Kisah seorang isteri menghadiahkan RXZ kepada suami ini pernah menjadi tular selepas kenalannya, Murtadha Maskan, memuat naik gambar di Facebook setahun yang lalu. Kisah ini kami kongsikan bagi memberi inspirasi buat pasangan suami isteri di luar sana agar pandai menghargai satu sama lain.
Jom ikuti perkongsian yang cukup manis untuk dikenang oleh pasangan ini.
Hadiah ini dibeli setahun selepas berkahwin bagi membalas pengorbanan suaminya yang sanggup menjual motosikal kesayangan bagi menampung kos perbelanjaan majlis perkahwinan mereka yang berlangsung pada 24 September 2016.
Ads
Menurut Nurlinda, bagaimana dulu dirinya menangis terharu dengan tindakan suami yang sanggup korbankan motor 125z kesayangannya untuk menjadikan majlis perkahwinan menjadi sempurna. Maka pada tahun berikutnya, tibalah pula untuk dirinya membalas balik pengorbanan itu dengan menghadiahkan RXZ dengan menggunakan wang simpanannya.
Kita biasa dengan tanaman hidroponik kan terutama bagi mereka yang gemar bercucuk tanam tapi tak punya tanah yang luas.
Jimat wang, masa dan tenaga dengan kaedah ini. Tapi bagaimana caranya? Meh admin kongsikan kaedah yang diusahakan oleh saudara Hafizuddin Wahab. Cukup mudah hanya dengan menggunakan bekas botol mineral yang bersaiz 1.5 liter. Yang penting sayur yang diperoleh nanti segar dan bebas bahan kimia.
Menerusi page Berkebun Di Rumah dia berkongsi kaedah hidropnik dalam menanam sayur di rumah. Sesuai bagi anda yang memiliki ruang yang terhad. Selamat mencuba!
Di sini sy share cara sy buat hidroponik menggunakan botol air mineral 1.5 liter.
Utk media tanaman tu sy gunakan sabut kelapa ye sebab sabut kelapa dia dpt menyerap air dgn baik.
Sy mengamalkan semburan racun organik iaitu neem oil + sunlight pencuci pinggan + cuka kayu…alhamdulillah bebas drp serangga spt belalang & siput babi. Kekerapan semburan adalah seminggu skali atau 2 kali seminggu.
Semoga bermanfaat sama² kita bercucuk tanam di rumah yaaa. Makan sayur yg sihat dari rumah 🙂
Bahan-bahan
Botol air mineral
Kain Flanel
Spray Tin warna Hitam
Biji benih
Cara membuat:
2. Ini bahagian utk takung air baja. Sy cat hitam utk mengelak pertumbuhan lumut.
3. Buat lubang pada penutup botol. Masukkan sumbu. Sy guna kain flanel sbg sumbu.
4. Cara nak buat lubang pada takung air baja. Pastikan buat lubang sekeiling botol sama paras dgn penutup botol spt gambar di atas.
5. Dah siap
Tengok banyak akarnya keluar.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Bukan mudah berkorban berjauhan dengan keluarga demi satu impian. Namun pengorbanan tersebut berbaloi kini. Itu situasi yang boleh diungkapkan buat pasangan Datuk Azizulhasni Awang dan isteri.
Berjauhan dek tuntutan tanggungjawab suami pada negara dan kerjaya tidak membuatkan jiwa Datin Athiah Ilyana Abd Samat lemah. Sebaliknya, sokongan keluarga serta suami membolehkan dia menjalani kehidupan bersama anak-anak sementara suami melaksanakan misi dalam kejohanan Olimpik baru-baru ini.
Menyentuh mengenai situasi tersebut, akui Datin Athiah atau mesra disapa Tya, ramai yang bertanyakan bagaimana dia kekal positif apabila berjauhan dengan keluarga dan suami.
Macam mana kekal positif bila keluarga & suami jauh berbenua?
I recevied so many Dms asking me this. Benda pertama yang saya accept ialah “Redha” .Ini semua adalah ketentuan Allah SWT atas segala benda yang terjadi dan berlaku.
Setiap manusia akan di landa pelbagai Ujian.Ujian ini perlukan kesabaran .Saya harus berusaha untuk mendekatiNya .Saya percaya walau dimana pun saya berada , Allah akan menjaga saya dan anak-anak .
Minta lah doa sepenuhnya agar Allah akan permudahkan segala urusan .Tanggungjawab saya juga adalah untuk memastikan anak-anak saya cintakan agama dan sematkan “Iman” dalam hati anak-anak saya .
