Masak sup daging ni, jika salah masak atau kurang bahan-bahannya, memang sup akan berbau. Tapi jika kena resipinya dan cukup lengkap segala rempah, memang licin sup.
Dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bagi sesetengah negeri, inilah masa untuk mencuba resipi baru. Barangkali inilah masa untuk mengajar anak memasak.
Jadi hanya menggunakan resipi yang mudah tapi sedap bolehlah kita memasak bersama anak-anak. Secara tidak langsung dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan. Maklumlah selama ini, anak duduk di asrama. Inilah masa untuk mengajar anak-anak memasak.
Ads
Bagi yang nak mencuba resipi sup daging untuk hidangan keluarga, apa kata cuba memasak dengan anak-anak resipi Sup Daging Ala Kedai Tomyam. Memang sedap. Nak buat pun mudah.
Ads
Ikuti perkongsian ini.
Ads
Bahan-bahan dan cara penyediannya. Rujuk gambar.
Mula-mula rebus daging yang dah dipotong2. Besar kecik tu belakang kira. Tak payah pikir urat ke apa. Lebur je. Ni guna sepeket daging frozen. Saya gunakan pressure cooker.. Ala.. Pressure cooker yang berbunyi scary bila tgh masak tu Kejap jela. Kalau rebus periuk biasa lama lah sikit. Bila dah siap rebus, campak je 2biji kentang size kecik yang dah dibelah 2. Kalau besar sebiji cukup belah lah 4. *yang tepi2 tu bukan periuk tak cuci ya. Itu keladak dari daging.
Dalam kuali yg lain, tumis serai 1 batang (dititik), bawang merah 3ulas, bawang putih 3ulas,halia 2inchi, sup bunjut. Saya belasah je bawang besar. Semalam pi beli bawang, bawang dah la mahal. Bawang merah pun habis stok. Alahhh.. Balun je. Ha. Yang kuali ni memang gitu. Kuali legend dari zaman belajar kat politeknik dulu.
Sampai dia caramelised begini ha. Hangus2 sikit tu sedap.. Pastu tuang je masuk periuk daging tadi, on pulak api daging.
Ha. Inilah rahsianya. Perencah sup siam. Ha. Letakkk.
Rebus lah sampai kentang empuk, letak tomato belah 4, batang saderi (tak letak sbb tak ada, orang econsave semalam lambatnyaaa restock barang), garam dan sedikit air limau nipis… Ha. Yg tu pun rahsianya juga. Kalau nak pedas time ni la masuk cili api ketuk je pampam
Tabur daun sup. Mahaplah kurang fresh daunnya . Siap. Memang rasa macam kat kedai siam tu
Lawan pulak dengan buncis goreng dgn carrot ni. Kalau ada ikan goreng lagi sedap terangkat. Ini pun ilmu gak ni. Kalau lauk utama berkuah, sayurnya kering. Kalau lauk utama kering ie ayam goreng, daging kunyit, ayam kunyit… Sayurnya berkuah. Tu je formula nya. Senang je. Kita buat dia. Semoga ilmu ini jadi bermanfaat. Amin
Tiada idea untuk menu minum petang apa kata buat puding roti pelangi. Memang mudah nak buat. Rasa pun sedap.
Ikuti resipi ni
Puding Roti Pelangi
Bahan A
20gm agar agar tali..cuci
5 cawan air
3/4 cawan gula
## Masak agar2 dengan air hingga larut agar2
## Masukkan gula..kacau2 Bahan B
4 keping roti gardenia..buang kulit tepi..carik kecil2
1 tin susu cair/susu segar
1 biji telur
2 sudu besar marjerin
2 sudu besar tepung jagung
1 penutup botol esen vanilla (star brand)
Secubit garam
Pewarna ikut suka Cara menyediakan:
1) Blender semua bahan di atas kecuali pewarna hingga hancur halus
2) Tuang dalam periuk agar2 tadi..sentiasa di kacau rata hingga nampak sedikit likat..tutup api
3) Bahagikan adunan agar2 tu kepada 3-4 bekas..setiap bekas..adunan tu dalam 1/2 cawan..warnakan ikut suka
4) Loyang/acuan basahkan dulu dengan sedikit air..kemudian ambil adunan berwarna tuang dalam loyang/acuan berselang seli warna dia hingga habis..biarkan beku sedikit..kemudian tuang baki adunan (kalau suam..panaskan sekejap atas api perlahan) tadi atas adunan berwarna perlahan2 kesemuanya..sejukkan
5) Boleh simpan dalam peti sejuk 2-3 jam keluarkan dan terbalikkan puding atas alas yang sesuai perlahan-perlahan potong ikut suka sedia untuk dimakan
Kredit : Zura zul via mahn
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Kek coklat sudah tentunya menjadi kegemaran anak-anak. Kebiasaan kek ini banyak dijual dipasaran. Sebenarnya nak buat kek coklat memang mudah jika resipinya menggunakan bahan-bahan yang mudah dan kos yang murah.
