Jika ada yang kata kuasa mendidik di tangan ibu, hakikatnya ayahlah adalah orang yang diberi keutamaan dalam mendidik anak-anak. Maklumlah kita dibiasakan dengan tanggungjawab suami pergi berkerja, manakala isteri mendidik anak-anak di rumah.
Namun kadang, kita lupa bahawa dalam Al-Quran ada menyebut berulang kali didikan ayah dan anak berbanding ibu dan anak.
Jelas, barangkali, jika anak-anak tidak mendengar kata, kita serahkan tugas mendidik anak kepada suami.
Sebagaimana perkongsian ini. Moga jadi panduan bersama dalam usaha mendidik anak-anak menjadi seorang yang berhemah.
“Anak saya degillah cikgu”
“Cikgu, anak saya susah nak ikut kata”
“Ustaz, saya dah abis perkataan dah nak marah anak saya. Ada ketika dalam hati terlintas perkataan tak baik”
“Ustaz, anak saya rotan dah, pukul dah tapi…..tetap sama degilnya”
Anak anda begini juga ke ? Setiap mak ayah melalui perkara yang sama. Termasuk saya. Tipulah kita sebagai mak ayah tak geram bila anak buat perangai.
Sampai satu peringkat saya rotan mereka. Ada ketika tapak tangan, ada ketika tapak kaki. Menangis melaung. Saya faham, sakit. Kadang kala terduduk menangis. Apakah dosa aku sampai anak payah nak dengar kata.
Ads
Nak tahu tak ?
Di dalam Al Quran terdapat 14 dialog antara ayah dan anak. Dialog ini fokusnya kepada mendidik. Hanya 2 sahaja dialog antara ibu dan anak.
Tetapi di dalam sabdaan Rasulullah ada satu hadis yang sangat popular iaitu memberi perhatian dan hormat kepada ibu. Sebanyak tiga kali Allah nyatakan. Selepas itu barulah ayah.
Jelas, Allah cakap kuasa mendidik terletak di tangan seorang lelaki bernama Ayah. Manakala dari segi keutamaan anak perlu taat dan utamakan seorang ibu.
Didikan yang baik dari seorang ayah akan menghasilkan anak yang sangat taat pada perintah ibu. Walaupun ibunya telah tiada.
Maknanya jika anak itu kurang ajar atau biadap, bukan salah ibu tetapi salah ayah. Betullah seloroh orang tua. Jangan salahkan ibu mengandung, salahkan ayah yang tak pakai sarung.
Baik, ada seorang nabi yang anaknya degil, tidak taat perintah Allah dan Ayahnya malah menafikan kewujudan Allah serta sombong dan bongkak.
Yup, anak Nabi Nuh.
Wei, anak Nabi pun ada yang degil. Malah buat benda yang amat-amat besar kesalahannya. Mensyirikkan Allah. Tetapi ayahnya Nabi Nuh masih mampu gunakan laras bahasa yang lembut.
1. Kejadian banjir besar berlaku. Anak Nabi Nuh degil tak nak naik kapal yang ayahnya bina. Tetapi cuba lihat cara panggilan seorang ayah kepada anak yang degil ‘Wahai Anakku’.
2. Anaknya tetap degil dan enggan naik ke atas kapal. Malah sombong dan takbur walaupun telah diseru oleh ayahnya.
Kalau kitalah, mesti dah baran atau geram. Silap tarikh rotan, tali pinggang atau apa sahaja di tangan dah kita libas. Tetapi Nabi Nuh tidak, masih memanggil ‘Wahai Anakku’
3. Anak degil tahap gaban gila babi. Babi pun sedar dia makhluk tuan dan bersyukur dengan ciptaan kebabiannya. Inikan dalam kisah ini. Degil ditambah lagi ingkar perintah Allah.
Apa yang Nabi Nuh buat ?
Nabi Nuh tadah tangan dan berdoa. Di dalam doa, Nabi Nuh tak doa yang tak baik tetapi doa yang positif semuanya. Bayangkanlah, anak degil tahap dewa. Bapa tetap doakan yang baik-baik.
Ads
Sebagai seorang ayah apa yang kita dapat dari kisah ini ?
1. Latih diri kita memanggil anak dengan nama yang baik. Panggil nama anak dengan nama yang telah diberi atau dengan sapaan yang positif.
Contoh, Sayang, Anak Hebat atau apa apa yang positif. Bukankah nama itu adalah suatu doa ?
2. Walaupun anak kita buat sesuatu perkara yang kita tak suka dan kita marah. Jangan hamburkan perkataan yang negatif. Teruskan panggil nama dia atau yang positif.
Tatkala sedang marah gunakan perkataan positif ini dengan penekanan kepada nada.
3. Yang ini jangan tinggalkan. Senakal mana anak kita, sedegil mana anak kita. Doakanlah mereka. Sesungguhnya hati mereka hanya Allah sahaja yang pegang.
