Isi Ayam Terbiar Dalam Peti Tak Terusik. Dari Busuk, Baik Buat Tempura Nuget Ni!

Share

Kalau beli ayam seekor untuk masak kat rumah, selalunya isi paling last orang dalam rumah nak ambil. Semua berebut peha la kepak la, daging yang jadi favourite semua!

Mak-mak pula pening kepala nak fikir menu nak masak isi ayam tu, sebab takut tak luak dek anak-anak pandang sebelah mata je!

So dari tak habis tak terusik, baik buat nuget ayam ni. Tak payah nak beli nuget kat luar dah! Jimat duit kan? Jom cuba!

RESIPI NUGET TEMPURA AYAM

Bilamana orang dalam rumah tak makan dada ayam, so saya try buat Nugget Tempura Ayam 🤣😂. Lepas gian nak buat biskut raya, saya tekap guna acuan biskut 😋😘. Bila goreng hilang semua corak yang ditekap tadi. Huhuhu 🤣😂

Resepi Tak Da Sukatan Ya :
*Isi Ayam
*Bawang Besar
*Bawang Putih
*Telur
*Serbuk Hilal
*Serbuk Maggi Cukup Rasa
*Sedikit Garam
*Serbuk Lada Hitam
*Sedikit Air
*Tepung Jagung
Tepung serbaguna (beli kedai ECO aje)

1. Blend semua yang bertanda *

2. Loyang terlebih dahulu sapukan minyak/butter

3. Masukkan bahan yang diblend ke dalam loyang dan kukus selama 30minit

4. Siap kukus, angkat & potong mengikut citarasa masing²

5. Bancuh tepung serbaguna dengan air & jangan terlalu likat/cair

6. Celup & goreng dalam minyak yang panas. Siap untuk dihidang!

IKLAN