Kalau nak didik anak- biarlah dari awal. Sejak mereka masih kecil, ajarkan benda-benda yang baik supaya dapat membentuk peribadi dan akhlak mereka. Peranan ibu ayah juga sangat penting untuk terapkan rasa kasih dan sayang antara adik beradik.
Antara anak selebriti yang sering mendapat perhatian adalah Isaac Raees yang dilihat sangat baik serta cerdik. Walaupun anak sulungnya lelaki namun Zahirah MacWilson banyak mengajar tentang ‘survival skill’ pada Isaac.
Sejak kecil, Isaac telah dilatih untuk membantunya di dapur dan sebagainya. Jika dilihat, Isaac tidak kekok dan sangat seronok dapat membantu mommynya.
Ads
Terbaharu, Zahirah berkongsi sebuah video yang menunjukkan Isaac sedang menjemur pakaian adiknya. Pada usianya 3 tahun, Isaac sangat teruja dan kelihatan seperti sudah biasa melakukan kerja rumah itu.
Bukan itu saja bahkan Isaac juga membantu bersihkan tab mandi Inara serta membasuh pakaian. Selain itu juga, ada momen-momen Isaac memasang katil adiknya.
Ads
“Isaac’s always got your back Inara ❤️..”
Melihatkan sikapnya yang baik dan sangat ringan tulang, kita percaya didikan Zahirah dan Aiman telah membentuk peribadi anak mereka. Selain kecerdikannya itu, ramai yang turut memuji Isaac yang mempunyai tutur bicara yang sangat lembut serta petah berkata-kata.
Mungkin juga itulah yang ditunjukkan oleh Aiman Hakim, jadi Isaac banyak belajar dari daddynya. Sama-sama kita doakan semoga Isaac terus membesar dengan sihat serta menjadi anak dan abang yang boleh baik buat keluarganya!
Anak-anak zaman sekarang banyak yang terdedah dengan persekitaran yang tidak sihat terutama hal berkaitan hubungan seksual. Malah pada usia masih kecil bagi kanak-kanak sekolah rendah mereka telah mengetahui perkataan rogol dan maksiat.
Menurut penceramah yang dikenali Akhi Fairuz Al-Jengkawi pentingnya ibu bapa alert tentang permasalah ini agar tidak menjadi masalah tegar kalangan generasi muda.
Setiap kali saya menyampaikan ceramah dengan tajuk Remaja Hebat Jauhi Maksiat, pasti saya bertanya apa perkara pertama yang bermain dalam fikiran mereka saat mendengar perkataan maksiat.
Oleh sebab saat itu pelajarnya berusia 8 tahun, maka berebut-rebutlah mereka angkat tangan mahu menjawab soalan berkenaan. Ada yang jawab couple, judi, arak, vape, dadah dan rokok.
Namun semakin banyak jawapan diberi, semakin ekstrem jawapannya. Ingat, ni budak-budak darjah 2 ya. Maka, bila seorang menyebut gay, yang lain menyambung pula dengan lesbian.
Term kunyit dan serai yang merujuk kepada homoseksual juga disebut. Cabul! Jerit seorang budak. Sehinggalah seorang pelajar lelaki menyebut perkataan ini,
ROGOL!!!
Saya terus bertanya kepadanya, apa yang dia faham tentang perkataan berkenaan. Mula-mula mengelak nak jawab, tapi rakan-rakannya kata, “Alah kau ni, kau kan tahu, malu-malu pulak.” Maka anak ini terus menjawab,
“Rogol tu bila lelaki dengan perempuan…” Dia diam sekejap. Aku tanya beliau dengan menyebut lagi?
“Kemudian masuk bilik. Kunci pintu. Tanggal baju. Baring atas katil.”
Budak-budak lelaki menjerit oooooo. Budak-budak perempuan menjerit eeeeeee. Saya yang mendengar jawapan budak ini rasa sedih sangat. Nak menitis air mata saat itu.