Nak jadi ibu ayah yang osem, galilah kisah-kisah dalam Al Quran. Banyak pedoman yang telah dicatatkan untuk kita contohi. Adakah Parenting Nabi Nuh tak Osem atau tak berhasil ?
Tidak, Nabi Nuh dah berusaha sehabis baik. Segalanya diserahkan kepada pemilik yang maha Besar.
Sebarkan catatan ini agar manfaatnya lebih ramai yang perolehi. Jom jadi Bapa Muda Osem. Tak salah nak garang, garanglah dengan berakal.
Oh yer, jangan lupa follow saya dan taggedkan suami, ayah atau bakal ayah kepada anak-anak anda di ruang komen.
Ibu ayah adalah orang yang bertanggungjawab mendidik kita semasa kecil untuk menjadi seorang yang berguna sehingga mendapat kehidupan yang sempurna. Namun, masa berlalu pantas, wajah mereka dimamah usia. Semakin hari usia makin bertambah. Anak-anak pula semakin dewasa dengan pelbagai komitmen. Apa jua masalah dan kesibukan yang melanda, anak-anak tidak harus lupa jasa-jasa ibu bapa.
Bukan itu sahaja, baliklah kampung atau bercuti untuk menghabiskan masa bersama mereka sementara masa hayat dikandung badan. Renunglah wajah mereka selagi ada masa untuk menikmati saat ini. Lihatlah sinar matanya yang dulunya tidak tidur malam menjaga kita kala demam, kepenatan mencari rezeki dan segala kepayahan membesarkan kita.
Sebagaimana perkongsian yang dipaparkan oleh saudara Muhammad Hassan ini yang cukup inspirasi agar kita mengingati jasa orang tua kita sementara hayat mereka di dunia ini.
LIHATLAH WAJAH IBU AYAH
Gambar sekadar hiasan
Awak nak tahu tak apa yang kita selalu rugi hari ini? Kita selalu rugi hari ini apabila berhadapan dengan mak ayah kita lupa nak tatap wajah mereka,kita sibuk mengadap HP,hadap benda lain. Sedangkan antara perkara yang mudah untuk kita dapat pahala adalah melihat wajah dan berbuat baik terhadap mereka.
Saya tenung wajah mak dan ayah mertua saya dari jauh. Time tu mak dan ayah dok tengok tv. Tiba tiba wife tegur. Kenapa dari tadi saya tengok awak tenung mak dan ayah?
Saya perlahan cakap. Awak nak tahu tak apa yang kita selalu rugi hari ini? Kita selalu rugi hari ini apabila berhadapan dengan mak ayah kita lupa nak tatap wajah mereka,kita sibuk mengadap HP,hadap benda lain. Sedangkan antara perkara yang mudah untuk kita dapat pahala adalah melihat wajah dan berbuat baik terhadap mereka.
Awak nak tahu tak,saya dari zaman kanak kanak lagi kehilangan mak. 7 tahun lalu kehilangan pula seorang ayah yang cukup hebat. Moment yang saya nak sangat imbas kembali adalah melihat wajah mereka. Mahu peluk cium mereka. Nak cium perut mak saya. nak cium tapak tangan mak.
Awak ingat lagi tak tahun lepas saya peluk mak awak sampai menangis teresak esak. Sebab saya bahagia,gembira sangat الله hadirkan semula seorang mak dalam hidup saya dan saya akan taruhkan nyawa saya untuk mereka.
BERBAKTILAH KEPADA ORANG TUA SELAGI NYAWA DI KANDUNG BADAN
Gambar hiasan
Yang masih ada mak ayah. Rugilah jika jarang sekali jumpa mereka,tapi masih sibuk mengadap HP,sibuk dengan urusan lain. Tidak peliklah hari ini ada anak anak tidak hormat kepada mak ayah,lalu depan mak ayah pun takda adab. Sebab mereka lihat contoh bagaimana kita berhadapan dengan mak ayah kita.
Manfaatkanlah masa bersama mereka dan berbaktilah kepada mereka selagi nyawa belum terpisah dari jasad. Kerana saat kita bersama mereka adalah saat yang paling berharga. Mungkin itu adalah saat yang terakhir kita bersama mereka.
Hargailah mereka,berbuat baiklah terhadap mereka,jangan berkecil hati atau berkira dengan mereka,kerana asbab mereka kita ada hari ini,asbab mereka siapa kita hari ini.
Semoga muhasabah diri dengan perkongsian ini.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sana sini orang bercakap mengatakan anggota keselamatan seperti bomba, ATM dan sebagainya yang kononnya mereka bertindak lambat dalam usaha menyelamat mangsa banjir yang berlaku baru-baru ini.
Cemuhan demi cemuhan serta komen netizen di media sosial cukup dasyat diterima oleh pasukan penyelamat ini.
Justeru semalam menerusi paparan berita di Buletin Utama TV3, seorang anggota bomba yang bernama Abdullah Mohd Yusoh terpanggil untuk meluahkan perasaannya.
