Apabila bergelar isteri pastinya banyak cabaran dalam sebuah rumahtangga. Bukan sahaja menguruskan rumah, termasuk juga memberi layanan baik kepada suami dan mendidik anak-anak. Namun jangan sesekali sehingga memberi tekanan pada diri.
Ajaklah suami untuk turut membantu menguruskan rumahtangga. Alangkah manisnya perkahwinan itu apabila suami isteri saling berganding bahu dan saling melengkapi untuk membahagiakan antara satu sama lain.
Sebagaimana perkongsian ini.
Pesanan orang tua-tua untuk semua yang bergelar isteri
Ads
1. Perkahwinan itu memang indah, tapi bukan tempat untuk kita bersenang-lenang. Kena persiapkan diri secukupnya. Berkhidmat untuk suami dan anak-anak mesti dengan ilmu dan kebijaksanaan. Layan suami untuk jadikan dia seorang yang menghargai. Layan anak-anak untuk jadikan mereka orang yang menghormati.
2. Dalam rumahtangga ajaklah suami masuk dapur. Sesekali tukar peranan supaya suami dapat rasa apa yang isteri rasa.
3. Jika belajar tinggi-tinggi tapi suami minta kita dirumah menjadi suri untuknya, belajarlah untuk meletakkan diri kita di tempat yang sepatutnya. Bina persepsi positif suami dan anak-anak terhadap kita, jangan sampai mereka anggap kita sekadar orang dapur yang kerja penat tapi mereka nampak kita bersenang-senang di rumah.
Ads
4. Bijaklah menilai perubahan yang berlaku pada suami. Jika sayangnya makin tipis, marahnya yang berkobar-kobar terhadap kita, cuba semak mesti ada sesuatu yang di sembunyi dan menekan jiwa.
5. Hidup kita bukan untuk mengawal suami dan anak-anak, tapi jaga dan kawallah diri kita agar sentiasa ada ruang untuk kita perbetulkan diri.
6. Bila diuji dengan suami yang suka memukul, membentak, menduakan, curang dan sebagainya carilah Allah, minta nasihat orang yang amanah, dapat simpan rahsia dan mempunyai sifat ihsan. Betulkan diri kita mana yang kurang. Jangan cerita pada orang yang salah. Kelak ia menambah sakit dan menimbulkan fitnah.
Ads
7. Penat itu lumrah, kalau nak Senaraikan kerja harian seorang isteri kat sini.. sampai esokpun tak siap. Tapi Senaraikan besar-besar dan tampal kat dinding rumah. Biar suami dan anak-anak tahu. Senang nak buktikan.
8. Baca zikir Fatimah, jadi supliment bila diri terlalu penat.
Isteri adalah bidadari, tidak dikurniakan untuk kepentingan diri tapi untuk disantuni dan dihargai.
Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) memaklumkan pihaknya terpaksa menangguhkan pengeluaran kad pengenalan kanak-kanak selama enam bulan. Keputusan itu dibuat susulan kekurangan bekalan mikrocip yang kini sedang melanda seluruh dunia.
Bagaimanapun, Ketua Pengarah JPN, Datuk Ruslin Jusoh berkata pihaknya masih meneruskan proses pendaftaran bagi permohonan MyKid seperti biasa.
Jelasnya lagi, JPN akan melakukan pengeluaran MyKid secara berperingkat dengan menggunakan bekalan sedia ada dengan mengutamakan kes-kes tertunggak.
Dalam pada itu, Ruslin mengatakan JPN kini sedang berusaha menyelesaikan tunggakan pengeluaran MyKid sejak industri mikrocip seluruh dunia berdepan dengan krisis akibat pandemik COVID-19 yang berlaku.
“Kita dalam proses untuk menyelesaikan tunggakan permohonan disebabkan masalah kekurangan mikrocip di peringkat global kerana MyKid ini menggunakannya.
“Jadi, JPN bercadang dalam tempoh masa ini kita akan membuat penangguhan sementara pengeluaran MyKid.
“Bagaimanapun, proses ini pasti dilaksanakan juga setelah perolehan bekalan mikrocip dapat diselesaikan dalam tempoh enam bulan,”katanya.
Tambah beliau, ibu bapa boleh menggunakan dokumen surat beranak bagi urusan harian anak-anak mereka seperti permohonan sekolah kepada mereka yang masih belum mempunyai kad pengenalan kanak-kanak (MyKid).
Beliau berkata demikian ketika ditemui dalam sidang akhbar selepas Program Serahan Kad Pengenalan MyKad kepada orang kurang upaya (OKU), Nur Aleeya Ammar di Bukit Godek, Melaka, hari ini.
