Tiada lagi celoteh ceria mak-mak di Suria FM! Pasti ramai yang akan merinduinya. Terkini, penyampai radio dan pengacara popular, Sharifah Shahirah atau lebih dikenali sebagai Kak Rara, mengumumkan pengundurannya dari stesen Suria FM selepas tujuh tahun menghiburkan pendengar.
Ads
Ads
Ads
Figura ceria yang sentiasa menceriakan pagi pendengar ini memilih untuk tidak menyambung kontraknya, yang akan tamat secara rasmi pada 15 Februari ini. Keputusan ini pastinya meninggalkan kesan buat peminat setianya yang sudah terbiasa dengan celoteh spontan dan humor segarnya di udara.
Menerusi kenyataan media Suria FM, Shahirah mengambil keputusan itu atas sebab ingin berehat selain memberi tumpuan kepada perkara berkaitan peribadi.
“Kami menghormati keputusan dibuat dan yakin Shahirah akan terus berjaya dalam apa juga bidang diceburinya,” katanya.
Suria FM menghargai khidmat cemerlang Shahirah sepanjang menjadi tonggak penting dalam stesen terbabit sepanjang dia bersama mereka.
“Kami amat menghargai segala usaha dan dedikasi beliau dalam menceriakan hari pendengar. Pihak Suria FM mengucapkan terima kasih kepada Shahirah atas kerjasama yang baik sepanjang tempoh perkhidmatannya,” katanya.
Shahirah mula bertugas di Suria FM pada 2018 menerusi segmen Suria Pagi di Suria FM bersama Fizi Ali dan Zulin Aziz.
Kemudian, dia bertukar mengendalikan segmen Suria Petang bersama Chiwan dan Kai Hassan yang bersiaran pada pukul 3 petang hingga 7 malam, setiap Isnin hingga Jumaat.
Sumber: Harian Metro
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Pelakon penyondol drama ‘Curang Tanpa Niat,’ Sharifah Sakinah dianggap terlalu tua. Sharifah Sakinah bengang dengan warga maya yang mendakwa dirinya penyondol tua dalam naskhah Curang Tanpa Niat memandangkan diberi karakter berusia 40 tahun.
Pelakon Sharifah Sakinah tampil mempertahankan dirinya selepas digelar ‘penyondol’ tua oleh penonton drama Curang Tanpa Niat. Dalam drama yang turut dibintanginya Shukri Yahaya dan Mira Filzah tersebut, Sakinah membawa watak sebagai ‘penyondol’ yang cuba menggoda teman sepejabatnya.
Namun rata-rata penonton drama tersebut kurang gemar dengan karakter Sakinah yang membawakan watak sebagai Astrid.
Rata-rata warga maya menyifatkan Sakinah kelihatan terlalu tua untuk beraksi sebagai ‘penyondol’. Mereka mahukan pelakon seperti Sophia Albarakbah yang membawakan watak antagonis itu.
“Korang, aku ni pelakon yang berkarakter. Dalam cerita ni aku ada karakter. Aku bukan penyondol biasa macam Sophia Albarakbah tu.
“DALAM CERITA INI UMUR AKU 48 TAHUN. SEBAB TU PERLU NAMPAKKAN AKU TUA. KORANG FAHAM KE TIDAK? ADUHAI, NAK KENA JELASKAN PULA,” KATANYA DALAM SEBUAH VIDEO YANG DIKONGSIKAN DALAM INSTAGRAM.
Ujar Sakinah wajahnya merupakan satu bonus dan boleh berubah-ubah mengikut karakter.
“Lepas ni kalau aku berlakon jadi umur 18 tahun, korang tengok la muka aku macam umur 18 tahun,” ujarnya.
Drama Curang Tanpa Niat sedang hangat ditayangkan di saluran Astro Ria setiap Isnin hingga Khamis pukul 10 malam menggantikan drama fenomena, Andai Tiada Dia.
