Suasana di sebuah pusat beli-belah terkenal, Setia Alam City Mall di Setia Alam, Shah Alam, Selangor bertukar kecoh apabila insiden tembakan berlaku sekitar jam 10 malam.
Ratusan pengunjung yang sedang berada di dalam sebuah pusat beli-belah di Shah Alam berada dalam keadan cemas apabila dipercayai berlaku satu insiden itu.
Kejadian yang mencetuskan panik itu menyebabkan para pengunjung dan peniaga bertempiaran lari untuk menyelamatkan diri masing-masing.
Berdasarkan video yang tular, difahamkan pekerja premis pusat beli-belah itu telah membuat keputusan untuk menutup sementara pintu gulung (roll shutter) premis.
Ads
SIASATAN LANJUT KEJADIAN TEMBAK MENEMBAK DI PUSAT MEMBELI BELAH SETIA ALAM
Memetik laporan Bernama, polis mengesahkan satu kejadian tembakan di sebuah pusat beli-belah di Setia Alam di sini.
Ads
Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Mohd Iqbal Ibrahim yang mengesahkan kejadian berkenaan berkata pasukannya baru tiba di lokasi.
Ads
“Ya betul (berkenaan insiden tembakan) dan pasukan polis baru sampai di tempat kejadian, nanti saya (kongsikan) perkembangan kes,” katanya ketika dihubungi malam ini.
Laporan selanjutkan akan dimaklumkan.
Sumber: Bernama & Sosial media orang awam
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Tiada lagi celoteh ceria mak-mak di Suria FM! Pasti ramai yang akan merinduinya. Terkini, penyampai radio dan pengacara popular, Sharifah Shahirah atau lebih dikenali sebagai Kak Rara, mengumumkan pengundurannya dari stesen Suria FM selepas tujuh tahun menghiburkan pendengar.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Anak kedua Linda Hashim masuk hospital, melecur terkena air panas – “Doakan kesembuhan untuk Anggun Cassandra.” Anak kepada pasangan pelakon popular, Linda Hashim dan Beego, iaitu Anggun Cassandra, terpaksa mendapatkan rawatan di hospital selepas mengalami kecederaan melecur akibat terkena air panas.
Perkara itu dimaklumkan sendiri oleh kedua-dua selebriti berkenaan menerusi perkongsian di laman Instagram masing-masing. Dalam hantaran tersebut, mereka memohon doa orang ramai agar anak kedua mereka segera pulih daripada insiden yang tidak diduga itu.
“Mohon segala doa kesembuhan untuk anak saya Anggun Cassandra yang melecur terkena air panas,” tulis Linda dan Beego di media sosial.
Dalam pada itu, Linda turut berkongsi momen dirinya berada di dalam ambulans bersama anaknya. Katanya, meskipun hatinya hancur melihat keadaan Anggun menahan kesakitan, dia tetap berusaha kelihatan tabah agar anak kecil itu merasa sedikit tenang.
“Kali ini mommy tak kuat tapi acah-acah kuat depan Anggun,” ujarnya.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata warga maya menitipkan doa dan kata-kata semangat buat Anggun Cassandra. Ramai yang berharap agar anak perempuan pasangan selebriti ini kembali sihat seperti sediakala dalam masa terdekat.
Ibu percaya anak perempuan hilang sejak 8 Mei masih hidup – “Adik nak balik tapi mungkin ada yang halang.” Sudah lebih dua bulan berlalu sejak kehilangan Nor Alieya Maisarah Mohd. Hassan, 14, dari kediamannya di Taman Seri Telok Mas, Melaka pada 8 Mei lalu, namun ibu remaja itu masih yakin anaknya dalam keadaan selamat.
Menurut Noorlaili Mahat, 53, dia percaya anak bongsunya itu sebenarnya mahu pulang, namun dihalang oleh pihak tertentu daripada berbuat demikian.
“MAK CIK RASA ADIK (MAISARAH) NAK BALIK TETAPI ADA ORANG TAHAN, DIA MEMANG ADA (HIDUP) LAGI, MAK CIK PERCAYA,” KATANYA PENUH HARAPAN.
Tambahnya, sehingga kini beliau dan suaminya, Mohd. Hassan Elias, 52, tidak pernah berhenti mencari anak mereka, termasuk menjejak ke lokasi-lokasi yang berkemungkinan dikunjungi Maisarah, seperti kediaman ibu saudaranya di Seremban, Negeri Sembilan.
Meskipun begitu, usaha mereka setakat ini masih belum menemui sebarang petunjuk, malah rakan-rakan anaknya juga tidak mengetahui keberadaan Maisarah.
“Sehingga kini kami sekeluarga termasuk kakaknya masih mencarinya, namun tiada sebarang petunjuk. Kawan-kawannya juga tidak tahu keberadaannya,” ujarnya sayu.
Noorlaili memaklumkan bahawa siasatan polis masih diteruskan, namun belum ada perkembangan positif yang dimaklumkan kepada keluarga.
“Cuma dua minggu lepas pasukan polis ada datang ke rumah dan ambil sampel rambut, sikat dan baju Adik untuk tujuan Ujian asid deoksiribonukleik (DNA). Polis pun masih kesan dia, tak tahu dia ni pergi mana,” katanya.
Beliau turut menjelaskan bahawa Maisarah tidak mempunyai teman lelaki, sebaliknya percaya kehilangan itu mungkin berpunca daripada perasaan merajuk kerana dimarahi sebelum ini akibat enggan ke sekolah.
Kes kehilangan Nor Alieya Maisarah pernah dilaporkan media pada 25 Jun lalu, selepas beliau dipercayai keluar dari rumah dengan membawa beg sekolah serta beberapa helai pakaian. Ketika kejadian, ibunya yang bekerja di sebuah restoran ikan bakar sempat bertemu anaknya pada pukul 4 petang sebelum keluar bekerja.
Menurutnya lagi, kehilangan remaja itu hanya disedari apabila anak keduanya memberitahu bahawa Maisarah tiada di rumah. Usaha menghubungi telefon bimbitnya juga gagal.
“Apabila pulang saya lihat beg sekolahnya dan beberapa helai pakaian miliknya sudah tiada, kami buat laporan polis pada hari sama,” katanya kepada pemberita.
Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai keberadaan Maisarah diminta menghubungi Noorlaili di talian 014-3818326 bagi membantu siasatan.
Wanita TTC 10 tahun mohon doa agar dikurniakan zuriat pada 10 malam terakhir Ramadan menarik perhatian ramai apabila komen penuh kasih daripada TokTi mengundang sebak warganet.