Sumber: Bernama
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Semua ibu bapa, inginkan anaknya menjadi seorang yang hebat. Malah ada sanggup mendapatkan kelas tambahan agar anak cemerlang dalam pelajaran.
Bagaimana pun, menurut Pendidik Keibubapaan, Dr Taufiq Razif, anak-anak boleh menjadi hebat dengan segelas air.
Tadi saya nampak mood anak saya tengah baik je jadi saya sengaja nak ajar dia satu benda yang boleh buat dia jadi hebat dibandingkan kawan-kawannya yang lain.
Yep, Maryam Soolihah ni baru je 3 tahun tapi apa yang saya ajar ni boleh ubah hidup dia untuk 50 tahun ke hadapan.
Saya ajar dia 5 benda simple je.
PERTAMA : Saya ajar dia untuk guna tangan KANAN bila pegang gelas untuk minum
KEDUA : Saya ajar dia baca Bismillah bila nak teguk air. Tak perlu doa panjang-panjang pun, cukup Bismillah je
KETIGA : Saya ajar anak saya supaya jangan tiup air tu walaupun air tu panas. Biarkan je air tu sejuk sendiri
KEEMPAT : Saya ajar anak saya minum 3 kali dalam setiap gelas yang diminumnya. Kiranya habiskan segelas air tu dalam 3 kali tegukan. Bukan teguk skali harung je sampai habis.
KELIMA : Saya ajar anak saya ucap Alhamdulillah bila dah habis minum. Tu je. Simple kan?
Kenapa saya nak sangat anak saya buat 5 benda simple ni?
#1 – Selain manfaat kesihatan, saya sebenarnya nak anak saya kontrol emosi dia. Bayangkan bila tengah haus ni kita main taram je teguk air. Bila ada step yang dia perlu buat sebenarnya saya dah ajar dia secara halus supaya dia boleh kawal emosi dia sendiri lagi-lagi bila tengah lapar dan haus.
Ni la sebenarnya antara teknik saya ajar anak saya untuk manage emosi mikro dia supaya Emotional Intelligence ( EQ ) anak saya jadi makin hebat! Bila emosi yang mikro pun dia boleh handle, emosi lain yang lebih besar nanti jadi lebih senang la untuk dia kawal.
p/s : Lebih dasyat lagi, ni la sebenarnya apa yang Nabi kita buat bila minum air! Sebijik dengan apa yang Nabi kita sendiri buat taw. Jadi dah baca ni terus amal kat anak masing-masing ye.
** Saya akan share lebih banyak ilmu parenting di Channel Telegram saya ⏩ t.me/NotaTaufiqRazif
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Rasanya macam baru lagi dikejutkan dengan berita pemergian pelakon dan pengacara terkenal, Ashraf Sinclair yang merupakan suami kepada penyanyi terkenal Indonesia Bunga Citra Lestari yang pergi menghadap Ilahi pada Februari 2020.
Walaupun sudah 2 tahun, namun kemesraan pasangan ini sentiasa berlegar di fikiran.Kebahagiaan jelas terpancar di rut wajah mereka malah anak tunggal pasangan ini iaituNoahAidan Sinclair dilihat sangat beruntung kerana dikurniakan ibu bapa yang selalu menyokongnya dan menyayanginya sepenuh hati.
Semalam, Bunga Citra Lestari atau lebih mesra dengan panggilan BCL dilihat memuat naik video ke pusara arwah suaminya sempena ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-14.
Menerusi video itu, BCL membawa kelopak bunga mawar untuk ditabur di atas pusara Ashraf. BCL turut menitipkan ucapan istimewa buat arwah dimana suaminya itu akan sentiasa berada di hatinya.
“14 tahun lalu, kita sudah berjanji untuk sentiasa menyayangi antara satu sama lain. Dan, hari ini walaupun kita berada di dunia yang berbeza dan kehidupan telah berbeza untuk saya di sini tetapi, awak akan selamanya dihati saya. Happy Anniversary!,” tulisnya.
Diruangan komen rata-rata netizen meluahkan rasa sayu melihat video tersebut serta turut mengucapkan selamat ulang tahun dan sedekahkan Al-Fatihah kepada Allahyarham.
BCL mendirikan rumah tangga dengan Ashraf pada 2008 dan pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata lelaki Noah Aidan Sinclair kini berusia 12 tahun.
Cuti sekolah hujung tahun ini kemana anda nak bawa anak-anak bercuti ya? Jika tiada lagi perancangannya, ayuh sertai e-keluargagader LENCUN TIME @Splash Out Langkawi. Jika sebelum ini yuran penyertaan adalah RM70 namun untuk follower KELUARGA ada diskaun 50% untuk anda. Wow! Jangan lepaskan peluang ini, cepat daftar sekarang dengan klik di link TOKO NI.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di