Apa aktiviti malam minggu anda sekeluarga. Nak keluar bimbang dengan wabak covid-19, lebih baik duduk di rumah kan. Apa kata ajak anak-anak tonton cerita menarik ini.
Ada kelainan yang cuba disampaikan dalam siridrama terbaru Take CTRL yang bakal menemui penonton tak lama lagi. Mengetengahkan elemen game dalam ceritanya kerana ia merupakan kisah sains fiksyen tetapi menghiburkan seisi keluarga.
Di dalam drama ini diselitkan elemen cinta,benci , kasih sayang dan kekeluargaan antara anak-anak dan ibu bapa. Selain itu, ditunjukkan bagaimana cara mereka berdamai antara satu sama lain dalam dunia digital.
Adegan lucu antara ibu bapa pasti membuatkan anak-anak terhibur. Namun, yang lebih penting adalah mesej yang ingin disampaikan menerusi drama ini.
Ads
Sesuai dengan slogan “with control, comes chaos”, anak-anak akhirnya dapat pengajaran bahawa mengawal tidak semudah yang disangka, dan sentiasa ada akibatnya.
Justeru, anak-anak perlu tahu dan terima bila mana ibu bapa katakan ‘tidak’ bagai sesuatu perkara.
Ads
Siri ini mengisahkan tentang Sky dan Ramunah, adik-beradik yang dikawal ketat oleh ibu bapa mereka, sehingga mereka terjumpa permainan video kawalan minda.
Kanak-kanak ini kemudian mengalami peranan mereka dan ibu bapa yang ditukar. Take CTRL akan ditayangkan pada 29 Januari, setiap Sabtu, 9 malam di TA-DAA! (Saluran 612), Astro GO dan On Demand.
Ads
Menariknya, peminat Shaheizy Sam boleh melihat bagaimana karekter yang dibawakan pelakon ini sebagai papa. Manakala watak mama pula di pegang oleh Hana Nadira. Turut berlakon dalam siri ini adalah Faiz Najib (Sky) dan Sry Khairudin (Ramunah), sebagai penampilan sulung buat ketiga-tiga pelakon utama dalam siri TV.
Lain orang lain citarasanya, namun bila menyentuh tentang resipi kek coklat ramai teruja untuk menikmatinya. Bukan sahaja kanak-kanak malah kita orang dewasa pun Kek coklat memang enak dan ramai yang suka, sama ada dimasak bakar atau dikukus. Andai kata tiba-tiba terasa teringin untuk menyediakan sendiri, apa kata anda sediakan resipi yang dikongsikan ini.
Resipi Kek Coklat Moist
Bahan A
1 Cawan gula pasir
1 cawan serbuk koko
1 Cawan susu cair
1/2 Cawan susu pekat
1 Cawan minyak
~ Campur semua bahan.A … masak di atas api kecil hingga larut sebati … bila dah sebati …tutup api ..
Bahan B
1 Cawan tepung gandum
1 Sudu kecil baking powder
1 Sudu kecil soda bikarbonat
~ Ayak bahan B …
Bahan C
3 Biji telur size A
1 Sudu kecil esen vanilla
~ Blender bahan c hingga kembang
Cara-cara …
1. Masukkan bahan A ke dalam bekas lain masukkan pula bahan B dan C secara selang seli.
2. Semuanya guna whisk sahaja ye bila dah sebati semua. Kalau rajin tapis adunan yang dah siap ni kalau tak tapis pun tak apa.
3. Panaskan kukusan hingga air betul-betul mendidih. Kalau tak mendidih betul, keknya tak naik cantik.
4. Masa kukusan bergantung kepada bekas. Bekas yang paling kecil 10 minit yang sedang 15-17 minit, yang besar 40-45 minit. Boleh juga cucuk dengan lidi untuk mengetahui telah masak sepenuhnya, jika lidi kering dah masak la tu
Saya bakar menguna teknik waterbath, masak selama 40 minit, suhu 180 atas bawah
****Yang tanya bakar dalam bekas tu cair ke? Jawapanya tak cair . Sebab ada air dalam tray tu .
Topping
1 cawan koko
1 Cawan susu pekat
1 cawan minyak
1/2 Cawan susu cair
Campur semua .. masak secara double boil .
Jika nak.lagi leleh .. tambahkan lagi susu cair sedikit.
Masih ingat tak, ketika bercinta dulu, senyuman manis membuatkan anda terterpesona.
Malah melalui dengan senyuman akan membuatkan emosi positif baik bagi diri kita atau orang lain. Bahkan akan memunculkan rasa bahagia untuk pasangan suami isteri.
Oleh itu dalam perkahwinan digalakkan sentiasa memberi senyuman kepada pasangan tanpa mengira masa.
Begitu juga dengan perkongsian ini. Nak tahu rahsia senyuman yang dikatakan romantik!
Ikuti selanjutnya.
Romantik Percuma Dengan 5 Senyuman.
Jika mulut sukar untuk meluahkan, berikan senyum sahaja. 1. Bila si dia selesai berpakaian untuk ke luar, senyumlah. Itu tanda anda suka, anda sayang, anda memuji dia cantik atau segak tanpa berkata apa-apa. Hebat kan? 2. Bila isteri sedang atau sudah selesai masak, berikan dia senyuman tanda terima kasih dan anda menghargainya. 3. Sebelum meninggalkan pasangan. Sama ada mahu pergi kerja atau keluar ke kedai. Sebelum pintu rumah ditutup tu, lemparkan sahaja senyuman manis buat pasangan. Tinggalkan si dia dengan mood yang baik. Pasti dia tersenyum sendiri. 4. Bila pulang dari kerja, berikan senyuman yang menandakan anda bersyukur kerana telah pulang ke rumah dan anda telah meninggalkan kerja di tempat kerja. Setkan mood pulang anda itu di tahap yang baik. 5. Senyum secara rawak atau spontan kepada pasangan. Bila dia tidak memandang, berikan senyuman padanya, bercakaplah dalam hati, “hensemnya suami aku ni” atau “cantiknya isteri aku ni”. Biar dia perasan yang anda sedang tersenyum melihat dia. Kalau dia tanya kenapa, boleh jawab sebab dia hensem atau cantik, atau jawab je “takde pape”. Pasti best. Mudah sahaja nak romantik ni. Jom mulakan dengan senyuman. Kongsikan penulisan ini supaya lebih ramai yang memberikan senyuman pada pasangan.
