Setiap bahagian pada kenderaan mempunyai fungsi masing-masing. Cuma mungkin kita yang tidak tahu. Sebagai contohnya sesetengah kereta mempunyai jalur pada bahagian cermin belakang. Jalur ini dipanggil sebagai ‘defoggers’, ia dikatakan mempunyai fungsi yang penting untuk memudahkan pemandu kereta.
Bagi yang masih tidak tahu, ‘defoggers’ merupakan jalur filamen elektrik yang boleh menghasilkan haba sekiranya cermin belakang kereta anda mula kelihatan kabur kerana kelembapan.
Ads
Menurut Top Gear Philippines, jalur tersebut kebiasaannya sangat berfungsi bagi kenderaan yang berada di iklim sejuk berbanding kawasan tropika.
Ads
Satu butang khas perlu ditekan bagi mengaktifkan dan mematikan elemen pemanasan tersebut iaitu dengan ikon segi empat tepat dan tiga anak panah yang beralun.
Ads
Menariknya, cermin depan kereta juga sebenarnya dilengkapi dengan ‘defoggers’ namun ia ditukar dalam bentuk lubang pada bahagian bawah cermin kerana jalur tersebut akan menghalang pandangan semasa memandu.
Daun kari cukup sinonim dengan masyarakat di Malaysia. Selain dari bau yang wangi, daun ini antara bahan masakan yang penting dalam sajian masakan kita.
Lebih-lebih lagi kalau masakan gulai ataupun kari. Wajib guna! Ada juga yang menggunakan daun kari untuk membantu masalah rambut beruban.
Tetapi tahukah anda, daun kari ni ada khasiatnya dalam kesihatan.Terutama bagi mereka yang mempunyai masalah sakit kepala, migrain dan loya-loya. Daun ini dikatakan boleh membantu mengatasi masalah tersebut. Nak tahu caranya, kena baca ni.
PETUA SAKIT KEPALA, MIGRAIN.
Petua bagi hilangkan sakit kepala terutama disebabkan darah tinggi/migraine/loya “morning sickness”, dan membuang angin dalam badan.
Caranya:
1)satu jug sederhana Tea O panas + 7 helai daun kari
Atau
2)Segelas Tea O panas + 3 helai daun kari
Boleh diamalkan setiap kali sarapan pagi, tengah hari dan malam.
Selamat mencuba. Insyaallah sangat mujarab bagi masalah migrain.
Petua Rawatan: Puan Alisha
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2021 telah diumumkan semalam. Sudah tentu ibu ayah teruja untuk berkongsi keputusan cemerlang anak-anak di media sosial.
Anak itu menjadi kebanggaan ibu ayah. Malah slip keputusan peperiksaan anak dipaparkan di media sosial.
Namun dalam teruja itu , ada juga anak yang mendapat keputusan tidak cemerlang. Malah ia membuatkan ibu ayah kecewa. Malah ada yang melontarkan kata-kata tidak sedap didengar oleh anak.
Tanpa sedar kita telah menguris perasaan anak itu. Tetapi semua itu sudah tentu ada hikmahnya. Anak yang tidak cemerlang akademik tidak bermakna hidupnya terus gelap, tiada masa depan dan tidak sumbangan pada keluarga.
Hakikatnya dakwaan ini tidak benar. Sebagaimana perkongsian ini, ia sungguh meruntun jiwa apabila seorang ibu tidak menyangka anak yang dahulunya tidak dihargai kerana memperolehi keputusan peperiksaan yang teruk, rupanya merupakan anak harapan buatnya.
Moga kisah ini menjadi iktibar supaya ibu ayah muhasabah diri dan menerima anak seadanya.
Renungan buat Ibu Bapa.
Saya ada 3 orang anak.Semua berjaya kecuali sorang.Ada doktor dan enginer Tapi anak yang Bongsu tak menyerlah langsung.Dapat cukup makan ja SPM…
Sangat mengecewakan saya.Tuisyen beratus ringgit sebulan.Tapi hasil tak da. Tak macam abang, kakak dan adik dia. Dapat straight A.
Dapatlah kerja kilang…Tiap kali sebut pasal belajar mesti saya ungkit dia.
‘Tengok macam adik beradik yang lain, semua keja elok-elok.Kau sorang kerja kilang.Buat malu keluarga ja.’
Ini ungkapan yang selalu saya lepaskan pada dia.
Masa berlalu pantas. Takdir Allah saya kena strok. Isteri saya pun sakit juga.
Tak mampu nak uruskan saya.Ingat ada anak yang jadi doktor mudah la sikit. Dak juga.. Harap anak-anak lain semua sibuk dengan kerja masing-masing.Hanya datang lawat sesekali, lepas tu cepat-cepat nak balik.
Satu hari anak ke-3 balik dengan beg besar. Saya tanya kenapa? Dia jawab berhenti kerja nak jaga abah.
Kelu lidah saya. Menitis air mata saya pada hari itu. Inilah anak yang paling saya kecewa dulu.Tapi dialah yang menjaga saya hingga hari ini.
Saya mohon ampun kepada Allah atas kesilapan saya yang dahulu. Rupanya Allah jadikan dia kurang dalam pelajaran, tapi Allah sertakan dia dengan rasa tanggungjawab yang tinggi. Demikianlah Allah takdirkan sesuatu kepada manusia ada hikmahnya.
Mungkin kita tidak nampak sekarang, masa depan kita tidak tahu. Bersangka baiklah dengan Allah..
Bagi ibubapa yang dapat result anak tidak cemerlang.Jangan kecewa. Gagal dalam peperiksaan bukan berakhir kehidupan. Tapi gagal dalam agama Allah s.w.t. itulah sebenar-benarnya bala yang paling besar bagi manusia.
Mencuba resipi yang diperolehi dari carian di internet, bila hasilnya menjadi pasti seronok rasanya.
Ini sebagaimana perkongsian daripada Siti Hasmah Rahman apabila mencuba resipi untuk membuat donut.
Hasilnya, donat dimasak cukup gebu dan sempurna kejadiannya. Meluahkan rasa seronok, Siti terjemahkan di dalam pantun dan turut berkongsi resipi untuk dicuba oleh yang lain.
Pagi-pagi mengutip lidi,
Lidi disimpan di atas papan,
Riangnya hati kuih menjadi,
Donut gebu menjadi santapan.
Pergi ke bendang memancing ikan,
Itik dibendang siapa yang punya,
Resipi donut daku kongsikan,
Bolehlah tuan/puan cuba membuatnya
Saya share resipi ye
(kredit kepada Sirap Limau)
Bahan A
4 cawan tepung gandum
2 sudu besar marjerin
2 sudu besar susu manis
Secubit garam
1 sudu besar baking powder
Ramas bahan2 A sampai jadi seperti tekstur serbuk roti
Bahan B
1 1/2 cawan air suam
Sepekt yis mauripan
(campurkan keduanya. Tunggu dalam 5 minit)
Cara-cara
Masukkan Bahan B ke Bahan A sedikit demi sedikit. Tambahkan air jika doh masih belum sebati (air ni ikut kesesuaian ye. Kalau nak selamat jangan curah air semua, letak sikit2 sampai doh tak melekat kat tangan. Kalau tak cukup air tambah lagi sikit).
Kemudian biarkan doh berehat dengan tenang dan berkembang dengan jayanya dalam 40 minit hingga sejam. Nanti doh tu akan berkembang sekali ganda. Pastu dah boleh terap dengan acuan dan sedia untuk digoreng