Jambangan bunga daripada wang kertas yang digubah sendiri sempena hari lahir ibu menjadi pemberian terakhir Muhammad Adib Hazim Halim, 21, sebelum dia terkorban dalam kemalangan tragis di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB), Banun Gerik awal pagi Isnin lalu.
Abang arwah, Muhammad Aiman Hazman Halim, 32, berkata jambangan bunga itu sebagai tanda kasih kepada ibu mereka Rus Lina Abd Razak, 69, sempena sambutan hari lahir yang diraikan bersama keluarga pada Ahad lepas.
“Adib memang suka menghasilkan pelbagai gubahan. Sebelum ini dia juga pernah buat gubahan untuk kakak sempena tamat latihan Sukarelawan Polis Siswa/Siswi,” katanya.
Berikut video yang dikongsikan oleh YB Mohd Husaimi Hussin ketika menziarahi keluarga arwah Adib.
Muhammad Aiman berkata Adib adalah seorang anak yang taat dan tahfiz al-Quran serta sangat disayangi oleh adik-beradik.
Beliau berkata mereka sekeluarga mendapat tahu mengenai kejadian itu selepas melihat gambar kemalangan yang tular di media sosial.
“Sebelum kejadian ummi (ibu) ada ambil gambar bas yang dinaiki Allahyarham dan kongsi dalam group (WhatsApp) keluarga. Jadi bila ada gambar viral kita tahu Adib terbabit dalam kemalangan.
“Ummi pun sebelum sambut hari lahir ada menangis dalam bilik tanpa mengetahui kenapa hatinya berasa sebak dan tak sangka perkara ini yang terjadi,” katanya.
Jenazah Muhammad Adib Hazim telah disolatkan di surau Kampung Pasir Badak dan dikebumikan di tanah perkuburan berhampiran.
Dalam kejadian yang berlaku antara 12.30 hingga 1 pagi pada 9 Jun itu, 15 penuntut UPSI maut selepas bas dari Jerteh, Terengganu ke Tanjung Malim, Perak itu terbalik dalam kemalangan dengan sebuah kenderaan MPV di JRTB berhampiran Tasik Banding, Perak.
Cerita pasal skill membaca ini, ramai mak ayah terkejar-kejar nak anak pandai membaca & menulis seawal mungkin. Tapi betul ke cara ni ikut fitrah perkembangan anak? Maryam Jamadi, seorang Occupational Therapist, berkongsi pengalaman peribadi beliau dahulu ketika mencari tadika untuk anak umur 4 tahun.
Menurutnya dia terkejut ada tadika yang siap tanya, “Anak dah pandai membaca & menulis?” Oleh itu puan Maryam kongsi pandangannya tentang kepentingan “BIG WHY”, belajar mengikut perkembangan semula jadi, dan cara seimbang untuk rangsang minat anak terhadap pembelajaran.
Nak tahu lebih lanjut? Jom baca penuh perkongsian beliau ni, penuh info & tips untuk mak ayah semua!
Cerita tentang skil membaca kan,
2 bulan lepas saya tercari-cari tadika untuk anak kedua saya umur 4 tahun. Survey banyak tadika, tapi terkejut betul bila salah sebuah tadika yang saya survey itu cikgunya tanya saya,
“Anak dah pandai membaca & menulis?”.
Saya kata belum, dia kenal & ada juga tulis saja-saja. Sebab umur sekarang, saya prefer cari buku aktiviti main-main matching, sticker, maze dan lain-lain.
Masa Eva pun saya buat cara yang sama, kita develop minat anak dahulu. Lebihkan belajar sambil bermain, biar anak yang sendiri rasa nak belajar membaca & menulis.
Jom daftar anak-anak ke Kem Solat Bintang Kecil! Peluang istimewa untuk anak-anak belajar solat dengan cara menyeronokkan! Terbuka untuk anak-anak berusia 5-12 tahun. Daftar sini https://kliik.je/product-details/137?title=kem-solat
Bukannya ajar anak membuta tuli, anak pun tak faham kenapa dia kena belajar. Develop minat dulu baru skil.
