Perkongsian kali cukup berguna untuk peminat tegar masakan bersambal. Pasti di dalam peti sejuk tersedia stok cili kisar.
Bagi memastikan cili kering yang telah dimesin kekal elok dalam tempoh berbulan-bulan lamannya, anda boleh amalkan cara ini sebagaimana yang sering dipraktikkan oleh Puan Mim Nazihah.
Kak mim nak share cara buat cili kisar yang tahan berbulan tak berkulat…mesti ramai yang dah tau kan… tapi takpe, nak share jugaklah, mungkin ada sorang dua yang masih tak tau kan…
Selalukan kalau kita blend cili kering, simpan dalam peti ais, tak sampai seminggu ia dah masam dan naik kulat putih kan…
inshaa Allah buat camni tahan lama, sebulan dua tak berkulat…
Bahannya :
Ads
40gm cili kering
3 labu bawang putih
Air tapis
Cara buat :
1. Potong cili kering dan kupas bawang putih, cuci bersih.
Ads
2. Rebus cili kering bersama bawang putih sampai lembut cili tu.
3. Kemudian toskan. (Tak perlu basuh lagi ye, cuma tos saja, sebab tadi kita dah cuci bersih, kalau basuh balik guna air paip nanti cili kisar tak tahan lama).
4. Biarkan sekejap agak² sejuk sikit, kemudian kisar dengan menggunakan air tapis. Jangan guna air paip ye, guna air tapis. Dan satu lagi bawang putih bertindak sebagai anti kulat.
Inshaa Allah cili akan tahan lama dan tak berkulat.
selamat mencuba.
sumber : Mim Nazihah Via MAHN
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Musim rambutan ni memang banyak kelihatan buah ni di pohon-pohon tepi rumah atau kebun. Memang meriah.
Lambakan buah rambutan yang banyak ini selain enak di makan begitu sahaja, enak pula dibuat jem. Malah ada yang menghiris isinya untuk dibekukan. Enak dimakan ketika sejuk.
Namun, perkongsian oleh Puan Jamilah Kak Mel melalui Masak Apa Hari Ni begitu inspirasi apabila menggunakan hirisan isi rambutan untuk membuat agar-agar buah. Menarik perkongsian ni.
Gigih! Asingkan isi dgn bijinyer..
Pastu kita buat agar2 lagi!!!
Kali ni agar2 rambutan selasih!
Bahan2
********
*Buah rambutan yang dah diasingkan daripada biji
*10g serbuk agar2
*1 cwn gula kasar
*5 cwn air
*Biji selasih -rendam sampai kembang (jika suka)
*Sedikit perwarna biru
Cara membuatnya
******************
*Didihkan serbuk agar, gula kasar, air dan sedikit pewarna biru. Tutup api apabila mendidih dan sejukkan sebentar
*Susun isi buah rambutan ke dalam bekas
*Masukkan agar2 tadi ke dalam bekas tersebut
*Kemudian masukkan biji selasih
*Akhir sekali masukkan agar2 lagi
*Sejukkan dan hidangkan apabila agar2 sudah mengeras
GAMBAR PENYEDIAAN:
Sedapnya makan ketika sejuk.
Selamat mencuba!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sebagai anak kita tentu prihatin dengan kesihatan ibu dan ayah kita. Maklumlah orang tua ini, kesihatan mereka sering juga terganggu dek kerana faktor usia dan sebagainya. Biasanya antara yang sering diadukan tentang tahap kesihatan mereka adalah badan asyik rasa lenguh-lenguh dan terasa berangin satu badan. Kalau kita ada disisi ibu ayah ketika itu, bolehlah juga diurut mana termampu.
Namun tahukah anda, sebenarnya ada petua yang boleh melegakan lenguh-lenguh tubuh dan sekali gus meredakan angin dalam badan ini. Ini sebagaimana yang sering dilakukan oleh seorang anak bernama Fandy Mieyza kepada orang tuanya. Malah minuman jus yang sering dibuatnya itu juga elok untuk rendahkan kolestrol dalam badan dan sekali gus boleh juga jika diamalkan untuk tujuan menurunkan berat badan. Jadi jom semak apakah petuanya itu dan cara penyediaannya itu.
