Tidak ada insan yang sempurna di dunia ini. Kita dilahirkan serba kekurangan. Oleh kerana itu, itulah kita dikurniakan pasangan dalam hidup kita. Suami dan isteri yang saling melengkapi antara satu sama lain.
Sesungguhnya memiliki pasangan yang baik juga adalah rezeki. Begitu juga dengan pelakon Datin Paduka Eina Azman dan suaminya, Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Abdullah yang kini meraih perhatian ramai apabila pasangan ini kekal romantis dan bahagia.
Baru-baru ini Majalah Keluarga berkesempatan menemubual suami Datin Paduka Eina Azman mengenai kehidupan pasangan bahagia ini.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Ads
Apabila diajukan soalan mengenai masakan Datin Eina Azman yang menjadi kegemarannya, suaminya Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Abdullah spontan memberitahu menu masak lemak ketam. Memuji masakan air tangan isteri tercinta yang sangat sedap.
Bukan sahaja memuji sikap isterinya yang pandai memasak, Datuk Paduka Kaiser turut mendedahkan isterinya seorang yang lembut dan pandai melayannnya dengan baik.
“Saya berkahwin dengannnya kerana dia seorang yang lemah lembut. Jika saya pergi makan buffet, she will take everything for me,” katanya mengakui layanan begitu membuatkan dirinya begitu menyanjungi isterinya,” ujarnya ketika di temui di majlis pelancaran Program Mentor Wanita Cukup Berani MAGGI®
Nyata, Datin Eina Azman seorang yang suka ‘manja’kan suami untuk memastikan hubungan suami isteri kekal bahagia. Rupanya ini adalah salah satu tip yang bahagia rumah tangga mereka.
“Saya doakan isteri saya kekal bersikap begitu selama-lamanya. Dan memberi layanan (jaga) yang baik buat saya dan anak-anak,” katanya mengakhirnya perbualan petang itu dengan tersenyum mesra.
Swee Bee, sebuah perusahaan bakeri terkemuka, dengan bangganya memperkenalkan tart nanas segi empat dengan inovasi cetak timbul, yang pertama seumpamanya di Malaysia. Dengan reka bentuk dan corak yang khusus, Tart Nanas Swee Bee bukan sekadar menjadi kudapan yang enak. Sesungguhnya, tart Swee Bee merupakan lambang warisan budaya di Malaysia yang kaya dengan limpah kurnia dan kemakmuran.
Keunikan Swee Bee bukanlah sekadar bentuk segi empatnya, hakikatnya ramai yang tertarik dengan perincian dan rasanya yang lazat. Saiz tart dihasilkan seteliti mungkin supaya memenuhi cita rasa, dengan pastri mentega yang cair di mulut, disulami rasa sekata manis dan masam pes nanas. Setiap tart diisi dengan inti nanas mengikut resepi turun-temurun, cukup membuai rasa.
Mengimbau zaman kanak-kanaknya, Pengasas Swee Bee, iaitu David Wong, terkenang akan gelaran ‘si perut besar’ oleh neneknya kerana selera makannya yang besar. Bak kata pepatah Cina “口大吃四方” (perut besar terisi empat penjuru), memori lucu ini menjadi inspirasi penghasilan tart nanas segi empat Swee Bee dengan cita rasa tersendiri. Pepatah ini juga bermakna rezeki ada di mana-mana bagi sesiapa yang mencari. Walaupun tart nanas segi empat boleh didapati di Taiwan, keistimewaan Swee Bee ialah cetakan timbul perkataan ‘福’ (Fortune) pada tart nanas.
Idea reka bentuk yang unik ini, ujar David, “Tercetus sewaktu pelancaran Tart Nanas Swee Bee pada tahun 2010 sempena perayaan, dengan aksara Cina berbunyi ‘Fortune’ tertera pada permukaan tart, khususnya bagi sambutan Tahun Baru Cina. Melalui cetakan timbul aksara ‘福’ (Fortune) pada tart nenas, kami melahirkan tart nanas pertama yang bukan sahaja berbentuk segi empat di Malaysia bahkan tart ini menjadi penyeri buat sesiapa sahaja yang membeli atau menerimanya sebagai hadiah.”
Pada tart segi empat ini, terdapat garis bulatan yang mengelilingi aksara “福” (Fortune) tersebut, melambangkan perpaduan dan jalinan kemesraan. Konsep ini menzahirkan misi Swee Bee untuk menyatukan masyarakat dari seluruh pelosok dunia, meraikan perpaduan dan kemakmuran yang dinikmati bersama dalam kalangan masyarakat berbilang kaum dan budaya di Malaysia.
Cetusan Idea Swee Bee
Perjalanan Swee Bee terlahir daripada pengasasnya, David Wong tatkala membantu ibunya, Swee Bee seawal usia 8 tahun untuk menyiapkan tart nanas sempena Tahun Baru Cina. Pengalaman sejak di bangku sekolah ini menjadi pendorong untuk beliau meneruskan minat belajar membuat pastri, sehingga berjaya menyambung pelajaran ke peringkat diploma dalam Pengurusan Hotel & Katering.
