Bak kata pepatah, air yang dicincang takkan putus, begitu juga dengan hubungan dalam sesebuah keluarga. Mesej tersebut cuba disampaikan oleh Zuil Ariffin di dalam filem terbarunya, Tombiruo Penunggu Rimba yang bakal ditayangkan pada Oktober 2017.
Filem pertama adaptasi karya Ramlee Awang Murshid (RAM) yang merupakan antara penulis karya thriller terhebat Malaysia ini mengisahkan penunggu rimba yang menjadi legenda di hutan keningau. Dia bukanlah hantu tetapi wira tidak berwajah manusia yang berselindung di sebalik topeng bagi menyembunyikan kemelut dan kesepiannya.
Insiden hutan – rumah tempat tinggalnya di ceroboh untuk dibangunkan projek empangan sehingga mengorbankan bapanya Pondoluo menyemarakkan dendam dalam hati pemuda itu yang nekad memburu mereka yang bertanggungjawab.
Zul Ariffin menjadi teraju utama untuk filem ini bergandingan bersama pelakon terkenal nabila Huda.
Menurut Zul, filem Tombirou ini sesuai untuk ditonton seisi keluarga memandangkan ia membawa mesej dan nilai kekeluargaan yang tinggi.
Ads
Bak kata pepatah, air yang dicincang takkan putus, begitu juga dengan hubungan dalam sesebuah keluarga. Tombiruo adalah sebuah filem yang sarat dengan aksi, elemen kekeluargaan serta memaparkan flora dan fauna yang terdapat di Malaysia yang jarang dipaparkan di dalam filem tempatan. Pada saya ia bagus untuk tontonan seisi keluarga kerana memaparkan banyak elemen kekeluargaan. Bagaimana bergaduh atau terpisah sekali pun, namun bak kata pepatah air yang di cincang takkan putus.
“Keakraban dan pertalian darah selain nilai kekeluargaan yang ditampilkan boleh dijadikan contoh terbaik untuk semua. Jadi, sangat sesuai jika ibu bapa membawa anak-anak untuk menonton cerita ini.
Zul dalam pada itu mengakui, dek kerana mahu menjayakan karakter Ejim atau nama lainnya Tombiruo, Zul Ariffin juga sanggup mengubah rutin pemakanan dan penjagaan badan demi mendapatkan tubuh yang ideal.
Ads
“Sebelum memulakan penggambaran, berat badan saya 92 kilogram (kg). Kemudian pihak produksi ada minta saya turunkan sedikit badan kerana kalau ikut logik pun, mana ada lelaki yang duduk dalam hutan ada badan yang begitu kekar. Jadi, saya kurangkan makan kepada sekali sehari dan banyakkan pengambilan makanan berkhasiat. Hasilnya saya hilang hampir 12kg berat badan.
Tambahnya lagi, dia turut mengalami kecederaan ligamen pada hari ketiga penggambaran.
Ads
“Mungkin kerana diet ‘keras’ yang diamalkan, ‘muscle joint’ saya kering sehingga menyebabkan kecederaan pada ligamen. Saya terpaksa berehat selama dua minggu di hospital dan beberapa babak terpaksa digantikan dengan pelakon gantian.
Selain Zul dan Nabila Huda, Tombiruo: Penunggu Rimba turut membariskan pelakon hebat seperti Datuk M Nasir, Faizal Hussien, Farid Kamil, Hasnul Rahmat dan Dynaz Mokhtar serta akan menemui penonton di pawagam bermula 12 Oktober depan.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Pernikahan adalah tentang cinta, tentang persahabatan, tentang kesabaran dan tentang kehidupan. Pasangan lelaki dan wanita diciptakan antara satu sama lain untuk saling melengkapi. Kecintaan dan kasih sayang antara suami isteri bukan sekadar di bibir sebaliknya kena dari hati yang ikhlas dan jujur selain mendapat keredaan Yang Maha Esa.
Menjejaki titian kasih pasangan Prof Dr Muhaya Mohamad dan suami kesayangan, Dato Dr Azmi Jamion yang membina mahligai cinta tatkala masing-masing masih bergelar pelajar nyata cukup istimewa.
“Pertama kali bertemu suami adalah pada tahun1976. Ketika itu ada Piala Perdana Menteri dan saya salah seorang ahli jawatankuasa bagi program berkenaan. Daripada situ kami mula berkenalan dan sempat bermain ping pong bersama. Waktu itu, kami sudah mula suka antara satu sama lain. Sebelum pulang, suami minta alamat saya untuk berhubungan. Waktu itu tiada kemudahan telefon seperti sekarang. Jadi kami berhubung melalui surat.
“Setiap minggu kami saling mengutus surat sehinggalah pada tahun 1979 saya tinggal di asrama di Pantai Baru manakala suami pula di Jalan Raja Muda. Kebetulan teman serumah saya, Dr Wan Sapiah seorang yang agak alim orangnya. Dia yang bagi cadangan supaya saya dan suami bernikah awal. Daripada berjumpa selalu baik kami nikah. Katanya berjumpa tanpa ada ikatan nanti berdosa, saya pun terfikir betul juga apa yang kawan saya cakap .
