“Inilah Rupa Rumah Dulu” – Dato’ Rizalman Dedah Gambar Rumah Dulu & Sekarang. Ambil Masa 30 Tahun, Ubah Suai Sedikit Demi Sedikit.

Share

Kisah personaliti ini cukup menarik untuk didengari. Kepada yang mungkin tidak tahu, Dato’ Rizalman bermula sebagai pereka dalaman sebelum menceburi bidang fesyen.

Beliau antara pereka tersohor yang menajdi rebutan baik orang kenamaan mahupun selebriti. Khidmatnya ditagih terutama sekali bakal pengantin dan juga ketika tibanya Hari Raya.

Mengikuti ceritanya sangat menyeronokkan, memberi pengajaran dan inspirasi untuk setiap orang. Itu yang cuba dilakukan oleh Dato’ Rizalman untuk semua yang mengikuti Instagram beliau.

Atas permintaan pengikutnya di Instagram, Dato’ Rizalman turut berkongsi perubahan yang dilakukan untuk kediamannya. Video tersebut dikongsi di InstaStory.

Dato’ Rizalman turut berkongsi rupa asal keadaan rumahnya sebelum beliau mengubahsuai keseluruhannya mengikut citarasanya.

Ini antara gambar-gambar yang sempat diambil melalui perkongsian video beliau di InstaStory.

Sumber: Astro Gempak

IKLAN