Ini Resipi Step By Step Masak Rendang Ayam. Sesuai Untuk Newbie.

Share

Rendang adalah juadah yang mesti ada pada hari pertama menyambut hari raya. Tidak lengkap sambutan raya tanpa hidangan ini. Biasanya hidangan memasak rendang biasanya dimasak ibu di kampung. Bukan mudah nak masak rendang jika tak tahu step by step yang betul serta sukatan bahan-bahannya. Jika ikut agak-agak memang tak menjadi seperti rendang.

Kepada yang tidak dapat pulang ke kampung dengan pematuhan PKPB, jangan sedih, kita tetap beraya. Hidangan wajib rendang pastikan ada dihidang di meja di pagi raya. Melalui facebook, Nurain Sulaiman

menerusi Masak Apa Hari Ini, berkongsi cara mudah memasak rendang. Lebih menarik, apabila disertakan step by step yang mudah berserta gambar bahan-bahan untuk memasak rendang. Ikuti je cara ini, gerenti jadi.

IKUTI PERKONGSIAN INI.

Bahan-bahan:

bahan-bahan untuk dikisar:
bawang kecil + besar
halia
lengkuas
bawang putih
serai
kunyit hidup

Ikuti step by step ini: Rujuk gambar.

Ayam setengah ekor, basuh bersih dan toskan.

 

Bahan yang dah dikisar halus, pastikan halus untuk kuah tak berserabut
Cili kering dikisar. 15 tangkai, ikut tahap kepedasan yang nak
Ini optional, rempah daging sesudu, rempah cili sesudu untuk warna
Masukkan sedikit minyak.
tumis bahan tadi
masukkan cili kisar
daun kunyit, yg ni kalau taknak pun takpe sebab nanti nak letak yg racik halus
sementara tunggu kuah masak n naik minyak, boleh racik halus daun kunyit
masukkan asam keping
kerisik 2 sudu
masukkan ayam, saya masuk ayam awal sebab masak api perlahan, nak ayam tu senang terlerai dari tulangnya 😋
masukkan santan sekotak, atau sebiji kelapa
gula merah ni optional
gula dua sudu besar
dah masak lebih kurang sejam, kuah dah gelap dan pecah minyak, boleh masukkan daun kunyit, saya masukkan air 2 cawan berselang seli bila kuah tu memekat
dah siap rendang ayam, kena selalu kacau ye takut kuah hangit
Dah siap!

Mudah aje kan. Ikut je step by step tu. InsyaAllah jadi. Selamat mencuba!

Sumber: Nurain Sulaiman

IKLAN