Selepas meninggalkan dunia korporat, David bermuhasabah, meneliti semula kehidupannya sehingga menemukan kembali cintanya dalam pembuatan pastri. Pada tahun 2009, berbekalkan resipi tart nanas tinggalan ibunya, David memulakan perniagaan dari rumah, suatu permulaan episod yang menjadikan Swee Bee sungguh istimewa.
Setelah bertahun-tahun, Swee Bee mengembangkan operasi pada tahun 2012 dengan membuka kedai Baker Dave di Sri Hartamas. Pada tahun 2014, kedai bakeri ini bertukar jenama menjadi Nooks by Baker Dave, sebuah kafe bakeri yang menawarkan aneka sajian Barat, pencuci mulut, dan kopi.
Setelah berkembang pesat, pada tahun 2019 Nooks melebarkan sayap dengan mempromosikan tart nanas sebagai produk utama, sebagai tanda penghargaan buat ibu David, iaitu Puan Swee Bee. Bertitik tolak daripada saat inilah, David memberanikan diri menukar jenama daripada Nooks kepada kafe Swee Bee, yang menyajikan hidangan tempatan dengan kudapan tart nanas sepanjang tahun, sebelum memperluas operasi dengan penubuhan kilang pengeluaran produk pastri yang diperakui halal.
Transformasi kafe ini siap sepenuhnya dan dilancarkan pada bulan November 2019. Sekalipun terpaksa mengorbankan sebahagian kecil pengunjung yang kerapkali datang atas perubahan hala tuju perniagaan, sokongan daripada pelanggan setianya kekal teguh.
Apabila negara dilanda pandemik COVID-19, operasi kafe terpaksa ditamatkan, namun ada hikmah di sebalik kejadian, musibah ini membolehkan David beralih arah menumpukan bisnes pada kilang pengeluaran produk pastri. Langkah ini membuahkan hasil apabila kilang produk Swee Bee akhirnya berjaya memperoleh perakuan halal pada tahun 2021.
Mengenang pahit manit usahanya selama ini, David berkongsi, “Saya memilih nama Swee Bee untuk mengenang jasa ibu, yang telah bersusah-payah membesarkan dan menghulurkan bantuan yang tak berbelah bahagi sepanjang saya menceburi bidang perniagaan. Swee Bee menandakan titik tolak tercetusnya minat saya dalam bidang pastri selain daripada tanda kasih buat ibu, insan yang amat saya sayangi.”
Keunikan Lebih Daripada Sekadar Tart Nanas
Rangkaian produk Swee Bee bukanlah terhad pada tart nanas, bahkan meliputi kuih bulan berperisa nanas, biskut, kek, jem nanas, kopi Nanyang, dan banyak lagi. Swee Bee komited menawarkan produk yang berkualiti tinggi, dengan rangkaian produk yang diperakui Halal seperti tart nanas, kuih bulan berperisa nanas, kek, dan biskut badam perisa espresso.
Walaupun tart nanas dikaitkan dengan tradisi musim perayaan, Swee Bee percaya bahawa semua orang boleh menikmati kelazatan produknya tanpa mengira masa. Falsafah “Kenikmatan Tak Kira Masa” membolehkan Tart Nanas Swee Bee dijadikan sebagai hadiah buat insan tersayang sepanjang tahun, serta sajian yang dihidangkan sewaktu majlis hari lahir, perkahwinan, ulang tahun, malahan sebagai tanda penghargaan.
Swee Bee berhasrat untuk menawarkan lebih daripada sekadar produk bakeri. Kini, Swee Bee menanam impian untuk menjadi cenderamata nombor satu di Malaysia, yang boleh dinikmati dan dikongsi sesama rakyat Malaysia serta dengan masyarakat sedunia. Dengan keunikan budaya, Tart Nanas Swee Bee memiliki potensi sebagai buah tangan yang wajib dibawa pulang oleh pelancong yang melawat Malaysia, sekaligus memartabatkan kepelbagaian warisan dan tradisi budaya di negara ini.
Sebagai bukti komitmen Swee Bee untuk kekal cemerlang, Swee Bee telah merangkul Anugerah Emas dalam kategori Kek 3D Gaya Bebas Moden di Malaysia Culinary World Cup 2023. Reka bentuk kek Swee Bee bertemakan “Etnik Malaysia” yang menonjolkan budaya Peranakan, Cina, Melayu, India dan Iban begitu mengagumkan, sudah tentulah tart nanas menjadi bahan utama!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
“Anak Perempuan Saya Hanya 9 Minggu.” Dr Amalina Kecewa Jadi Sendaan Lucah
Hati ibu mana yang tidak sebak, apabila anak tersayang jadi bualan yang tidak sedap dengar. Lebih menyedihkan lagi anak yang masih bayi jadi sendaan lucah yang tidak masuk akal.
