Menurut kajian yang dijalankan oleh NASA, money plant mampu membersihkan bahan cemar bawaan udara seperti VOCs, benzene, toluene, formaldehyde, carbon monoxide dan xylene. Mereka menggelar money plant sebagai “Super Power Houseplant“. Dengan kenyataan ini tentu kita berminat untuk berkebun menanam pokok ini. Menurut puan Huda Zainal, pokok bersaiz kecil ini mudah tanam dan hidup. Ia tidak memerlukan pengurusan yang rumit.
Dengan ini, kepada mereka yang terkenal dengan super duper busy, boleh cuba tanam pokok ini yang punya banyak manfaat. Kecil-kecil cili padi! Rupanya banyak manfaat pokok ni.
IKUTI PERKONGSIAN INI.
Menurut Environmental Protection Agency (EPA) Amerika Syarikat, udara dalam rumah sebenarnya 5 kali ganda lebih kotor daripada luar. Dan kita menghabiskan 80% masa di dalam bangunan.
Menjadikan pokok hidup sebagai hiasan dalam rumah memberi banyak manfaat kepada penghuni. Antara pokok yang sesuai bagi yang baru ingin berjinak dengan pokok hidup adalah ‘money plant’ atau pothos.
Kerisauan paling utama apabila memiliki houseplant adalah takut pokok mati. Namun sifat money plant yang mudah hidup dan tidak memerlukan cahaya untuk terus hidup menjadikan money plant pilihan yang sangat bagus.
Kelebihan money plant sebagai hiasan dalam rumah:
1. Mudah dijaga
Ads
Money plant mampu hidup dalam air atau ditanam pada tanah. Jika di tanah, money plant mampu bertahan dengan tanah yang berkelembapan tinggi atau tanah kering dan tidak mempunyai saliran air yang baik.
Kerana itu, nama lain bagi money plant adalah Devil’s Vine akibat dirinya yang memegang watak “Hard To Kill”.
2. Senang dibiakkan
Potong pada bahagian vine dan rendam di dalam air bersih sehingga tumbuh akar baru. Kebiasaannya, dalam masa 7 hari akan keluar akar baru.
Setelah itu bolehlah dipindahkan ke dalam pasu berisi tanah. Namun jika dibiarkan berbulan dalam air, money plant mampu hidup dan mengeluarkan tunas baru.
3. Mampu tumbuh tanpa cahaya matahari
Ads
Walaupun tanpa cahaya matahari,money plant mampu terus hidup dan bertahan. Cuma proses tumbesaran pokok akan sedikit perlahan dan daunnya hanya akan berwarna hijau sahaja tanpa calitan warna putih kekuningan.
4. Membersihkan bahan cemar dalam udara
Menurut kajian yang dijalankan oleh NASA, money plant mampu membersihkan bahan cemar bawaan udara seperti VOCs, benzene, toluene, formaldehyde, carbon monoxide dan xylene. Mereka menggelar money plant sebagai “Super Power Houseplant“.
Kesemua bahan cemar ini turut dikaji oleh Japan Institute of Science & Technology. Dan mereka juga mendapati money plant mampu menyingkirkan kesemua bahan cemar yang menjadi ancaman kepada kesihatan manusia.
5. Meningkatkan kelembapan dalam udara
Money plant mampu meningkatkan kelembapan dalam udara yang mampu mencegah daripada kerap selsema dan bersin.
Ads
Kerana itu, money plant sangat sesuai diletakkan di dalam bilik tidur bagi membantu mengurangkan masalah bersin setiap pagi.
6. Pokok yang versatile Money plant boleh dihias dengan pelbagai cara. Meletakkan di atas rak atau digantung kerana sifatnya yang mampu hidup dalam pelbagai keadaan.
7. Memberi ketenangan
Kajian dibuat keatas 14 lelaki Jepun yang berusia 21 hingga 27 tahun menunjukkan individu yang memegang daun money plant mampu memberi ketenangan.
Kajian ini menunjukkan bahagian otak yang dipanggil cerebral berada dalam keadaan pegun ketika mereka memegang daun money plant dengan keadaan mata yang ditutup berbanding ketika mereka memegang kain, metal dan bahan buatan manusia.
Jadi untuk yang ingin bermula, money plant sangat sesuai dan bagus untuk dijadikan hiasan dalam rumah.
