Siapa-siapa yang biasa kupas ubi kentang, buah epal, pisang, terung… mesti perasan akan pertukaran warna pada permukaan berkenaan setelah seketika dipotong.
Tahukah anda apakah punca dan bagaimana keadaan ini berlaku?
Penyebab warna perang (brown) ini ialah enzim pemerang (enzymatic browning) yang biasa terdapat pada sel-sel buah dan sayur berkenaan. Enzim pemerang ini ialah tyrosinase atau lebih dikenali dengan nama polyphenol oxidase (PPO). Enzim ini mengoksida bahan kimia polifinolik yang terdapat secara semulajadi dalam sel buah atau sayuran berkenaan.
Setelah teroksida, molekul-molekul polifinolik akan dihidroginasi kepada bahan kimia quinone, seterusnya quinone ini akan bergabung (polymerised) membentuk sebatian compleks berwarna gelap yang dikenali sebagai tannin (rujuk contoh proses tindakbalas di bawah 👇🏻).
Tahap warna gelap yang terhasil bergantung kepada jumlah bahan kimia polifinol yang wujud di dalam sel. Proses ini memerlukan kehadiran gas oksigen (O2) dari udara.
Kenapa warna perang ini terbentuk apabila buah atau sayur dipotong sahaja?
Enzim PPO dan bahan kimia jenis polifinolik ini sebenarnya terpisah secara fizikal dalam sel tumbuhan. Enzim PPO terletak pada plastids dan molekul-molekul polifinolik pula terletak dalam vacuoles. Bilamana buah ini dipotong, maka sebahagian sel akan termusnah dan mendedahkan enzim ini kepada gas oksigen dari udara membolehkannya bertindakbalas dengan molekul polifinolik.
Ads
CARA NAK ELAK
Foto: Sumber Fatimah Salim
Bolehkah proses pemerangan ini dielakkan?
Boleh, dengan memahami proses tindakbalas ini. Enzim PPO bertindakbalas secara optimum dalam pH 5-8 (sedikit asidik dan sedikit basik) dan suhu sederhana ~33 darjah Celsius. Maka ikhtiar yang boleh diusahakan ialah dengan
• merencatkan aktiviti enzim ini dengan mengubah suhu atau pH persekitaran buah dan sayur yang dipotong, atau
• menghalang pendedahan buah dan sayur yang dipotong kepada udara (penyumbang gas oksigen).
Ads
Contoh:
👉🏻 Tambahkan bahan masam (bersifat acidic pH ~2) seperti lemon, cuka, asam jawa… yang mana akan menyahaktifkan enzim PPO.
👉🏻 Simpan dalam peti sejuk (suhu rendah) yang mana menyebabkan aktiviti enzim PPO menjadi perlahan.
👉🏻 Dengan memanaskan (naikkan suhu) akan menyebabkan enzim PPO termusnah.
👉🏻 Sapu dengan garam (NaCl) akan menghalang proses pengoksidaan berlaku pada bahan kimia polifinolik.
👉🏻Merendam dalam air atau menyaluti dengan minyak masak yang mana akan menghalang gas oksigen dari udara terkena pada permukaan yang telah dipotong tadi.
Ads
👉🏻 Manipulasi gene yang bertanggungjawab (CRISPR) mengawal penghasilan enzim pemerangan PPO. Maka, kadar penghasilan enzim PPO dapat dikurangkan.
Apakah sebenarnya fungsi enzim PPO dalam sel buah dan tumbuhan tersebut?
Fungsi enzim PPO di dalam tumbuhan tersebut adalah dalam mekanisma pertahanan dari penyakit bawaan mikroorganisma (aka kuman) dan serangan serangga. Apabila jangkitan kuman berlaku, susun atur (integriti) sel-sel termusnah dan aktiviti enzim akan mengambil alih tugas.
Tannin yang terhasil bertindak sebagai benteng pertahanan terhadap serangan kuman. Bahan kimia quinone yang terhasil akan bertindak sebagai pemusnah protein pada struktur dinding sel kuman dan molekul finolik yang teroksida akan bertindak sebagai perencat pertumbuhan dan pembiakan kuman ini.
Inilah sebab kenapa buah dan sayuran yang sudah lama akan bertukar menjadi gelap. Buah atau sayuran berkenaan sebenarnya cuba bertahan daripada serangan kuman sebelum kalah aka rosak (rotten).
Nota kaki: Lebam pada buah dan sayur yang jatuh juga disebabkan oleh molekul-molekul tannin. Tekanan sebab jatuh tadi akan memusnahkan sel-sel seterusnya menyebabkan enzim berinteraksi dengan bahan kimia polifinolik membentuk tannin.
Sumber: ChM Dr Fatimah Salim
Ahli Kimia
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sibuk dengan urusan kerja membuatkan ibu-ibu jarang ada masa untuk ke pasar setiap hari. Jadi, cara terbaik adalah dengan membeli stok supaya tahan seminggu.
Namun, barangan seperti sayur tidak bertahan lama dan mudah layu. jika dibiarkan lama di dalam peti sejuk akan rosak atau tidak lagi segar.
Cara ini cukup berkesan menolong anda. Tips ini boleh membantu sayur sayuran supaya lebih tahan lama serta tidak mudah layu.
Hanya dengan menggunakan botol sisa pembungkusan minuman air meneral, sayur-sayuran anda tahan lama serta tidak layu.
.
