Rendang adalah juadah yang mesti ada pada hari pertama menyambut hari raya. Tidak lengkap sambutan raya tanpa hidangan ini. Biasanya hidangan memasak rendang biasanya dimasak ibu di kampung. Bukan mudah nak masak rendang jika tak tahu step by step yang betul serta sukatan bahan-bahannya. Jika ikut agak-agak memang tak menjadi seperti rendang.
Kepada yang tidak dapat pulang ke kampung dengan pematuhan PKPB, jangan sedih, kita tetap beraya. Hidangan wajib rendang pastikan ada dihidang di meja di pagi raya. Melalui facebook, Nurain Sulaiman menerusi Masak Apa Hari Ini, berkongsi cara mudah memasak rendang. Lebih menarik, apabila disertakan step by step yang mudah berserta gambar bahan-bahan untuk memasak rendang. Ikuti je cara ini, gerenti jadi.
IKUTI PERKONGSIAN INI.
Bahan-bahan:
Ads
bahan-bahan untuk dikisar:
bawang kecil + besar
halia
lengkuas
bawang putih
serai
kunyit hidup
Bahan yang dah dikisar halus, pastikan halus untuk kuah tak berserabut Cili kering dikisar. 15 tangkai, ikut tahap kepedasan yang nak Ini optional, rempah daging sesudu, rempah cili sesudu untuk warna Masukkan sedikit minyak.tumis bahan tadi masukkan cili kisardaun kunyit, yg ni kalau taknak pun takpe sebab nanti nak letak yg racik halus sementara tunggu kuah masak n naik minyak, boleh racik halus daun kunyit masukkan asam keping kerisik 2 sudu masukkan ayam, saya masuk ayam awal sebab masak api perlahan, nak ayam tu senang terlerai dari tulangnya 😋 masukkan santan sekotak, atau sebiji kelapa gula merah ni optional gula dua sudu besar dah masak lebih kurang sejam, kuah dah gelap dan pecah minyak, boleh masukkan daun kunyit, saya masukkan air 2 cawan berselang seli bila kuah tu memekat dah siap rendang ayam, kena selalu kacau ye takut kuah hangit Dah siap!
Mudah aje kan. Ikut je step by step tu. InsyaAllah jadi. Selamat mencuba!
‘Wajik dan dodol, jangan lupa. Peninggalan nenek zaman berzaman.’
Pasti anda tahu lirik lagu raya evergreen yang sentiasa melekat di hati ini. Dendangan Anuar Zain dan Elina yang sentiasa bertahta di hati setiap kali tibanya waktu raya.
Tidak dinafikan, kemeriahan raya dulu-dulu dilihat lebih meriah berbanding sekarangyang tampak moden. Jika diamati lirik lagu tersebut, banyak dinyatakan juadah raya yang menjadi tradisi sejak bertahun-tahun lamanya yang ditinggalkan oleh nenek moyang kita.
Namun ada diantaranya sudahpun pupus dek kerana ramai generasi sekarang lebih memilih hidangan moden.
Contohnya dodol. Jika dahulu, setiap kali bertandang ke rumah saudara mara ataupun rakan taulan, pasti dodol akan turut dihidangkan sebagai pemanis selain kuih muih. Namun sekarang ada yang mengatakan, proses pembuatan dodol tersebut yang membuatkan mereka malas untuk meneruskan tradisi ini.
Walaupun ianya boleh dibeli, tidak sama dengan acara gotong royong yang dianjurkan setiap keluarga untuk membuat makanan tradisional ini. Malah mungkin anak-anak muda dan generasi seterusnya akan kurang mengenalinya.
Baru-baru ini, seorang wanita telah berkongsi caramembuat dodol dengan menggunakan breadmaker. Paling menyeronokkan, ianya sangat mudah dan tidak memerlukan masa yang lama untuk siap.
Jadi malam raya pun anda boleh ‘mengacau’ dodol.
