elakkan minuman yang menyebabkan ‘stain’ pada gigi. Contoh kopi, teh dan nescafe.
4. Jangan merokok, shisha, vape dan pengambilan tembakau.
5. Lakukan pemeriksaan gigi berkala di klinik pergigian.
6. Lakukan rawatan pemutihan gigi di klinik pergigian berdaftar.
Apabila usia semakin meningkat, pastinya kita mula menjaga kesihatan. Malah usia 40 tahun ke atas dikatakan segala penyakit akan muncul jika sejak muda tidak menjaga kesihatan termasuk pemakanan dan senaman.
Antara penyakit yang sering menyerang pada usia itu adalah sakit jantung, kolestrol, gout dan kencing manis.
Akibatnya ramai yang sanggup melabur membeli pelbagai pil kesihatan untuk kekal sihat. Namun selain mendapatkan nasihat doktor dan pengambilan makanan tambahan, ada yang mencuba cara alami menggunakan petua alam semulajadi.
Sebagaimana perkongsian ini menunjukkan cara menggunakan bendi sebagai cara untuk menurukan tahap kolestrol dalam badan.
Seterusnya ikuti perkongsian ini.
Turunkan Kolestrol dengan Air Ini
Saya selalu mengalami kebas-kebas kaki. Suami pula tinggi bacaan kolestrol.
Selepas amalkan minum air ini saya tidak lagi kebas kaki, kolestrol suami juga telah turun. Berbaloi kan dari berhabis duit beli ubat setiap bulan.
Cara penyediaannya:
Kacang bendi 10 – 15 biji dibasuh dan dipotong. Air masak 1 liter. Masukkan bendi yang telah dipotong ke dalam air. Simpan di dalam peti sejuk. Minum selalu. Bila air telah habis, boleh ditambah air semula hingga penuh. Air boleh ditambah sehingga 3 kali sahaja. Jangan bimbang jika airnya jadi makin likat. Rasanya akan jadi makin sedap diminum segar.
Kalau ibu atau bapa anda ada Diabetes, kena cepat stop guna Gula Pasir dalam minuman. Tawar? Tak tawar, manis. Guna Pemanis Tanpa Kalori, rasa manis yang tidak menaikkan paras gula dalam darah. Info boleh baca di Sihat Tanpa Gula.