Ini Rahsia Resipi Sup Daging Ala Kedai Tomyam Siam. Mudah Je Rupanya Tapi Terlajak Sedap!

Share

Masak sup daging ni, jika salah masak atau kurang bahan-bahannya, memang sup akan berbau. Tapi jika kena resipinya dan cukup lengkap segala rempah, memang licin sup.

Dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bagi sesetengah negeri, inilah masa untuk mencuba resipi baru. Barangkali inilah masa untuk mengajar anak memasak.

Jadi hanya menggunakan resipi yang mudah tapi sedap bolehlah kita memasak bersama anak-anak. Secara tidak langsung dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan. Maklumlah selama ini, anak duduk di asrama. Inilah masa untuk mengajar anak-anak memasak.

Bagi yang nak mencuba resipi sup daging untuk hidangan keluarga, apa kata cuba memasak dengan anak-anak resipi Sup Daging Ala Kedai Tomyam. Memang sedap. Nak buat pun mudah.

Ikuti perkongsian ini.

Bahan-bahan dan cara penyediannya. Rujuk gambar.
Mula-mula rebus daging yang dah dipotong2. Besar kecik tu belakang kira. Tak payah pikir urat ke apa. Lebur je. Ni guna sepeket daging frozen.
Saya gunakan pressure cooker.. Ala.. Pressure cooker yang berbunyi scary bila tgh masak tu
Kejap jela. Kalau rebus periuk biasa lama lah sikit.
Bila dah siap rebus, campak je 2biji kentang size kecik yang dah dibelah 2. Kalau besar sebiji cukup belah lah 4.
*yang tepi2 tu bukan periuk tak cuci ya. Itu keladak dari daging.
Dalam kuali yg lain, tumis serai 1 batang (dititik), bawang merah 3ulas, bawang putih 3ulas,halia 2inchi, sup bunjut. Saya belasah je bawang besar. Semalam pi beli bawang, bawang dah la mahal. Bawang merah pun habis stok. Alahhh.. Balun je. Ha. Yang kuali ni memang gitu. Kuali legend dari zaman belajar kat politeknik dulu.
Sampai dia caramelised begini ha. Hangus2 sikit tu sedap.. Pastu tuang je masuk periuk daging tadi, on pulak api daging.
Ha. Inilah rahsianya. Perencah sup siam. Ha. Letakkk.
Rebus lah sampai kentang empuk, letak tomato belah 4, batang saderi (tak letak sbb tak ada, orang econsave semalam lambatnyaaa restock barang), garam dan sedikit air limau nipis… Ha. Yg tu pun rahsianya juga. Kalau nak pedas time ni la masuk cili api ketuk je pampam
Tabur daun sup. Mahaplah kurang fresh daunnya . Siap. Memang rasa macam kat kedai siam tu
Lawan pulak dengan buncis goreng dgn carrot ni. Kalau ada ikan goreng lagi sedap terangkat.

Ini pun ilmu gak ni. Kalau lauk utama berkuah, sayurnya kering. Kalau lauk utama kering ie ayam goreng, daging kunyit, ayam kunyit… Sayurnya berkuah. Tu je formula nya. Senang je. Kita buat dia. Semoga ilmu ini jadi bermanfaat. Amin

Selamat mencuba!

Sumber: Nik Hakimah

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

IKLAN