Resipi Dodol Tradisional Menggunakan Breadmaker
Sambil masak untuk berbuka petang tadi sempat la buat dodol sikit. Guna breadmaker je senang kerja. Saya guna santan fresh yang pekat. Alhamdulillah dodol jadi kilat berminyak hasil daripada santan asli.
Air gula:
-2 ketul gula melaka (anggaran 250g)
-500g gula merah (yang hancur)
-2 helai daun pandan
-500ml air
Bahan Lain:
-500ml santan segar yg pekat atau 1 kotak kecil santan kotak Kara + air utk cukupkan 500ml
-500g tepung pulut
-Sikit garam
-5 sudu besar gula pasir (kalau suka manis boleh tambah lg 2 sudu besar)
-1 sudu besar minyak masak kalau guna santan kotak
Cara-caranya:
1. Masakkan bahan untuk air gula sampai semua gula larut. Sejukkan dan tapis masuk dalam mangkuk.
2. Masukkan bahan lain dalam mangkuk. Kacau-kacau semuanya supaya sebati. Kisar adunan kejap supaya tepung tak bergentel.
3. Tapiskan bahan yang dikisar masuk dalam breadmaker tin.
4. Tutup breadmaker dan tekan menu jem. Biarkan sampai selesai. Lepas tu tekan lagi sekali menu jem (3 round menu jem berjalan)
5. Sejukkan sekejap sebelum angkat tin daripada breadmaker. Hati-hati sebab tin akan jadi terlalu panas ye.
Sedapnya menikmati aiskrim waktu cuaca panas begini Kan. Anak-anak paling gemar kalau sebut aiskrim kan.
Kalau sebelum ini Ada yang berkongsikan resipi aiskrim milo, coklat dan sebagainya, apa kata Kita tukar sikit cuba pula aiskrim homemade berasaskan buah-buahan.
Jom cuba Aiskrim Mangga Homemade. Mudah dan cepat tapi hasilnya memang awesome. Resipi ini dimuatnaik oleh Pie Emy menerusi page Masak Apa Hari Ni.
Hujan lebattt..tp mata da xmo lelap…anak2 pon tido nyenyak lg…teringat mak kite ada bg mangga…ehhh jom kite buat jap…😉😘
🤤aiskrim mangga Homemade..perghhhh fresh giler rasa dia.
Kesan tumisan minyak setiap hari buat dapur kita sukar untuk dibersihkan. Mencuci dengan sabun pencuci sebenarnya masih meninggalkan kesan kotoran, terutama sisi minyak degil.
Nak jadikan dapur berkilat dan pantas dan mencucinya sebenarnya kena ada teknik dan caranya. Tak perlukan kos yang mahal tetapi sebaliknya boleh cuba cara yang dikongsikan wanita ini.
Petua yang dikongsikan oleh Rohaslizawati Ibrahim di facebook ternyata sangat hebat. Dengan hanya gunakan ubat gigi, dapur gasnya tampil berkilat seperti baru. Hebat!
Nak kongsi cara saya bersih dan kilatkan dapur gas guna ubat gigi. Daki kat celah-celah semua hilang.
Langkahnya:
1. Sapu ubat gigi di permukaan dan celah-celah dapur.
2. Kemudian gosok guna tuala atau tisu lembab.
3. Kalau tempat yang degil tu letak banyak sikit ubat gigi.
4. Bila dah siap, gosok dan lapkan dengan tisu atau tuala basah.
5. Bila dah bersih, lapkan dengan tisu atau tuala kering. Siap!
Dah kilat rasa sayang pulak nak masak??
Hebat kan? Paling penting tak gunakan kos yang banyak. Ambil sedikit ubat gigi yang ada di rumah dan cuba bersihkan dapur kita. Senang saja!
Kredit: Rohaslizawati Ibrahim
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Noryn Aziz berkongsi rahsia gaya hidup sihat apabila berjaya meninggalkan makanan segera selama bertahun-tahun, mengurangkan pengambilan nasi dan mengamalkan kawalan kalori setiap hari.