Ujarnya, dia sangat berasa terkilan dengan komen-komen netizen ketika hari musibah banjir berlaku sampai ke hari ini. Ahli bomba juga manusia ada hati dan perasaan.
Tambahnya lagi dirinya sendiri tidak dapat membantu anak dan isteri yang terkandas banjir kerana melaksanakan tanggungjawab membantu mangsa banjir yang lain.
Misi Menyelamat Di Janda Baik
Jelasnya lagi ketika kejadian banjir, anak dan juga isterinya hanya dibantu oleh jiran-jiran. Manakala dia pula sedang bertugas di Janda Baik untuk menyelamatkan mangsa banjir di sana.
Menurut perkongsian oleh isterinya di aplikasi TikTok @EZ2241, dapat dilihat habis harta benda tidak dapat diselamatkan termasuklah kereta yang tidak sempat dipindahkan dari ditenggelami air.
Setelah selesai tugas yang diamanahkan, barulah boleh bertemu isteri dan anak yang telah pun dipindahkan ke pusat penempatan sementara. Saat syahdu ini turut dikongsikan oleh isterinya di akaun tiktok miliknya.
Meninjau diruangan komen ramai juga yang meninggalkan komen yang positif dan antaranya seperti yang dikongsikan ini.
Mendidik anak-anak ada caranya, tidak boleh menggunakan kekerasan. lebih-lebih lagi zaman sekarang, usah disamakan zaman kita dahulu.
Pendekatan terbaik harus di ambil supaya tidak meninggalkan kesan jangka masa panjang pada emosi anak-anak. Lebih-lebih lagi dalam perhubungan ibu bapa dan anak.
Saudara Mohd Fhais baru-baru ini berkongsi satu insiden anaknya ditampar oleh seorang budak berumur 2 tahun ketika bermain di sebuah playground.
Apa yang ingin diceritakan olehnya adalah berkenaan tindakan si ayah budak berkenaan yang mengambil tindakan salah dalam menjatuhkan hukuman. Baca perkongsian ini. Moga bermanfaat buat ibu bapa lain!
Budak ni baru berhenti menangis lepas kena tampar.
Kesian aish rizqi baru 8 bulan dah kena tampar dengan budak 2 tahun masa main kat mcd playground semalam.
Tapi sebenarnya saya lebih kasihan kat budak yang tampar aish rizqi tu.
Sebab budak tu di zalimi oleh ayahnya sendiri!
Kesan tampar di pipi aish tu tak adalah teruk sangat, tak ada kesan pun tapi lebam di mental & emosi budak tersebut tersangatlah teruk.
Ayahnya zalim sebab tak ajar dengan betul.
1. Lepas dah tampar anak orang ayahnya tak ajar untuk minta maaf. Terus berlalu pergi tanpa cakap sepatah pun. Sepatutnya di ajar anak tu minta maaf, atau sekurangnya pujuk la aish rizqi yang dah menangis tanda kesal atas perbuatan dia. Satu kesilapan besar tak ajar anak jadi bertanggungjawab sejak kecil. Lebih-lebih lagi anak lelaki.. silap besar!
2. Anak dah buat salah kena marah pula dengan ayahnya. Padahal anak tu tak sengaja pun, mungkin terlalu excited bermain sampai tertampar. Baru 2 tahun kot! Marah tak buat anak rasa kesal dengan kesilapan yang dia dah buat malah ia buat anak semakin degil dan kebarangkalian diulangi kesilapan sama sangat tinggi.
3. Paling teruk ialah ayahnya hukum anak dengan memukul tangan yang menampar tadi. Patutlah anak tu laju je tangan tampar aish sebab ayahnya sendiri tangan laju memukul. Anak tak akan pandai memukul kalau tak ada orang yang ajar dia memukul di rumah. Ingat tu!
Kesan tampar kat pipi aish rizqi tu merah sekejap je lepas tu hilang tapi kesan tamparan emosi kat budak 2 tahun tu mungkin berkekalan sampai dewasa. Kesian budak tu.
Memang, bila nak meminta maaf tu kadang-kadang rasa malu tapi sebenarnya perkara yang memalukan pada awalnya tu la yang akan membantu anak kita membesar jadi seorang yang bertanggungjawab dan jadi seorang pemimpin di masa akan datang.
Mohd Fhais Ajar anak minta maaf tu lebih mulia dari ajar anak guna kekerasan untuk selesai masalah.
p/s : Tolong kongsikan pada semua ayah di luar sana perkara ni, sebab masih ramai yang tak tahu tentang besarnya kesan tak ajar anak meminta maaf sejak kecil.
p/s : Sebab itu saya selalu kongsi ilmu parenting dalam telegram supaya kita semua dapat jadi ayah yang baik untuk anak-anak. Klik link ni untuk join telegram saya, 👉t.me/CoretanFhais
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di