
Sejak sekian lama, gambaran isteri tradisional sering dikaitkan dengan peranan di dapur, mengurus rumah tangga sepenuh masa, taat tanpa soal dan meletakkan keperluan diri di tempat terakhir.
Naratif ini diwarisi turun-temurun, bukan semestinya salah, tetapi sering seorang isteri itu dilihat sebagai ‘pengurus rumah tangga’ semata-mata.
Dalam dunia yang berubah pantas hari ini, persoalan mula timbul. Adakah definisi lama ini masih relevan, atau sebenarnya kita sedang membentuk wajah baharu seorang isteri yang lebih realistik dan sudah berubah seiring peredaran masa?
Isteri pada zaman dahulu menggalas tanggungjawab yang sangat besar walaupun ruang pilihan mereka terhad. Mereka mengurus rumah, membesarkan anak, menjaga suami dan keluarga besar, kebanyakannya tanpa sokongan teknologi dan tanpa pengiktirafan sosial.
Ketahanan emosi mereka luar biasa, namun sering dibayar dengan pengorbanan diri yang tidak kelihatan. Kesihatan mental jarang dibincangkan kerana keletihan dianggap sebahagian daripada takdir seorang isteri.
Hari ini, isteri bukan sahaja pengurus rumah, tetapi juga profesional, usahawan, pencari nafkah dan rakan kongsi dalam membuat keputusan keluarga.
Menurut laporan World Economic Forum, penyertaan wanita dalam tenaga kerja global terus meningkat.
Laporan Global Gender Gap Report menunjukkan bahawa wanita masih memikul beban kerja tidak berbayar yang tinggi di rumah walaupun kadar penyertaan tenaga kerja semakin bertambah.
Namun pada masa yang sama, wanita masih melakukan hampir tiga kali ganda kerja tidak berbayar di rumah berbanding lelaki. Ini bermakna isteri moden bukan kurang pengorbanan, tetapi memikul beban yang berlapis.
Bezanya, ramai wanita hari ini lebih sedar tentang hak, sempadan dan kepentingan kesejahteraan diri.
Ramai wanita bekerjaya sering berdepan rasa bersalah, seolah-olah kejayaan di tempat kerja mengurangkan kualiti mereka sebagai isteri dan ibu.
Namun kajian oleh Harvard Business Review menunjukkan bahawa ibu bekerja yang mendapat sokongan pasangan serta persekitaran kerja yang fleksibel mempunyai tahap kesejahteraan mental yang lebih stabil dan menjadi model daya tahan positif kepada anak-anak.
Suri rumah moden tidak lagi pasif atau bergantung sepenuhnya. Dengan kemajuan digital, ramai yang menjana pendapatan melalui perniagaan dalam talian, kandungan digital, pendidikan rumah dan pelbagai inisiatif lain.
Kajian oleh Pew Research Center mendapati bahawa rasa kawalan terhadap pilihan hidup dan kewangan menyumbang secara signifikan kepada kesihatan mental wanita, termasuk suri rumah.
Ini membuktikan bahawa berdikari bukan semata-mata tentang keluar bekerja, tetapi tentang memiliki keupayaan membuat pilihan.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia melaporkan bahawa wanita dua kali lebih berisiko mengalami kemurungan berbanding lelaki.
Peralihan daripada isteri tradisional kepada isteri moden turut membawa cabaran baharu, termasuk tekanan untuk menjadi sempurna dalam semua peranan. Kesedaran tentang kesihatan mental membuka ruang dialog bahawa menjadi isteri tidak seharusnya bermaksud mengorbankan kewarasan diri.
Mungkin sudah tiba masanya kita berhenti membandingkan isteri tradisional dan isteri moden sebagai dua kutub yang bertentangan.
Kedua-duanya lahir daripada konteks zaman yang berbeza, namun berkongsi nilai yang sama iaitu kasih, tanggungjawab dan kekuatan. Naratif baharu perlu meraikan isteri sebagai manusia seutuhnya yang berhak memilih, berehat, bermimpi dan berkembang. Kerana keluarga yang sihat bermula daripada isteri yang sejahtera.
Dalam drama Paksu Ammara, watak Pak Su Firdaus lakonan Que Haidar sendiri sering menjadi pemerhati kepada konflik emosi wanita dalam keluarganya, memperlihatkan betapa pentingnya sokongan dan empati pasangan serta ahli keluarga dalam memastikan keseimbangan emosi seorang isteri.
Jangan lepaskan drama kekeluargaan yang menyentuh hati, Pak Su Ammara lakonan hebat Que Haidar sebagai Pak Su Firdaus, Ummi Nazeera sebagai Miza, dan Zaleha Iman Zainal sebagai Ammara.
Jom usha “Pak Su Ammara” setiap Isnin hingga Khamis jam 10:00 malam di saluran Astro Ria, yang juga boleh distrim melalui Astro GO serta sooka.
Suka rancangan dan drama terbaharu? Nikmati hiburan terbaik seisi keluarga dengan Astro One — kini dengan akses ke Saluran Kanak-Kanak dan Disney+ dari RM69.99/bulan untuk momen bersama yang lebih bermakna.