Saya kerap membaca buku tentang nabi-nabi kepada mereka supaya mereka nampak “pengorbanan” itu merupakan pengorbanan yang mulia jika kita ikhlas dan redha.
“Wahai orang-orang yang beriman! Mohonlah pertolongan kepada Allah dengan sabar dan solat. Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar.”
Sementara itu, Datuk Azizulhasnia atau mesra dengan panggilan Jijo mengakui isterinya menjadi tulang belakang yang sangat penting di sebaliknya semua kejayaan yang dilakarnya termasuklah memenangi pingat perak dalam acara keirin di Sukan Olimpik Tokyo 2020 baru-baru ini.
“Terima kasih kepada isteri Athiah Ilyana dan anak-anak yang di kasihi Amna Maryam dan Amna Khadeeja, hanya Allah yang mengetahui pengorbanan kalian.
“Pepatah ‘di belakang kejayaan seseorang lelaki itu ada seorang perempuan yang hebat’ adalah benar sama sekali. Saya berkahwin seawal usia 22 tahun, ketika itu ramai yang kata kerjaya saya akan hancur, perut akan membuncit dan lutut akan longgar. “Biasalah, stigma masyarakat. Saya buktikan itu semua dusta, syukur Alhamdulillah sampai ke hari ini masih perkasa.
“Orang hanya lihat kejayaan saya adalah hasil dari kerja keras latihan dan sebagainya tetapi sebenarnya sokongan jitu daripada isteri dan keluarga adalah melangkaui segala-galanya. Kebenarannya adalah kejayaan ini tidak dapat dibutirkan tanpa sokongan isteri dan anak-anak dan juga tanpa kehadiran mereka dalam hidup saya,” katanya lagi.
Mendapat julukan The Pocket Rocketman, Azizuhasni turut menzahirkan terima kasih kepada ibunya, Selamiah Yong yang banyak berkorban demi memastikan dia menjadi atlet negara yang berjaya.
“Sejak berusia 16 tahun, Ma (ibu) dengan rela hati melepaskan saya berhijrah ke Kuala Lumpur untuk mengejar cita-cita untuk menjadi atlet negara. Sejak dari itu, amat jarang dapat berjumpa apatah lagi untuk meluangkan masa bersama-sama seperti orang lain.
“Setelah arwah abah meninggal ketika saya berusia 16 tahun, Ma tinggal sendirian dan terpaksa bersusah payah sendirian. Tetapi dalam keadaan begitupun, Ma masih sentiasa memberikan sokongan, menyuruh saya supaya sentiasa berlatih bersungguh-sungguh dan mengejar impian peribadi dan misi negara.
“Terima kasih juga kepada Ayah saya, Awang Embong. Walaupun juga jarang dapat bersua, tetapi semangat ayoh (ayah) sentiasa bersama dengan saya,” kata Azizulhasni lagi.
Tahniah diucapkan buat penyanyi dan pelakon, Rafidah Ibrahim atau Fida yang kini bergelar ibu selepas selamat melahirkan seorang bayi lelaki Rabu lalu.
Menerusi Instagram, suami Rafidah, Shahzemir Shahzulkarib, 39 berkongsi perkhabaran gembira itu kepada semua.
“Alhamdulillah, isteri saya telah selamat melahirkan anak sulung kami, bayi lelaki tengahari semalam tanggal 6 Rejab 1445 bersamaan 17 Januari 2024,” tulisnya.
Dalam pada itu, baik Rafidah dan suami, sama-sama meluahkan rasa syukur atas kurniaan rezeki itu selepas dua kali mengalami keguguran sebelum ini.
“Syukur dan terima kasih buat semua yang sentiasa mendoakan kebaikan buat kami sekeluarga,” katanya.
Meninjau di ruangan komen, rakan-rakan selebriti dan pengikut Rafidah turut mengucapkan tahniah di atas kelahiran bayi comel yang ditunggu-tunggu itu.
Terdahulu pada awal November tahun lalu, Fida membuat perkongsian dia yang hamil kira-kira 25 minggu atau enam bulan di Instagram.
Fida dan suami, Shahzemir yang juga pengurusnya ketika aktif dalam karier seni mendirikan rumah tangga pada 6 Mei 2021 di Masjid Jamek Kampung Baru Kuala Lumpur selepas 17 tahun berkenalan.
Untuk pasangan yang sedang ikhtiar hamil, jom sertai grup komuniti ‘Pejuang Garis 2 Pa&Ma’ untuk mengikuti pelbagai aktiviti yang dianjurkan serta peluang untuk memenangi pelbagai hadiah best.
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.