“Walaupun tidak melakukan perkara-perkara yang terlarang tetapi kami selalu berjumpa, makan bersama dan belajar bersama. Itu juga dikira berdosa. Akhirnya kami memilih untuk berkahwin kerana mahu mendapat keredhaan Allah dan mengelak maksiat. Waktu itu saya dalam tahun kedua dalam bidang perubatan.
“Tetapi saya bimbang penerimaan keluarga dengan keputusan tersebut. Waktu nak telefon ayah, saya jadi was-was. Tetapi tak sangka lepas cakap, ayah setuju dan tak tahu kenapa ayah saya boleh bersetuju. Mungkin juga ayah saya orang yang beragama dan dia tahu itu juga satu benda baik. Cuma ayah minta kami nikah gantung dan tidak duduk bersama supaya saya tidak mengandung kerana takut susah nak belajar.
Jimat kongsi makan dan minum berdua
“Istimewanya ikatan pernikahan ini bukan sekadar mengelakkan maksiat, sebaliknya selepas berkahwin saya masih mampu mengekalkan momentum dan muncul pelajar terbaik. Itulah berkatnya apabila berkahwin tanpa ada maksiat. Selepas berkahwin, kami bebas ke sana ke mari dan boleh membonceng motosikal suami untuk ke kelas, belajar di perpustakaan sampai tengah malam kerana ada suami sebagai peneman.
“Bukan itu sahaja, apabila bergelar suami isteri kami boleh berjimat. Kalau pergi makan, mesti kami kongsi lauk dan order satu teh ais sahaja. Disebabkan duit pun tak ada sangat masa itu.
“Jika saya penat dan sebagainya, suami akan bawa tengok wayang dengan menaiki motosikal. Memang hidup saya sangat gembira dan selalu saya cakap pada kawan takutnya jika Allah tarik balik nikmat yang saya peroleh ketika itu. Tetapi kawan saya cakap jika kita bersyukur insyaAllah, Allah akan kekalkan nikmat tersebut. Jujurnya, banyak kegembiraan yang saya peroleh berbanding cabaran ketika itu.
Tunjuk perangai sebenar
“Dulu saya kenal suami umur 17 tahun dan dia cinta pertama saya. Saya rasa cinta kami sangat asli dan jujurnya sebelum berkahwin perangai saya tidak elok. Saya garang, suka marah, suka merajuk tetapi selepas kahwin suami puji perangai saya lebih baik dari sebelum ini (sebelum berkahwin). Ini semua sebab hukum Islam yang mana lepas kahwin kena taat pada suami. Pendek kata, sebelum kahwin saya tunjukkan perangai tidak elok, tetapi selepas kahwin saya berubah untuk menjadi lebih baik. Pada saya lebih baik kita tunjukkan perangai sebenar sebelum kahwin. Tidak ada kepura-puraan sebelum itu.
“Pada saya keikhlasan sangat penting dan yang keduanya, agama dan tujuan perkahwinan itu sendiri. Bukan sama ada terdesak atau sebab sayang. Kita mesti kahwin kerana Allah dan mahu mendapat redhaNya. Macam saya sendiri, saya kahwin kerana mahu mengelakkan maksiat kerana mahu menjaga Agama dan bukan sebab nafsu atau suka. Tetapi lebih kepada menjaga Agama. Itulah keberkatannya.
“Jadi untuk pasangan di luar sana yang sedang belajar, apa-apa yang kita lakukan mesti niat kerana Allah dan berkahwin kerana cinta Allah dan bukannya cinta manusia sebab manusia boleh hilang tetapi Allah sentiasa ada. Apabila kita mendapat cinta Allah maka kita akan mendapat cinta manusia. Ketaatan dan ketakwaan itu sangat penting. Justeru, kita kena tahu tujuan berkahwin.
“Jika kita kahwin untuk bahagia memang takkan bahagia kerana hanya orang yang bahagia sahaja boleh bahagiakan orang lain. Kerana itu, kita kena betulkan dalaman terlebih dahulu iaitu fikiran dan emosi mesti positif dan kena tanam dalam diri bahawa agama adalah segala-galanya,” ulas Prof Muhaya yang turut menerima dan menggalakkan anak-anaknya berkahwin awal ketika masih belajar.
Solat berjemaah
Akui Prof Muhaya, ada anaknya yang berkahwin ketika berada pada tahun akhir pengajian dan baginya, wanita yang baik itu cepat berkahwin, murah mas kahwinnya dan banyak anaknya.
“ Itu saya selalu tekankan dan wanita yang paling bertuah dan bahagia adalah wanita yang memiliki suami yang sangat baik, beriman. Apabila lelaki sedemikian yang datang meminang anak saya maka saya akan terima tanpa memberi alasan belajar sebagai halangan kerana belajar bukan segala-galanya. Yang penting jodoh yang baik, waktu yang baik dan jauh daripada maksiat.