“Balik rumah mak sekejap tadi , sempat buatkan stok Jus Halia Bermadu untuk mak…Jus ni bagus , boleh keluarkan angin di dalam badan , boleh rendahkan paras kolesterol , turunkan berat badan dan lain2 lagi…”–Fandy Mieyza
JUS HALIA BERMADU
Bahan-bahan:
3 biji lemon
6 inci halia
3 cawan air
3 cawan madu
Langkah demi langkah :
Cara pengambilan :
Minum 1 sudu pagi dan 1 sudu malam sebelum tidur…
Ekstra Tip :
Kalau nak manis , tambah madu lagi.
sumber : Fandy Mieyza via MAHN
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Aneka resipi biskut terasa ingin dicuba untuk dijadikan sebagai hidangan istimewa di hari raya nanti. Diharapkan juga biskut yang dimasak nanti menjadi dan sempurna.
Pun begitu, ada baiknya hadam betul-betul beberapa tips berkaitan penyediaan biskut untuk info bersama. Semoga bermanfaat.
TIP BUAT BISKUT
1) Gunakan mentega yang agak sejuk kerana jika menteganya terlalu lembut, ia akan cepat cair – akibatnya biskut menjadi leper dan gelap.
2) Jangan gunakan telur saiz besar sebab kerana kandungan putih telur yang lebih. Putih telur pula mengandungi air. Itu yang membuat biskut terlalu kembang dan susah nak garing walaupun dibakar lama.
3) Jangan pukul telur terlalu lama bila membuat biskut kerana ia akan menambah angin ke dalam doh – mengakibatkan biskut gelembung ketika dibakar.
4) Jika menggunakan mesin pengadun, jangan pukul terlalu lama ketika masukkan tepung, jika tidak ‘gluten’ daripada tepung itu akan membuat biskut menjadi keras.
5) Selalu ‘rehatkan’ doh sebentar sesudah diadun. Jangan terus mencanai atau membakarnya. Jika membuat chocolate chip, selalu ‘rehatkan’ doh di peti sejuk selama lima hingga 10 minit dahulu sebelum membakarnya.
6) Apabila doh sudah siap diadun, bahagikan ia kepada beberapa bahagian untuk disejukkan dan ‘direhatkan’. Jangan ‘rehatkan’ kesemua doh itu dalam satu mangkuk. Ambil satu persatu doh yang mahu digunakan. Sebab jika kita gunakan semua dohnya sekali arus, doh itu akan mula keluar minyak – menjadikan biskut cepat gelap walaupun baru sahaja dibakar.
7) Jika membakar biskut chocolate chips, tidak boleh oles loyang dengan mentega. Harus gunakan baking paper atau parchment paper. Jika tidak, biskut chocolate chips itu akan kembang, leper dan cepat hangus.
Untuk biskut seperti makmur, sugi dan yang lain yang kita inginkan hasilnya garing, harus gunakan loyang yang dioles dengan mentega.
9) Pastikan ketuhar sudah dipanaskan sekurang-kurangnya 15 minit sebelum mula membakar biskut atau kek.
10) Jika membakar biskut beberapa loyang sekali gus, lebih baik gunakan fungsi kipas di ketuhar. Jika ketuhar tidak ada fungsi kipas, tukar posisi loyang itu sesudah 10 minit dibakar – yang di atas ditukarkan ke bawah dan yang bawah dinaikkan ke atas dan sebagainya.
11) Jangan tinggalkan biskut di atas loyang terlalu lama sesudah keluarkan dari ketuhar. Biarkan ia di atas loyang itu selama 3-5 minit sahaja dan kemudian pindahkan ke atas ‘cooling rack’. Setiap biskut akan ada wapnya (condensation) bila sudah dibakar dan apabila diletakkan di atas ‘cooling rack’, wap itu akan kering. Itu yang membuat biskut itu lebih garing dan tahan lama.
12) Pastikan biskut benar benar sejuk sebelum dimasukkan ke botol.
13) Untuk biskut yang mengandungi ‘peanut butter’, lebih baik jika ianya disimpan di peti sejuk kerana ‘peanut butter’ itu mungkin akan membuat biskut menjadi cepat tengik.
Asymawi, pelajar Politeknik Melaka, sanggup bekerja sebagai penghantar makanan demi menyambung pengajian dan membantu keluarga selepas melihat pengorbanan besar bapanya.