Begitulah yang situasi yang meruntun jiwa Pakar Bedah, Dr Amalina atau nama sebenarnya Amalin Che Bakri mengenai anak sulungnya, Arabella Mia yang baru berusia sembilan minggu. Dia meluahkan rasa kecewanya menerusi akaun twitter nya @DrAmalinaBakri.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Menurut Pakar bedah kelahiran Malaysia yang kini berkhidmat di London, United Kingdom, dia berbelah bahagi untuk menulis kenyataan ini namun harus diteruskan bagi membuat teguran mengenai sikap segelintir wargamaya yang menulis kata-kata berbaur lucah mengenai anak kesayangannya.
Ibu mana yang tidak terkesan jika anak masih kecil diperkatakan seumpama itu. Tanyalah kepada mana-mana ibu, pastinya akan melindungi anak tersayang tanpa sempadan.
Saya banyak membuat Q&A utk berkongsi ilmu medikal kpd ‘followers’ saya. Kenyataan yg saya buat di sesi Q&A di Instagram telah menjadi viral apabila kenyataan saya menjawab soalan drp ‘follower’ diambil oleh penulis artikel tabloid utk jadi bahan berita mereka.
Soalan drp pengikut saya adalah seperti berikut: Adakah ada servis sunat bayi perempuan di UK? Saya jawab: Tidak ada kerana sunat perempuan melangggar undang-undang di negara UK
Katanya lagi tidak pernah mempertikaikan hukum Islam. Namun kenyataannya telah disalah erti oleh sesetengah pihak.
KATA-KATA TIDAK SOPAN MENGENAI ANAKNYA
AMBIL TINDAKAN UNDANG-UNDANG DAN BUAT TEGURAN
Dr Amalina yang kecewa dengan sikap wargamaya yang bersikap begitu mempersoalkan mengenai etika hidup mereka. Dia berharap pihak yang berwajib mengambil tahu mengenai perkara ini.
Sesungguhnya sesiapa sahaja bergelar ibu, naluri keibuan itu akan sentiasa memastikan anak selamat dan menjalani kehidupan dengan baik. Semoga isu ini menjadi iktibar kita semua supaya sentiasa menjaga adab dan tata susila ketika waima dalam memberi komen.
Ajinomoto kaya dgn MSG yang mampu membantu menyuburkan pokok yang susah mahu berbunga dan berbuah.
Dedaun sayur pula akan membesar dua tiga kali ganda saiznya, pertumbuhan tanaman lebih cepat, pokok bunga akan cepat berbunga dan pokok buah akan cepat berbuah.
Yang penting, tak perlu siram selalu, seminggu sekali je. Selain mudah nak buat, kosnya juga murah.Jom admin kongsikan cara buat baja pokok guna ajinomoto.
AJINOMOTO UNTUK BAJA TANAMAN
Cara Menggunakan Baja Air Ajinamoto yang Betul.
Satu paket kecil ajinamoto 33g campur dgn satu baldi air.
Pastikan air baja ajinamoto dibiarkan semalaman. Lepas tue baru boleh terus siram dekat tanah bukan dekat pokok. Siram sekali seminggu sahaja. InsyaAllah menjadi.
Biasa kami siram pakai air baja ajinamoto ni untuk pokok kari, pokok kunyit, limau purut, serai, pandan.
Selain perkongsian dari Growfigs , ada juga pengguna Facebook iaitu puan Rozie Ziejy turut memuat naik cara membuat baja menggunakan ajinomoto.
Terdapat dua kaedah bancuhan Ajinomoto untuk tanaman pokok..
PERTAMA:
● Ajinomoto 1 sudu teh (5g) utk 1 pasu tanaman.
CARA MEMBAJA:
Tabur terus ajinomoto di sebelah pokok. Kemudian siram dengan air.
KEDUA:
1. Pokok kecil seperti sawi, kangkung, bayam, salad, pokok kari, serai, pandan dan lain-lain.
● Ajinomoto 1 sudu makan (15g) + air 5 liter.
2. Pokok besar seperti pokok mempelam, pokok rambutan, manggis dan lain-lain. (Utk umur tanaman setahun ke atas).
● Ajinomoto 5 sudu makan (75g) + air 1 liter.
CARA MEMBAJA:
Siram keliling pokok dan sembur pada batang dan daun pokok. Kekerapan siraman adalah seminggu sekali.
NOTA:
Kesannya biasa dapat dilihat seminggu selepas penyiraman atau semburan dibuat.
Pucuk baru akan mula muncul. Pokok yg tidak pernah berbunga akan mula berbunga. Demikian juga pokok yg tdk pernah berbuah akan mula berbuah.
Saya sudh cuba keadah ini ..mmg berkesan dn bhasil
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sejak sekian lama, gambaran isteri tradisional sering dikaitkan dengan peranan di dapur, mengurus rumah tangga sepenuh masa, taat tanpa soal dan meletakkan keperluan diri...