Jarang kedengaran cerita tentang menantu lelaki dan mentua bergaduh. Biasanya yang menimbulkan masalah adalah ‘perang’ antara menantu perempuan dan ibu mentua.
Mungkin kerana sikap lelaki yang tidak mengambil kisah membuatkan hubungan itu menjadi mudah. Namun tidak bermakna suami boleh lepas tangan dan tidak mahu mengambil ‘port’ terutama apabila bersama keluarga mentua.
Kasihan isteri, mungkin ada yang jenis memendam tidak mahu bersuara kerana menjaga hati suami, akibatnya makan dalam. Itu belum bab kena sindir dengan ahli keluarga dek sikap suami tersebut.
Justeru, buat suami sekalian, apabila anda berkahwin dengan seseorang wanita , secara automatik, keluarganya menjadi keluarga anda. Jika isteri boleh menyesuaikan diri dengan keluarga anda, kena anda tidak mahu berbuat hal sama dengan keluarganya kan?
Ini antara tip menjadi suami terbaik di hadapan keluarga mentua oleh Akhtar Syamir.
Menjadi suami terbaik di hadapan keluarga mentua.
Bukan hipokrit, tetapi mengesahkan pemilihan anak mereka itu satu pilihan yang tepat. Ini sentiasa bermain di fikiran saya apabila berada di kalangan ipar duai dan mentua.
Saya nak tanggapan yang baik itu. Saya mahukan isteri saya nampak berjaya di mata keluarganya kerana mempunyai suami yang hebat.
Suami yang hebat ini bukan untuk berbangga-bangga atau perasan, jauh sekali untuk berlagak bagus. Suami yang hebat ialah suami yang membuatkan isterinya nampak hebat.
Bagaimana? Dengan mendahulukan dan mengutamakan isteri terutamanya apabila berada bersama keluarganya.
Utamakan isteri ketika bersama keluarga
Pertama, apabila waktu makan tiba, utamakan isteri supaya dia dapat makan bersama keluarganya. Tak salah jika si suami jaga dulu anak yang kecil. Bukan selalu mereka dapat makan bersama.
Pergaulan baik dengan keluarga mentua
Satu lagi cara membuatkan isteri nampak hebat ialah dengan menjadi ipar dan menantu yang baik. Pergaulan yang baik dengan mentua dan adik beradik isteri sepatutnya menjadi keutamaan yang paling tinggi.
Kita masuk tempat orang, kita kena bagi orang selesa dengan kita. Jangan jadi seperti pencuri, mengambil sesuatu dari tempat orang dan berlagak seperti orang asing dengan tidak menyesuaikan diri dengan keluarga isteri.
Tanya sepatah, jawabnya sepatah. Muka nak senyum pun susah. Memang nampak seperti si suami tidak mahu berada di situ. Ini antara benda yang sering orang buat tanpa mereka sedari. Saya nampak dengan mata saya sendiri. Pastinya suami itu akan mendapat tanggapan yang tidak baik.
Tonjolkan kemesraan dengan isteri
Ketiga, menonjolkan kemesraan dengan isteri. Bukan untuk menunjuk-nunjuk, tetapi untuk mereka tahu yang anak atau adik kakak mereka sedang gembira dan dijaga dengan baik oleh kita.
Cantikkan isteri
Keempat, dari segi fizikal isteri. Cantikkan dia. Jaga pemakaian dan rupa parasnya. Kalau boleh, isteri nampak lebih cantik berbanding saat pertama kita ambil dia dari keluarganya. Tak salah jika seorang suami berbangga dengan rupa paras isterinya apabila dia berada dengan keluarganya sendiri.
Bawa berbincang dengan isteri
Kelima, jika ada perbezaan pendapat pada waktu ketika berada bersama mereka, simpan dahulu dan berbincanglah secara baik dengan isteri sahaja tanpa pengetahuan keluarganya. Ingat, persembahkan yang terbaik sahaja. Apa sahaja yang boleh mendatangkan tanggapan yang tidak baik, selesaikanlah di belakang.
Semua ini perlu dibuat bukan sahaja untuk menonjolkan kehebatan isteri, tetapi untuk menjaga aib isteri juga. Jika suami sentiasa moody, bermasam muka, tidak mesra dan nampak tidak selesa, pastinya akan menzahirkan perasaan malu pada diri isteri di hadapan keluarganya sendiri.
Isteri menghargai
Pokok pangkalnya, kita tonjolkan kebaikan yang selalu kita buat pada isteri kita kepada keluarganya. Saya percaya, si isteri akan sangat-sangat menghargainya. Hasilnya, perkara yang sama akan dibuat oleh isteri di hadapan keluarga suami pula. Bukankah itu yang terbaik?
Semoga dapat memberi inspirasi. Kongsikan ilmu ini kepada semua. Saya yakin, ramai yang memerlukan suntikan idea seperti ini. In Shaa Allah.
Jemput follow saya ?Akhtar Syamir. Saya selalu menulis mengenai kekeluargaan, hubungan suami isteri dan isu semasa.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.