Siapa yang pernah alami peritnya batuk yang tidak reda-reda tahulah bagaimana rasa tidak selesanya. Sampai ada yang sesak dada dibuatnya kerana batuk tak henti-henti, bahkan ditambah pula rasa gatal dan berkahak, menjadikan hendak buat kerja apa pun terasa tidak selesa.
Hal ini tentunya membuatkan sesiapa sahaja akan cuba ikhitar dengan pelbagai cara selain makan ubat yang sedia ada untuk memastikan tekak yang sakit terasa lega dan sekali gus kembali pulih seperti biasa.
Pasti sahaja kita tidak mahu terus menerus menanggung sakit batuk dalam tempuh yang lama. Andai ubat sedia ada tidak serasi dimakan, ada baiknya cuba petua yang diamalkan oleh Puan Rozza Roha sekian lamanya setiap kali ingin merawat batuk berkahak.
Nak share ilmu ni kat kawan-kawan semua.. Ubat paling mujarab jika kawan-kawan batuk-batuk yang tak pulih-pulih walaupun sudah 2 , 3 hari makan ubat batuk tu kan.
Batuk yang kering tak pecah-pecah kahak , gatal-gatal dalam tekak, batuk-batuk teruk sampai terkencing-terkencing tu boleh la cuba cara ni. Ini petua saya dapat dari sahabat FB saya, Cikgu RinaAyza…sudah beberapa tahun ni saya amalkan, sangat-sangat berkesan cara ni.
Bahan-bahannya:
1 labu bawang putih
Cara Penyediaan:
Langkah 1 :
Bakar atas api kecil, balik-balikkan sampai semua terbakar macam tu.
Langkah 2 :
Apabila sudah sejuk, kupas dan buang bahagian yang hangus.
Langkah 3:
Makan dalam 2 hingga ke 3 ulas sekali makan. Buat la sehari 2 ke 3 kali.
Saya sudah batuk-batuk 2 hari tak hilang-hilang, baru tengahari semalam saya bakar, sudah habis 1 labu bawang saya makan macam tu je.
Batuk-batuk dah pecah, berkahak pagi tadi, sudah buang. Tengahari ni bakar lagi 1 labu bawang putih dah makan 4 ulas tadi..pukul 4 ni batuk-batuk saya sudah beransur lega.
Cuma lepas makan nanti akan mula batuk-batuk macam teruk gak la tapi tak pe, biar je batuk dan dapat buang kahak-kahak tu, buang la..pagi tadi bangun memang teruk batuk saya dan dapat keluar kan kahak-kahak semua.
Sekarang sudah berkurangan batuk saya tapi saya akan habiskan juga bawang-bawang putih ni sampai mlm nanti.
Rasa memang tak berapa sedap tapi boleh la ulam dengan nasi kalau tak sanggup makan macam tu. Saya makan macam tu terus sebab niat kerana nak jadikan ubat dan cepat pulih.
Jika berminat boleh juga sertai event lawatan ke Escape secara virtual pada 6 Ogos ini. Bukan itu sahaja, malah banyak lagi aktiviti menarik menanti anda. Jadi jangan lepaskan peluang segera hubungi nombor yang terdapat di dalam poster di bawah atau klik DI SINI
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Masalah angin merupakan masalah yang sering kita alami. Mungkin tidak menjadi satu gangguan menjejaskan hidup tetapi tetap membuatkan kita berasa tidak selesa untuk menjalani rutin harian.
Secara umumnya masalah angin ini kebanyakannya berpunca daripada udara yang ditelan dan apabila seseorang dalam keadaan tertekan, mereka lebih kerap menelan udara tanpa disedari. Masalah ini disebabkan proses penghancuran makanan oleh bakteria di dalam usus besar yang tidak dapat dihadamkan sepenuhnya.
Selain itu, ia juga menyebabkan perut kembung, sendawa berterusan, lemah tubuh badan, loya dan muntah.
Tetapi, jika dibiarkan berterusan angin dalam badan, boleh membahayakan kesihatan. Oleh itu, ada terdapat beberapa petua boleh digunakan untuk mengeluarkan angin selain mendapatkan nasihat doktor.
Boleh cuba perkongsian Dr Zubaidi Hj Ahmad ini.
