Ini Sebabnya Kenapa Zul Ariffin Mahu Ibu Ayah Bawa Anak Tonton Filem Tombirou. Kena Baca Ni!

Share

Bak kata pepatah, air yang dicincang takkan putus, begitu juga dengan hubungan dalam sesebuah keluarga. Mesej tersebut cuba disampaikan oleh Zuil Ariffin di dalam filem terbarunya, Tombiruo Penunggu Rimba yang bakal ditayangkan pada Oktober 2017.

Filem pertama adaptasi karya Ramlee Awang Murshid (RAM) yang merupakan antara penulis karya thriller terhebat Malaysia ini mengisahkan penunggu rimba yang menjadi legenda di hutan keningau. Dia bukanlah hantu tetapi wira tidak berwajah manusia yang berselindung di sebalik topeng bagi menyembunyikan kemelut dan kesepiannya.

Insiden hutan – rumah tempat tinggalnya di ceroboh untuk dibangunkan projek empangan sehingga mengorbankan bapanya Pondoluo menyemarakkan dendam dalam hati pemuda itu yang nekad memburu mereka yang bertanggungjawab.

Zul Ariffin menjadi teraju utama untuk filem ini bergandingan bersama pelakon terkenal nabila Huda.

Menurut Zul,  filem Tombirou ini sesuai untuk ditonton seisi keluarga memandangkan ia membawa mesej dan nilai kekeluargaan yang tinggi.

Bak kata pepatah, air yang dicincang takkan putus, begitu juga dengan hubungan dalam sesebuah keluarga. Tombiruo adalah sebuah filem yang sarat dengan aksi, elemen kekeluargaan serta memaparkan flora dan fauna yang terdapat di Malaysia yang jarang dipaparkan di dalam filem tempatan. Pada saya ia bagus untuk tontonan seisi keluarga kerana memaparkan banyak elemen kekeluargaan. Bagaimana bergaduh atau terpisah sekali pun, namun bak kata pepatah air yang di cincang takkan putus.

“Keakraban dan pertalian darah  selain nilai kekeluargaan yang ditampilkan boleh dijadikan contoh terbaik untuk semua. Jadi, sangat sesuai jika ibu bapa membawa anak-anak untuk menonton cerita ini.

Zul dalam pada itu mengakui, dek kerana mahu menjayakan karakter Ejim atau nama lainnya Tombiruo, Zul Ariffin  juga sanggup mengubah rutin pemakanan dan penjagaan badan demi mendapatkan tubuh yang ideal.

“Sebelum memulakan penggambaran, berat badan saya 92 kilogram (kg). Kemudian pihak produksi ada minta saya turunkan sedikit badan kerana kalau ikut logik pun, mana ada lelaki yang duduk dalam hutan ada badan yang begitu kekar. Jadi, saya kurangkan makan kepada sekali sehari dan banyakkan pengambilan makanan berkhasiat. Hasilnya saya hilang hampir 12kg berat badan.

Tambahnya lagi, dia turut mengalami kecederaan ligamen pada hari ketiga penggambaran.

“Mungkin kerana diet ‘keras’ yang diamalkan, ‘muscle joint’ saya kering sehingga menyebabkan kecederaan pada ligamen. Saya terpaksa berehat selama dua minggu di hospital dan beberapa babak terpaksa digantikan dengan pelakon gantian.

Selain Zul dan Nabila Huda,  Tombiruo: Penunggu Rimba turut membariskan pelakon hebat seperti Datuk M Nasir, Faizal Hussien, Farid Kamil,  Hasnul Rahmat dan Dynaz Mokhtar serta akan menemui penonton di pawagam bermula 12 Oktober depan.

 

 

 

 

IKLAN