Bagaimana mungkin anak yang senaif ini memperincikan hubungan seks antara lelaki dan perempuan. Hanya ada 3 sebab sahaja,
1. Kawan ajar 2. Pernah tengok porn 3. Pernah tengok mak bapak beromen depan mata.
Tuan puan, ini realiti anak-anak kita hari ini. Seawal tadika sudah terdedah dengan macam-macam kelucahan yang adakala berpunca dari sikap kurapnya perangai mak bapak dalam mendidik anak-anak.
Maka, teringat saya akan tulisan sahabat saya yang ini, Puan Zeeda Aziz. Walau beliau telah deactivated fb sejak tahun lepas, tapi tulisannya ini wajib dibaca oleh semua orang.
*******************
ROGOL DIANGGAP SEBAGAI PERMAINAN
Oleh kerana saya tidak boleh kongsikan video yang dirakam, disini saya sediakan transkrip supaya anda tahu apa yang sebenarnya berlaku di sebuah sekolah rendah.
Ini adalah transkrip perbualan di antara Mama (ibu) dan Abang (anak/murid darjah 2) ?
Abang: “Dia tarik abang pergi tandas belakang. Tandas perempuan kat belakang. Dia ajak abang pergi main rogol-rogol.”
Mama: “Main rogol-rogol? Rogol yang macam mana?”
Abang: “Dia tarik abang! Dia kata jom la wey. Dia kata nak pergi kencing. Tapi abang kata abang nak basuh muka je. Dia kata jom la jom la.”
Mama: “Pastu?”
Abang: “Pastu abang marah la dia. Abang kata, nak bagitau mak, abang kata macam tu.”
Mama: “Siapa lagi yang buat macam tu? Dia ada buat kat siapa lagi?”
Abang: “Dia buat kat abang je la.Tapi ada kawan abang nama A, dia ajak orang lain main rogol-rogol.
Ada budak lelaki ni dia suruh baring. Darjah dua juga. Dia rogol kawan abang. Dua-dua ni satu kelas dengan abang.”
Mama: “Esok mama jumpa cikgu awak.”
Abang: “Tak payah!!! Abang dah bagitau cikgu, cikgu diam je! Tak pukul pun dia.
Abang dah bagitau Cikgu E,… macam-macam cikgulah! Ustaz M, dah bagitau Cikgu N Sains, lepas tu bagitau Cikgu F. Cikgu F lempang dia kuat2 haritu!
Mama tolong pergi sekolah jumpa budak tu.”
Mama: “Esok mama pergi jumpa budak tu.”
Nah tuan puan. Budak darjah dua sekarang ni tidak lagi main aci ligan atau baling kasut macam kita dulu. Mereka sudah advance. Permainan mereka, rogol-rogol di tandas.
Mujurlah puan ini dah didik anaknya untuk mengenali apa yang salah, dan apa yang betul. Dari riak muka anak ni, dia betul-betul marah dengan ajakan kawannya.
Tahniah mama kerana berjaya mendidik abang dengan baik. Dia tahu melindungi diri dia dari gangguan seksual.
Cuba bayangkan jika si anak ni tak pernah diajar maksud rogol. Kawan ajak main, mau je mengikut tu.
Mereka baru darjah dua ni tuan puan. Umur 8 tahun dah mula cuba lakukan hubungan kelamin melalui apa yang mereka lihat melalui internet. Manalah mereka tahu itu salah kalau kita sendiri malu nak mengajar.
Beginilah. Kalau malu nak ajar, marilah saya terangkan kepada mereka. Siap dengan akta lagi supaya mereka tahu main rogol-rogol tu boleh dipenjarakan 20 tahun dan dikenakan 10 kali sebatan.
Kenapa kita boleh ajar anak kita cara melintas jalan yang betul dan selamat. Tengok kanan tengok kiri tengok kanan lagi. Tetapi apabila ianya melibatkan maruah, masa depan dan keselamatan mereka, ancaman jenayah seksual tu dipandang ringan sahaja.