Bagi Yang Mengalami Rasa Berangin Dalam Perut. Boleh Cuba. Ini bukan rawatan. Ini Petua.
PETUA BUANG ANGIN DALAM BADAN.
Campuran susu dan halia berupaya membuang angin dalam badan anda. Angin dalam badan membuatkan kita rasa tidak selesa. Jika tidak ditangani, ia boleh menyebabkan sakit pada bahagian kepala dan perut pula rasa tidak selesa.
Selalunya petua untuk membuang angin dalam badan dikaitkan dengan halia. Ya, halia amat bagus untuk kesihatan tidak kira buat lelaki mahupun wanita. Pun begitu, jumlah halia perlu dikurangkan buat wanita yang hamil.
Bahan-bahannya:
1) Susu kotak (jenama apa pun boleh)
2) Halia (sebesar ibu jari)
Cara-caranya:
Hiris halia nipis-nipis, kemudian renehkan ia dengan susu hingga mendidih (api perlahan). Seelok-eloknya minum ketika susu masih suam, anda akan dapat rasai kesannya serta merta. Minum bila-bila masa sahaja jika perlu atau 2-3 kali seminggu.
Selamat mencuba!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Tidak dinafikan orang perempuan ni suka sangat mengumpul barang-barang untuk keperluan rumah dan antaranya suka sangat mengumpul pinggan mangkuk untuk dijadikan koleksi.
Selain disebabkan nampak cantik, pinggan mangkuk ini ada sebahagiannya mempunyai nilai nostalgia yang tersendiri.
Contohnya, koleksi pinggan mangkuk ayan yang bukan sahaja digunakan sebagai alatan menghidang malah mampu mencipta gaya vitaj jika ditempatkan cantik tersusun di dalam kabinet kaca.
Maka sebab itu juga tidak hairan ramai menginginkan koleksi pinggan mangkuk yang unik dan klasik ini untuk dijadikan koleksi peribadi.
Apatah lagi, kini adanya pelbaga jenis rekaan, warna dan bentuk yang cukup cantik di pandangan mata. Sekali gus menyebabkan pinggan mangkuk ayan atau dikenali sebagai enamelware ini dicari-cari. Ya, ia pinggan rekabentuk vintage yang kembali menjadi perhatian masyarakat.
Untuk menghasilkan pinggan mangkuk enamelware, asasnya adalah dari keluli, besi atau aluminium. Bahan tersebut akan disaluti dengan porselin pada tahap suhu tertentu.
Bagi produk berjenama seperti Le Creuset dan produk dari kilang yang diketahui, anda tidak perlu bimbang kerana penghasilan produk ini akan melalui pemeriksaan kualiti yang ketat. Ini penting untuk memastikan ia bebas dari bahan kimia berbahaya terutama logam berat.
Faktor keselamatan mungkin TIDAK terjamin jika produk ayan dari pengeluar yang tidak diketahui. Selain itu, penggunaan pinggan ayan antik juga tidak digalakkan kerana regulasi sebelum ini tidak ketat. Pinggan mangkuk ayan yang telah rosak seperti retak, kemek, bercalar dan berkarat juga perlu dielakkan penggunaannya.
Kebimbangan utama adalah pencemaran logam berat seperti plumbum, kadmium dan uranium. Bahan bahan ini biasanya digunakan untuk memberi warna menarik pada pinggan mangkuk ayan.
Kesan terdedah kepada bahan ini menyebabkan risiko masalah perkembangan otak kepada anak anak. Untuk jangka masa panjang akan akibatkan kerosakan organ lain seperti buah pinggang, hati, tulang dan kanser.
Sekiranya anda ingin menggunakan produk ayan antik, gunakan sebagai hiasan, tempat letak bunga hiasan ataupun pelapik pinggan lain.
Jika anda baru berjinak jinak dengan produk ini, utamakan keselamatan dengan memilih produk yang telah disahkan selamat.
Bagi pengeluar produk seramik yang tidak mempunyai pengesahan kualiti produk, sila melakukan permohonan untuk mendapatkan pengiktirafan dari KKM (Bahagian Keselamatan Makanan) untuk mengesahkan bahawa produk anda bebas pencemaran logam berat.
Keriangan Famili, jom kita melancong secara maya bersama E-Keluargagader dengan menonton video percutian di The Bentong Farm. Best kalau dapat bawa anak-anak ke sana.