Isi Ayam Selain Jadi Rencah Masakan, Buatkan Menu Ayam Masak Halia Macam Ni. Confirm Licin Dimakan!

Share

Biasanya bahagian isi ayam kita akan asingkan untuk dijadikan sebagai bahan perencah untuk masak nasi goreng, bihun goreng atau me goreng. Bahkan jika sediakan sayur tumis sekali pun jika dimasukkan isi ayam akan memberi rasa hidangan lebih enak. Atau pun paling tidak, isi ayam ini juga sering  dimasak Ayam Goreng Kunyit dan memang mudah disediakan.

Tapi jika keluarga anda suka makan jenis berkuah, alangkah bagusnya jika isi ayam tersebut dimasak Ayam Masak Halia seperti yang dikongsikan oleh Fdlah Ila.

 

 

Ayam Masak Halia

Bahan-bahan:

Bawang putih-dicincang

Halia-dihiris memanjang (lagi banyak lagi sedap)

Sos tiram

Isi ayam-dihiris nipis

Bawang merah-dipotong 6

Serbuk lada hitam

Daun bawang-dipotong

 

BACA ARTIKEL MENARIK INI JUGA

 

Cara penyediaan :

1.Panaskan minyak, kemudian tumis bawang putih hingga garing dan kemudian masukkan cili kering dan bawang merah berserta halia. Tumis hingga layu.

2.Kemudian masukkan ayam yang telah dihiris nipis. Kacau rata.

3.Setelah itu masukkan sedikit air dan masukkan juga serbuk lada hitam.

4.Kemudian masukkan pula sos tiram.

5.Masukkan air biar mendidih rasakan garam secukup rasa. Kemudian masuk bancuhan air tepung jagung untuk pekatkan kuah.

6. Akhir sekali masukkan daun bawang dan perasakan dengan garam.

 

 

IKLAN