Terkejut saya cikgu cakap dekat tadika itu semua anak umur 4 tahun dah pandai menulis. Maksudnya dia nak cakap anak saya dah kira “lambat” perkembangan.
Saya malas nak cakap lebar tentang ini, risau jadi ceramah 3 jam.
Begitulah, saya secara personal kurang setuju ada tadika-tadika yang iklankan
“Anak 4 tahun dah pandai baca, tulis, kira” “Anak 6 tahun dah khatam Al-Quran”
Sebab semua ini memberi kesan kepada kepada stigma masyarakat.
Anak umur 4 tahun tak pandai baca, dah kira “lambat”.
Jadi, semua tadika berpusu-pusu pandaikan anak baca kira dan tulis. Yang realitinya tidak mengikut fitrah kanak-kanak.
Masuk darjah 1 disebabkan 80% murid dah pandai 3M, mungkin menyebabkan cikgu pun terpaksa mengajar pukul rata sehingga tak perasan ada murid yang tercicir.
Kita sibuk ajar baca kira tulis ngaji, tapi terlupa develop “BIG WHY”.
Mengaji untuk apa? Menulis untuk apa? Mengira untuk apa? Membaca untuk apa?
Belajar tanpa amal memang lama-lama anak akan hilang minat. Buat apa khatam Al-Quran umur 6 tahun tapi dekat sekolah buli kawan. Tak amalkan pun ayat-ayat yang dibaca.
Begitulah, kasihan kan?
Jadi cadangan saya:
1. BIG WHY.
Mak ayah yang ada anak umur bawah 6 tahun, sambil-sambil kita ajar anak 3M. Jangan lupa develop BIG WHY kenapa kena belajar pada anak.
2. Perlahan tak apa yang penting konsisten.
Banyak sangat kes saya jumpa, masa tadika anak cepat sangat belajar. Masuk darjah 3 atau 4, anak dah mula hilang minat belajar.
Sebab itu kena berpada-pada. Bila kita ajar anak advance sangat di rumah, pergi sekolah anak rasa semua mudah & remeh. Anak jadi bosan.
3. Wajib bawa anak pergi taman.
Jangan abaikan hak bermain anak sehingga umur 12 tahun. Kalau boleh bawa anak ke taman 3 kali seminggu. Bermain & bersukan boleh rangsang otak anak.
Nak anak cergas & cerdas, rajin-rajib bawa anak pergi taman.
4. Kepandaian & kebijakan anak masa tadika atau sekolah rendah tidak menentukan keberjayaan di masa akan datang.
Tidak ada kajian pun berkaitan ini.
Cuma ada kajian, paling lambat anak boleh membaca adalah pada umur 8 tahun. Skil membaca semasa umur 8 tahun menentukan sama ada anak habiskan persekolahan ataupun tidak.
5. Rujuk terapi sekiranya ada perasan kelewatan perkembangan pada anak.
Umur 2 tahun belum pandai cakap, tak ada kontak mata, Umur 3 tahun tak pandai melompat lagi, Umur 4 tahun tak pandai lukis bulat, Umur 5 tahun tak kenal warna & bentuk, Umur 6 tahun tak kenal ABC & 123, Umur 7 tahun tak pandai uruskan diri 100%
6. Kita terpaksa terima kalau nak masukkan anak sekolah kebangsaan.
Kita bukan menteri, bukan kerja di KPM. Setakat bising di FB, tak ada kuasa pun nak ubah itu ini. Terpaksa terima realitinya anak masuk darjah 1 memang kena pandai 3M.
Letak target paling lambat anak pandai 3M pada umur 8 tahun, tapi kalau umur 7 tahun ABC pun tak kenal saya cadangkan rujuklah terapis kanak-kanak.
Moga perkongsian ini bermanfaat untuk ibu ayah memilih tadika yang sesuai untuk anak.
Dalam rutin seharian yang semakin sibuk, bukan anak-anak sahaja memerlukan fokus untuk belajar. Ibu dan ayah juga perlu kekal bertenaga untuk menguruskan tuntutan kerja...