Sekiranya anda berhadapan dengan situasi begini, saya nasihatkan anda untuk membuat laporan bertulis di pejabat sekolah. Kemudian cuba berbincang dengan guru disiplin, HEM, kaunselor dan guru besar. Minta pihak sekolah terangkan cara bagaimana mereka mengendalikan kes-kes begini.
Para guru janganlah diam sahaja. Ini perkara serius. Maruah kita ada pada anak-anak ini. Bayangkanlah sekiranya mereka melampaui batas, melakukan kerja terkutuk dan ditangkap. Nama sekolah akan terpalit busuk sama.
Tugas saya media sosial ini adalah sekadar mengingatkan dari semasa ke semasa tentang bahaya pedofil dan serangan seksual terhadap kanak-kanak. Tugas kalian sebagai guru adalah untuk sentiasa bersedia mengesan kelakuan yang tidak bermoral yang berlaku di kawasan sekolah.
Tugas ibubapa pula ialah mengajar anak-anak tentang jenis jenayah yang ada di Malaysia termasuklah jenayah seksual kanak-kanak. Dengan ilmu, mereka mampu menjaga diri mereka dengan baik, walaupun kita tiada bersama mereka.
Kalau kamu rasa yang anak kamu tak akan ada masalah, mohon fikir semula. Pengaruh rakan sebaya lebih kuat tarikannya berbanding ibubapa. Ajarlah anak kamu ilmu yang penting ini sebelum mereka diajar oleh orang lain yang berniat jahat.
**************
ANAK ZAMAN TAK SAMA DENGAN ZAMAN DAHULU
Terima kasih Kak Zeeda. Walau hanya aktif di instagram, penulisan yang lama tetap bermanfaat sampai sekarang.
Buat mak ayah yang baca post ni, terimalah realiti yang zaman anak kita hari ni tak sama langsung dengan kita dahulu.
Ada je yang cakap, advance nya budak zaman sekarang. Namun saya nak betulkan pemahaman yang ini.
Mereka bukan advance, tapi mangsa kepada kenaifan memahami cause and effect dari semua ini.
Yalah, ‘guru’ pertama yang mendidik anak tentang seks kan kawan-kawannya. Tak pun, ‘cikgu’nya yang bernama handphone.
Mak ayah tak payah susah-susah. Teruskan hidup macam biasa ya. Kalau emak-emak kemain concern pada anak pun, bukan suami awak nak ambil port. Dia kan busy setiap hari dengan isu politik. Tak pun, sibuk main games.
Nak tag suami dalam post ni? Jangan haraplah dia nak baca penulisan panjang gini. Hanya pandai komen, lukis boleh tak?
Harap suami awak bukan lelaki sebegitu.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Dalam masa yang sama juga, isterinya Julie Camelia Rhee turut meluahkan rasa teruja dan gembira kerana mereka bakal bergelar ibu bapa tidak lama lagi.
Malah isteri kesayangan Jehan ini turut mengaku tidak sabar melalui fasa teruja, malu dan gembira sewaktu dalam proses mengandung ini. Just when I thought my life in Malaysia is pretty amazing with my other half, something I have never imagined came into our little world, turned everything upside down and just like that, we’re going to be parents!
Everything feels new again! I can already imagine it will be exciting, embarrassingly silly and awkwardly funny all together
Mardhiyyah Hotel & Suites Shah Alam merupakan pilihan ideal hotel mesra Muslim bertaraf lima bintang di bandaraya Shah Alam. Hotel ini membuka tirai kepada tetamu pada Februari 2021 dan sejak itu terus mencipta nama sebagai destinasi penginapan eksklusif berkonsepkan hospitaliti Islamik.
Terletak di lokasi strategik di tengah-tengah ibu kota Shah Alam, Selangor, hotel ini hanya beberapa minit daripada destinasi pelancongan utama seperti pusat membeli-belah, taman tema popular, masjid negeri dan pelbagai tarikan lain. Kedudukannya yang premium menjadikan ia pilihan utama sama ada untuk urusan perniagaan mahupun percutian keluarga.
