Pulut kuning merupakan sejenis sajian istimewa bagi orang-orang Melayu. Ia merupakan pulut yang dimasak dengan sedikit serbuk kunyit sebagai pewarna.

Ia merupakan salah satu hidangan istimewa dan simbolik dalam masyarakat Melayu. Ia sering dihidangkan untuk majlis tertentu seperti perkahwinan, cukur jambul, akikah, berkhatan dan tahlil. Selain itu, pulut kuning juga dikenali sebagai ‘Pulut Semangat’ untuk diberi kepada anak-anak nak berkhatan atau pengantin baru.

Malah ada sesetengah pendapat mengatakan pulut kuning ini berasal dari istana dan merupakan makanan raja-raja. Warna kuningnya dikaitkan dengan warna yang digunakan oleh keluarga diraja.

Apa jelas, keenakan pulut kuning ini menjadikan ia trending hidangan dikalangan kita hari ini. Ia menjadi makanan harian sebagai sajian sarapan pagi, berbuka puasa dan sambutan hari raya yang enak dimakan dengan rendang, kari atau sambal tumis.

Jika dahulu cara membuatnya agak sukar seperti kena rendam semalaman, ada yang lembik atau hangit. Namun kini, ada cara mudah nak masak pulut, hanya menggunakan periuk nasi elektrik atau rice cooker. Confirm tak hangit dan lebih pantas!

Ikuti perkongsian ini.

Masak Pulut Kuning Guna Rice Cooker Tanpa Perlu Rendam. Mudah Dan Confirm Jadi!
Gambar hiasan

CARA PENYEDIAAN:

Bahan-bahan:  Beras pulut, kunyit, garam, gula, minyak masak dan santan dan daun pandan

1.Basuh beras pulut 300gram dan & tos air. Tidak perlu rendam.

IKLAN

2. Masukkan:
*1 sudu kecik serbuk kunyit,
*1/2 sudu kecik garam
*2 sudu makan gula
*2 sudu makan minyak masak

3. Masukkan air sehingga paras beras pulut. Potong daun pandan & masukkan ke dalam periuk bersama beras pulut.

4. Masak beras pulut menggunakan rice cooker. Sama seperti masak nasi. Selepas 10 minit kacau pulut itu sehingga rata.

5. Kemudian campurkan santan daripada 1/2 biji kelapa. Gaul sehingga sebati. Santan anggaran 200ml – 250ml.

6. Apabila pulut kelihatan seakan basah, berhenti letak santan dalam pulut. Santan tak perlu dihabiskan.

IKLAN

7. Biarkan 5 minit supata pulut menyerap santan.

8. Masak sekali lagi dan tekan ‘warm’ sahaja. Biarkan pulut masak dan kelihatan berkilat lebih kurang 10 minit.

9. Pulut kuning dah siap. Boleh lah masak rendang, kari atau sambal ikan bilis tumis.

Sedapnya! Boleh buat berbuka puasa dan menjamu selera masa hari raya bersama keluarga nanti.

Masak Pulut Kuning Guna Rice Cooker Tanpa Perlu Rendam. Mudah Dan Confirm Jadi! Masak Pulut Kuning Guna Rice Cooker Tanpa Perlu Rendam. Mudah Dan Confirm Jadi! Masak Pulut Kuning Guna Rice Cooker Tanpa Perlu Rendam. Mudah Dan Confirm Jadi!

IKLAN

 

INI KEADAAN BERAS PULUT SELEPAS DI MASAK 10 MINIT.

Masak Pulut Kuning Guna Rice Cooker Tanpa Perlu Rendam. Mudah Dan Confirm Jadi!

 

Masak Pulut Kuning Guna Rice Cooker Tanpa Perlu Rendam. Mudah Dan Confirm Jadi! Masak Pulut Kuning Guna Rice Cooker Tanpa Perlu Rendam. Mudah Dan Confirm Jadi! Masak Pulut Kuning Guna Rice Cooker Tanpa Perlu Rendam. Mudah Dan Confirm Jadi!

SIAP! MAKAN BERSAMA RENDANG, KARI ATAU SAMBAL TUMIS.

Masak Pulut Kuning Guna Rice Cooker Tanpa Perlu Rendam. Mudah Dan Confirm Jadi!

Sumber: Nazra Queen

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI