Isteri Gantikan Motor 125z Dengan RXZ, Balas Pengorbanan Suami. Memang Sweet!

Share

Kisah seorang isteri menghadiahkan RXZ kepada suami ini pernah menjadi tular selepas kenalannya, Murtadha Maskan, memuat naik gambar di Facebook setahun yang lalu. Kisah ini  kami kongsikan bagi memberi inspirasi buat pasangan suami isteri di luar sana agar pandai menghargai satu sama lain.

Jom ikuti perkongsian yang cukup manis untuk dikenang oleh pasangan ini.

Hadiah ini dibeli setahun selepas berkahwin bagi membalas pengorbanan suaminya yang sanggup menjual motosikal kesayangan bagi menampung kos perbelanjaan majlis perkahwinan mereka yang berlangsung pada 24 September 2016.

Menurut Nurlinda, bagaimana dulu dirinya menangis terharu dengan tindakan suami yang  sanggup korbankan motor 125z kesayangannya untuk menjadikan majlis perkahwinan menjadi sempurna. Maka pada tahun berikutnya, tibalah pula untuk dirinya membalas balik pengorbanan itu dengan menghadiahkan RXZ dengan menggunakan wang simpanannya.

sumber : Nurlinda Linda

 

 

IKLAN