Sejak penubuhannya, Mardhiyyah Hotel & Suites Shah Alam telah mengukuhkan reputasi sebagai lambang hospitaliti Islamik yang unggul. Hotel ini menerima The BrandLaureate World’s Halal Best Brand Awards 2024, sekali gus membuktikan komitmennya terhadap piawaian halal dan perkhidmatan berkualiti tinggi.
Selain itu, hotel ini turut diperakui oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya melalui Islamic Tourism Centre (ITC) sebagai Penginapan Mesra Muslim (MFAR) untuk kategori Platinum. Pengiktirafan ini mengesahkan standard kemudahan dan perkhidmatan yang memenuhi keperluan pelancong Muslim.
Kejayaan tersebut diperkukuhkan lagi apabila hotel ini dianugerahkan sebagai ‘Best Muslim Friendly Hotel’ dan ‘Best 5-Star Muslim-Friendly Hotel’ pada Majlis Anugerah Industri Pelancongan 2024 dan 2025 anjuran MITDA dan Santai Travel.
Mardhiyyah Hotel & Suites Shah Alam menawarkan 341 jenis bilik deluxe dan bilik suit yang luas serta selesa. Setiap ruang menampilkan rekaan elegan klasik yang memberikan suasana eksklusif dan menenangkan kepada setiap tetamu.
Hotel ini menyediakan kemudahan mesra Muslim yang lengkap termasuk surau selesa untuk lelaki dan perempuan yang mampu memuatkan sehingga 150 jemaah pada satu masa. Kemudahan lain seperti spa, gimnasium, kolam renang, taman permainan, jacuzzi dan sauna turut disediakan bagi memastikan keselesaan maksimum.
Istimewanya, pihak hotel mengambil kira aspek privasi tetamu wanita dengan menyediakan slot khas penggunaan kolam renang. Pendekatan ini mencerminkan komitmen Mardhiyyah Hotel & Suites Shah Alam dalam memastikan setiap kemudahan selari dengan nilai dan keperluan Muslim.
Aspek halal dan kebersihan sentiasa menjadi keutamaan. Setiap dapur dan restoran di Mardhiyyah Hotel & Suites Shah Alam memiliki sijil pengiktirafan halal daripada JAKIM. Antara restoran yang tersedia termasuk Royale Songket Restaurant, Tung Yuen Chinese Restaurant serta Borak Borak Café & Lounge.
Pengunjung dapat menikmati pengalaman menjamu selera yang memikat dengan gabungan hidangan tempatan dan antarabangsa dalam suasana eksklusif. Layanan penuh mesra daripada pasukan profesional memastikan setiap tetamu diraikan dengan kehangatan dan perhatian terhadap setiap perincian.
Selain penginapan, Mardhiyyah Hotel & Suites Shah Alam turut menjadi destinasi pilihan untuk pelbagai acara korporat, sosial dan perkahwinan. Hotel ini mempunyai dewan eksklusif dengan saiz ruang berbeza bagi memenuhi keperluan majlis berskala kecil hingga besar.
Setiap dewan dilengkapi kemudahan teknologi audio visual moden, manakala pasukan berpengalaman sentiasa bersedia membantu menjayakan setiap acara dengan perancangan yang teliti dan profesional.
Dengan gabungan kemewahan beretika, nilai Islamik serta layanan bertaraf lima bintang, Mardhiyyah Hotel & Suites Shah Alam terus menjadi pilihan utama bagi penginapan, majlis dan acara istimewa di Shah Alam.
Ikuti media sosial Mardhiyyah Hotel & Suites di Facebook, Instagram dan TikTok @mardhiyyahhotel serta layari laman web rasmi di www.mardhiyyahhotel.com.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Asymawi, pelajar Politeknik Melaka, sanggup bekerja sebagai penghantar makanan demi menyambung pengajian dan membantu keluarga selepas melihat pengorbanan besar bapanya.