Cara:
1. Potong botol jadi dua sisi supaya memudahkan kita memasukkan sayur-sayuran yang akan kita simpan ke dalamnya.
2. Letakkan air sedikit sahaja pada bekas botol.
3. Pastikan air tidak melebihi akar, supaya fresh mendapat sumber air.
4. Simpan ke dalam peti sejuk.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Salah satu makanan kegemaran anak-anak dan juga orang dewasa adalah kentang goreng atau french fries. Jika sebelum ini asyik beli di kedai, apa kata buat sendiri di rumah.
Cara nak buat bukannya susah. Mudah aje. Boleh jadi kudapan buat anak-anak sambil belajar atau menonton televisyen.
Ikuti perkongsian wanita ini.
Kali ni Sab nak share cara buat kentang goreng homemade. So, bolehlah buat stok banyak, duit pun jimat. Nak makan banyak mana pun boleh, nak buat ikut citarasa sendiri pun boleh. Step nak buat kentang goreng ni ada kat gambar.
Ini cara penyediaannya
Bahan-bahan:
1) Kentang (5 biji)
2) Sedikit garam / gula
3) Air sejuk/air biasa (2 cawan)
4) Minyak masak untuk menggoreng
Cara membuat :
1) Sediakan air gula
– Pertama sekali, sediakan 2 cawan air sejuk/air biasa. Tambahkan 2 sudu makan gula dan Campurkan kedua-dua bahan ini dalam besen. Ketepikan sebentar.
– Kegunaan air gula ini adalah sebagai rendaman sebab bila kentang direndam selama 30 minit, rasa manis gula tersebut akan meresap masuk ke dalam kentang.
2) Hiriskan kentang
– Buang kulit kentang dan kemudian hiris macam dalam gambar. Jangan hiris nipis sangat ya, agak2 saiznya macam French Fries yang kita biasa makan tu.
3) Rendam dan Sejukkan dalam air gula
– Setelah dihiris panjang2, masukkan kentang tersebut ke dalam air gula yang dibuat dalam langkah pertama tadi.
– Sejukkan selama 15 – 30 minit dalam peti ais.
***kalau ada air kapur, boleh masukkan sedikit supaya kentang lebih rangup dan tak serap banyak minyak***
4) Rebus
– Selepas disejukkan selama 30 minit, panaskan air bersama 1 sudu kecil garam. Biarkan sehingga mendidih.
– Air rebusan yang diletakkan garam ini akan memberi rasa pada bahagian luar kentang.
– Setelah direndam dengan air gula, kemudian masukkan kentang tadi dan masak selama 5 minit. Tambahkan 1 sudu minyak masak utk pastikan kentang nampak fresh selepas direbus.
5) Toskan
– Selepas direbus selama 5 minit, matikan api dan toskan kentang. Biarkan kentang suam2 dahulu sebelum dimasukkan ke dalam peti ais bahagian sejuk beku.
– Seeloknya, biarkan selama lebih kurang 3 jam. Bila dah beku baru goreng.
6) Goreng
– Tadaaaa, beginilah hasilnya lepas digoreng. Tapi ini sebenarnya tak sempat nak tunggu 3 jam sebab tak sabar. Paling penting rasa tetap superbbb
– Kalau rajin, bolehlah buat banyak sekaligus dan frozenkan. Biasanya kalau nak kentang ni tahan lama sebagai stok frozen, goreng dulu separuh masak dan simpan dalam peti sejuk beku. Rasanya boleh simpan selama 1-2 minggu.
Bila musim raya ni tentu kuih raya dan menu raya termasuk, ketupat, nasi impit dan rendang dijamah berkali-kali pada awal raya pertama dan kedua.
Namun, dah masuk raya ke tiga, hidangan lain pula terasa ingin dijamah. Untuk kelainan, apa kata petang ni buat minum masak
Cokodok pisang aka BOOM PISANG
Less minyak tau!!
(Selalu cokodok pisang kompem serap minyak kan!)
Dulu2 dok wat nega…mmg laku keras nih
Custemer cakap…makan 3ketui kenyang tersandaq
Sbb cikpooja buat beso2 lagi dr nie….
Berikut cara membuatnya
*5bji pisang besar2(cikpooja guna pisang bunga yg wangi tu…kalau pisang kome kecik2…boleh la up to 8-10bj)
*2sb majerin
*5sb gula pasir(boleh kurangkan ikut citarasa)
*1sk soda bikarnonat(xyah membukit sgt)
*1sk garam
?semua bahan2 ni dilenyek2 sebati yea…
?tujuan letak majerin…
✋Majerin tu utk merangupkan tekstur luaran kulitnya bila digoreng n dia merupakan guard supaya minyak xdiserap kedalam isi n pastinya akan ada kelainan rasa dalam jemput2 pisang tu…
Wangi dia len macam tau…
Tapi ttp rasa cekodok asli
*dah lenyek sebati…
*masukkan
?2cwn tepung gandum
?gaul je bg sebati ngan pisang yg dilenyek…
peringatan
*xperlu letak air yea…kome gaul je pisang lenyek dan tepung tu smpai betui2 sebati
*haaaa..jd lagu ni…
*rehatkan dia kejap dalam 10-15mnit
*pas tu boleh la goreng macam goreng cokodok biasa dgn api sedang2 slow yea..
?kalau guna api kuat…kompem hangit n xmasak dalamnya…
?jgn ditnya masa bila nak menggentel tuk jdkan dia bulat2 …cekodok nie xyah gentel2 bagai…
Jemput2 je guna jari boh masuk lam kuali…InsyaAllah kalau bancuhan cun elok…nnt dia akan membulat dgn sndrnya…
?dia akan membulat ikut skil n cara kome men”jemput” ketika menggoreng yea…