“Benda penting adalah belajar dan selalu solat berjemaah dengan suami, minta suami doakan kita. Suami sangat tekankan solat dan agama kena jaga kerana itu yang memberi kebahagiaan ialah Allah dan jika kita menjaga agama maka Allah akan menjaga .Asas dalam sesebuah perkahwinan bukan melihat pada apa yang kita ada tetapi kepada sikap kita kepada apa yang kita ada.
Rumah besar, kereta besar, duit yang banyak bukanlah gambaran kebahagiaan. Biar rumah yang kecil, namun syukur dengan apa yang ada. Itulah asas dalam kebahagiaan sesebuah rumah tangga.
Sumber: Majalah Keluarga
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Kucing peliharaan kita memang jadi haiwan kesayangan di rumah. Malah haiwan kesayangan Nabi Muhammad SAW ini juga sudah seperti sebahagian daripada ahli keluarga yang cukup disayangi sentiasa.
Rumah kita sememangnya sunyi jika tanpa si bulus kesayangan kita ini. Kalau bercuti dalam tempoh yang lama, bukan rumah yang kita kisahkan tetapi kucing yang ditinggalkan di rumah sentiasa menjadi sebab untuk kita mahu lekas tiba di rumah. Itulah penangan memelihara haiwan comel ini.
Bukan itu sahaja, apa sahaja kelengkapan mengenai haiwan comel ini sebolehnya kita mahu sediakan dengan sebaiknya.
Pun begitu segala yang melibatkan haiwan ini sebenarnya memerlukan kos yang agak tinggi, lebih-lebih lagi bagi kucing berbaka hebat yang dimport daripada luar negara. Kosnya menelan belanja yang bukan sedikit.
Nak lebih kreatif dan paling penting boleh jimatkan kos, ada baiknya kita mencuba sendiri buat di rumah. Buat rumah kucing sendiri?
Itu tidak mustahil kerana Siti Noor Hafiza sudahpun mencuba membuatnya sendiri di rumah. Cantik pula tu.
Dia yang berkongsi di facebook peribadi miliknya ternyata mendapat perhatian daripada netizen. Rata-rata memuji dan ramai pula yang cubamembuatnya.
Jom ikut langkah yang diberikan wanita ini. Cantik dan paling penting kosnya sangatlah murah!
” Diy rumah untuk anak-anak bulus tu…”
Kos: Bakul x 2 = RM 4.24 Cable tie = RM 2.12 Alas kaki = RM 2.12 Gergaji = dah ada kat rumah ? Baju tshirt tak pakai jaa- guna baju tido?
Total: RM 8.48 Jewww (Jimat banyak)
1. Tandakan bahagian yang nak dipotong iaitu bahagian atas untuk buat pintu.
2. Macam ni.
3. Ukur bahagian bawah pula.
4. Siap masukkan alas kaki.
5. Kena gunakan cable tie ikat tepi pintu tepi dan belakang?
6. Siap nak mcm ni pun boleh, nak pakaikan baju pun boleh.
7. Tadaaa siap Yeayyyy.
Selamat mencuba!
Kredit: Siti Noor Hafiza
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Berita baik buat pasangan yang ingin menimang cahaya mata, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) baru-baru imeluluskan pengeluaran wang kepada pasangan yang menjalani rawatan kesuburan seperti in-vitro fertilisation (IVF).
Menerusi laman websitenya, KWSP memuat naik info yang membenarkan ahli yang menghadapi masalah kesihatan untuk membuat pengeluaran daripada Akaun 2 bagi membiayai kos perubatan penyakit kritikal dan/ atau peralatan bantuan kesihatan yang diluluskan juga rawatan kesuburan.
Dr Pravin Peraba berkongsi berita baik ini dan bagaimana cara pasangan yang ingin menggunakan KWSP untuk membuat rawatan IVF
Berita baik untuk semua pasangan yang masih berusaha untuk mendapat zuriat. Efektif dari 1hb September 2020, kini individu yang berkelayakan boleh membuat withdrawal/pengeluaran dari KWSP untuk pembayaran rawatan kesuburan.
Sila rujuk gambar di bawah dan juga link KWSP untuk mendapat borang pengeluaran serta memahami prosesnya.
https://www.kwsp.gov.my/member/withdrawals/partial/health…
Individu yang layak adalah mereka yang:
1. Warganegara Malaysia
2. Bawah umur 55 tahun
3. Ada baki yang mencukupi dalam Akaun 2
4. Mempunyai sijil perkahwinan yang sah di Malaysia
Ini merupakan langkah kerajaan yang amat dialu alukan khususnya kepada mereka yang memerlukan rawatan IVF tapi tidak mampu membiayai kosnya dalam sekaligus.
Ini akan meringankan beban kewangan serta memberi peluang kepada banyak pasangan untuk mendapat rawatan yang diperlukan. Sila DM atau guna talian whatsapp di laman ini untuk penerangan selanjutnya.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di