Begitu juga dengan perkongsian ini. Bahan dan sukatan yang disediakan memamg senang nak buat. Jika newbie yang buat memang confirm jadi. Jangan risau tak ada skill buat kek tapi ikut je resipi ni. Jom buat!
________________________________
Salam semua, first time buat kek coklat kukus ni. Resepi simple simple untuk newbie dessert ni musim musim kena kuarantin kan.
Menu dessert ape lagi yang mudah untuk dicuba? Mohon share sama sama mana tahu kot saya ada bahan dalam dapur tu boleh la try lagi.
By the way resepi kek ni simple dan sedap, insyaAllah!
Okay, so ini bahan bahan mudah untuk buat Kek Kukus coklat :
*Sukatan menggunakan cawan teh / kopi jer*
1 Cawan minyak masak
1 Cawan Tepung Gandum
1 Cawan Serbuk Koko (kalau tak de boleh pakai Milo)
1 Cawan Gula Ising (Saya xde ni, jadi saya pakai 1/2 cawan gula biasa).
1 cawan susu cair
1 cawan susu pekat
1 sudu biasa esen vanilla
1 sudu biasa baking powder
1 sudu biasa soda bikarbonat (saya tak pakai ni pun ok juga kejadian kan kan )
2 biji telur ayam
Cara cara buat adunan:
1. Kacau sebati campuran minyak masak, serbuk koko dan tepung gandum.
2. Kemudian masukkan semua bahan bahan yang lain dan kacau sampai sebati.
3. Sediakan periuk kukus, dan bekas tipuware yang transparent tu dengan penutup. (kena tutup tau supaya wap air kukus tak jatuh kedalam bancuhan kek).
4. Tuang adunan kek tu 1/2 dari size bekas tipuware uolss okay.
5. Kukus selama 45min Kalau dapur kukus elektrik / dapur api gas. (Saya pakai dapur elektrik periuk kukus).
Untuk sos coklat :
1. 2 sudu biasa mentega
2. 1 sudu serbuk coklat
3. 1 cawan susu pekat
Masak atas api sederhana sampai semua bahan cair dan sebati, tuang atas kek yang siap panas panas.
Fuhhh!! Feeling dia macam makan kek Lava Coklat Secret Recipe tu. Maklumlah rindu secret recipe masa tengah buat kek ni. Berangan kan FREE!
Selamat mencuba semua. Dah berjaya buat share kat komen ye.
Kredit: Aznida Aziz
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Bila duduk rumah ni, untungnya boleh asah skill memasak. Mana taknya, pantang nampak ibu macam tak berapa nak busy, ada la yang request makanan yang susah-susah!
Misalnya macam resipi yang min nak share hari ni, Nasi arab. Sesetengah resipi ada guna rempah tambahan kan untuk bagi sedap? Haaa tak payah semua tu! Ikut Je cara ni, mudah, ringkas & paling penting sedap. So… tunggu apa lagi? P cari pen kertas catit resipi dari Noor Atika Mahamood ni cepat!
~~ Assalammualaikum, hari ni sy nak kongsikan resepi Nasi Arab yg simple utk berbuka… Resepi ni sy R&D sendiri (olah sedikit drpd resepi2 yg sy study),,setiap org kan ada cara dan citarasa sendiri,, 😃😁 ok Jom tgk bahan2 dan tutorial dibawah 👇👇👇
NASI ARAB SIMPLE 👩🍳👩🍳👩🍳
Bahan rebus ayam :
– 4 ketul ayam bahagian peha
– 1 sk ketumbar
– 1 sk jintan putih
– 1 sk jintan pedas
– 1 sk lada hitam
– 1/2 sk lada putih
– 1 kiub ayam
– 1 biji tomato belah 4
– 1 sk rempah beriani
– sedikit garam
** Cara memasak ada pd setiap gambar.
Cara-cara rebus bahan:-
1. Rempah ratus utk rebus ayam dan menumis nasi.
2. Cuci ayam bersih2, toskan, hiris2 mcmni supaya bila rebus nanti.. Segala rempah ratus meresap dlm ayam. Ayam akan jd sedap in sha Allah 😊
Noryn Aziz berkongsi rahsia gaya hidup sihat apabila berjaya meninggalkan makanan segera selama bertahun-tahun, mengurangkan pengambilan nasi dan mengamalkan kawalan kalori setiap hari.