Bila sebut sahaja  lamb chop yang dimakan bersama sos lada hitam yang pekat dan berasa lemak dan pedas berempah, sudah dapat dibayangkan keenakannya. Kesempurnaan rasa yang sukar untuk digambarkan apatah lagi andai dimasak dari air tangan sendiri.

Buat yang pertama kali ingin mencuba, bolehlah mencuba resipi yang dikongsikan oleh Puan Afy AL Habibi ini.

Resepi Lamb Chop Viral

Jom cikgu kongsi sos black pepper sesedap rasa sampai terbeliak biji mata. Hii. Jangan lupa minum jus epal suam atau limau suam. Kolestrol tetap kena jaga juga.

Buat Sos Lada Hitam Pekat, Beraroma & Berasa Dari Air Tangan Sendiri, Puas Hati!

Bahan perapan daging ( 3 keping )

– 3 sudu besar sos lada hitam
– 3 sudu besar serbuk cheese ( dalam plastik- boleh beli dekat kedai bakery)
– 1 sudu besar sos spageti cendawan
– 3/4 lada hitam kisar
– 1/2 sudu kecil parsley flakes

* tak perlu masukkan garam. Perapan dengan serbuk cheese sudah memadai.

Buat Sos Lada Hitam Pekat, Beraroma & Berasa Dari Air Tangan Sendiri, Puas Hati!

IKLAN

cara penyediaan : 

1. Satukan semua bahan perapan dalam bekas besar.

2. Lumurkan pada kepingan daging kambing setelah dicuci bersih tanpa darah beku.

Buat Sos Lada Hitam Pekat, Beraroma & Berasa Dari Air Tangan Sendiri, Puas Hati!

3. Perap selama 8 jam untuk hasil yang terbaik. * Untuk perap semalaman kena masukkan dalam peti suhu biasa. Afy masukkan dalam plastik besar.* bakar daging selepas sos dan semua bahan pelengkap siap.

4. Panaskan 3/4 sudu besar planta atas pan. Susun daging yang diperap dengan teliti.

IKLAN

Buat Sos Lada Hitam Pekat, Beraroma & Berasa Dari Air Tangan Sendiri, Puas Hati!

5. Gunakan api yang agak besar. Yang penting kena selalu balik-balikkan. Anggaran masa 10-15 minit. Konsistensi daging bukan garing kering.

6. Pastikan daging anda daging yang masih berjus dan lembut.

7. Sebelum daging diangkat, Afy suka layurkan sekejap-sekejap atas api gas. Untuk naikkan bau. Cara Afy tu agak bahaya sikit. Risiko dapur gas tersumbat atau bahaya lain. Hati-hati ye.

Resepi Sos Black Pepper Maveloss

1. Panaskan 3/4 sudu besar planta dalam api kecil sahaja. Kemudian masukkan 1 ulas bawang putih yang telah diracik halus. Tumis sehingga naik bau.

2. Masukkan 1 tin sos spageti keju. Rasanya  yang tentu power. Pilih yang botol kuning macam Afy tunjuk. Saiz tin paling kecil (250 gram kalau tak silap).Tambahkan air suam 1 tin.
Buat Sos Lada Hitam Pekat, Beraroma & Berasa Dari Air Tangan Sendiri, Puas Hati!

3. Masukkan 1 sudu besar serbuk cheese. Kalau takda takpa. Kacau rata.

IKLAN

Buat Sos Lada Hitam Pekat, Beraroma & Berasa Dari Air Tangan Sendiri, Puas Hati!

4. Tambahkan 1/2 sudip kicap Jalen lemak manis. Boleh tambahkan ikut kesesuaian warna kalau suka gelap. * jangan guna kicap masin

5. Masukkan 3/4 sudu besar serbuk lada hitam kisar. Juga masukkan 3/4 sudu kecil gula (boleh masuk sikit-sikit untuk langkah selamat). Kacau sebati.

6. Tutup api setelah semua rasa sebati. Siap untuk sos black pepper maveloss!
Betul, tak tipu. 

Buat Sos Lada Hitam Pekat, Beraroma & Berasa Dari Air Tangan Sendiri, Puas Hati!

Selamat mencuba!

 

sumber : Afy AL Habibi

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI