Seorang isteri yang baik tentunya membantu meringankan beban suami, menenteramkan, menenangkan dan bergerak mengikuti langkah suaminya.
Ketika sang suami mengalami kelelahan, tentunya suami akan akan datang kepada isterinya untuk mendapatkan ketenangan. Seorang isteri memberikan impak yang begitu besar terhadap kelangsungan hidup dalam kehidupan berumah tangga.
Menjadi isteri bukanlah ‘tugas’ yang mudah khususnya untuk menjadi seorang isteri yang hebat.
Namun apabila anda melakukan 14 perkara ini, maka suami anda tahu bahawa sesungguhnya dia mempunyai isteri terbaik di dunia. Ayuh semak senarai berikut.
Anda Gembira Dengan Kejayaan Si Dia
Ketika si dia gembira kerana prestasinya, anda juga turut bahagia. Anda tahu anda isteri yang istimewa apabila anda sama gembira melihat kejayaan suami anda.
Anda Menonton Filem Kegemarannya Berulangkali
Anda sudah menonton berjuta kali filem kegemarannya namun anda tetap tidak pernah jemu. Bonusnya ialah bila anda tertawa pada saat yang tepat.
Anda Mendahulukan Si Dia
Ads
Si dia nombor satu dalam hidup anda. Anda memastikan karier dan hobi anda tidak lebih penting daripada dia. Tidak ada orang yang lebih anda utamakan.
Anda Suka Melakukan Beberapa Hal Sendiri
Hanya kerana si dia yang anda utamakan ini bukan bermakna anda hanya berkepit dengan si dia semata-mata. Walaupun anda lebih suka berada dekat dengannya, anda tidak keberatan menyendiri dan membiarkan si dia menyendiri kerana masing-masing memerlukan waktu untuk berseorangan.
Anda Memasak Makanan Kegemarannya
Walau anda tidak suka dengan makanan kegemarannya namun anda tetap memasak makanan kegemarannya untuk menunjukkan bahawa anda tahu apa yang si dia sukai dan anda ingin melakukan perkara-perkara yang menyenangkan hatinya.
Anda Membuat Si Dia Tertawa
Ads
Anda isteri terbaik di dunia jika tahu khalimat apa yang akan membuatkan si dia tertawa atau bagaimana membuat si dia tersenyum hanya dengan satu kilas pandangan.
Anda Menyimpan Rahsianya
Jika suami anda merasa kurang selesa apabila anda mahu berkongsi rahsia dengan orang lain, maka anda tidak akan melakukannya. Suami anda berkongsi rahsia dengan anda kerana dia amat mempercayai anda.
Anda Selesa Dengan Rakan-rakannya
Anda sedar bahawa suami anda sudah mengenal teman-temannya sebelum mengenal anda. Jadi anda tidak keberatan jika suami anda ingin keluar menghabiskan masa bersama.
Ads
Anda Membuatkan Si Dia Terasa Diperlukan
Walaupun anda mampu melakukannya sendiri namun anda tetap mahu meminta si dia melakukannya untuk anda. Dengan cara ini si dia akan rasa amat diperlukan oleh isterinya.
Anda Meninggalkan Catatan Buat Si Dia
Isteri yang baik memastikan suaminya tahu bahawa dia dicintai. Nota kecil di dalam begnya sudah cukup membayangkan betapa hangatnya cinta anda kepada si dia.
Anda Berdoa Untuk Si Dia
Ketika berdoa selepas solat, anda tidak lupa untuk mendoakan yang terbaik buat suami anda. Anda memohon hanya yang terbaik buat suami anda. Ia sebenarnya lebih menghangatkan lagi hubungan anda dengan pasangan secara spiritual.
Anda Berusaha Keras Membuatkan Perkahwinan Anda Harmoni
Tidak peduli apapun yang terjadi, anda berusaha untuk mempertahankan perkahwinan yang telah dibina. Jika saatnya hubungan terasa hambar, anda segera mengambil tindakan bagi mengharmonikan semula kemesraan suami isteri.
Sumber: www.karangkraf.com
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Kisah keluarga ini tular menerusi perkongsian Zuraini Kamal di media sosial meruntun jiwa wargamaya.
Kala, ramai antara kita mengeluh dan merungut kerana hidup susah sebaliknya ada yang angkat tangan dan minta kepada Allah memohon kekuatan menghadapi kepayahan hidup.
Menurut Zuraini Kamal, ibu, ayah dan kakak menghadapi masalah kesihatan, dua anak dari keluarga ini nekad untuk mengumpul dana untuk kos rawatan.
Katanya lagi, anak ke empat yang baru berusia 14 tahun telah menjadi tonggak keluarga untuk sumber pendapatan.
ANAK-ANAK BERNIAGA UNTUK KUMPUL DANA RM25 RIBU BAGI PEMBEDAHAN KAKI IBU
Pagi ini saya di Padang Serai. Ziarah Keluarga Haniza Pesakit Kanser Otak Tahap 3. Saya pernah kongsikan Kisah Rahim, anak no 4 yang berusia 14 tahun. Beliau menjadi tonggak keluarga yang membantu sewaktu ibu sakit terlantar dan si ayah pula mengalami Serangan Jantung.
Si Ibu, Haniza pesakit Kanser Otak. Suami menghidap Masalah Jantung (sering keluar masuk wad disebabkan mengalami Serangan Jantung) Anak no 3, Farah ain berusia 16 tahun. Baru belajar di tingkatan 4. Mempunyai masalah jantung.
Anak yang Sulong, Siti Suraya berusia 24 tahun. Disahkan menghidap Kanser Payudara pada tahun 2020. Beliau sudah menjalani Pembedahan, Rawatan Kimoterapi dan Radioterapi di Hospital Pulau Pinang.
KISAH MERUNTUN JIWA
Kagum melihat kasih seorang anak ini. Dia sanggup menahan lapar demi memastikan duit perbelanjaan kos rawatan ibunya mencukupi.
Rahim mengakui tak makan di sekolah. Akan balik rumah kalau ada makanan baru makan. Dia akan duduk dalam kelas dan tidak rehat bersama rakan-rakannya.
SUMBANGAN
Sekiranya ada sahabat yang sudi untuk menyumbang kepada keluarga ini boleh terus bank in ke Akaun berikut
Nama Bank : RHB Bank No Akaun: 15210300055103 Nama : HANIZA BINTI OMAR HP: 0108068269
Semoga keluarga ini tabah dengan dugaan yang dilaluinya.
Tandas antara kawasan yang sentiasa diberikan perhatian oleh kita. Mana taknya, tak sampai seminggu, lantai kembali berlumut dengan cepat.
Pencuci biasa sememangnya dapat menanggalkan kesan kotoran ini dengan pantas. Namunkesan bahan kimia buat kita alah dan tangan menggelupas dan kering.
Nak tak nak kenalah cari altenatif bahan pencuci lain yang lebih baik dan kurang bahan kimianya untuk tangan kita. Memilih bahan pencuci semula jadi
adalah jalan terbaik.
Tak hanya disitu, bahan semulajadi ini juga bertindak mencuci lebih pantas. Jom cuba.
Anda cuma perlu sediakan:
Bahan-bahan:
• 7 cawan air
• 1/2 cawan soda
• 1/3 cawan jus lemon
• 1/4 cawan cuka
Caranya:
• Masukkan kesemua bahan ke dalam botol spray, goncang dan spray ke lantai jubin yang berlumut.
• Biarkan 1-2 minit, kemudian gosok dan bilas.
Serius, anda boleh lihat sendiri hasilnya! Berkesan dan wangi dengan bau lemon.
Petua Membersihkan Mangkuk Tandas Yang Kotor Dan Berkerak:
• Tuang cuka ke dalam mangkuk tandas dan biarkan untuk beberapa jam.
• Gosok mangkuk tandas menggunakan berus.
• Selepas kesemua kotoran berjaya ditanggalkan, siram dengan air bersih.
• Selain daripada cuka, boleh gunakan satu tin air coke. Cara pembersihan adalah sama.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Tentunya setiap kali terima daging korban, mesti ada yang tertanya-tanya, masih tertanya-tanya tentang hukum menyimpan daging korban ini melebihi 3 hari. Adakah masih boleh dimakan ataupun tidak?
Mungkin ramai yang tidak tahu mengenai hukumnya. Merujuk kepada persoalan ini telah dikupas oleh Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. Ikuti lanjut penjelasan mengenainya.
Gambar sekadar hiasan
Soalan:
Terdapat hadith daripada Nabi SAW bahawa Baginda SAW melarang untuk menyimpan daging korban lebih dari 3 hari. Bagaimana untuk memahami hadith tersebut?
Jawapan:
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.
Menjawab persoalan di atas, kami katakan bahawa para ulama telah berbeza pendapat terhadap hukum menyimpan daging korban melebihi 3 hari 3 malam kepada dua pendapat yang masyhur iaitu:
Pertama:Haram menyimpan daging korban melebihi 3 hari. Ini adalah pendapat Ali RA dan juga pendapat Ibn Umar R.Anhuma. Ini berdasarkan sebuah hadith riwayat Muslim iaitu daripada Abu Ubaid bahawa beliau berkata:
شَهِدْتُ الْعِيدَ مَعَ عَلِيِّ بْنِ أَبِي طَالِبٍ فَبَدَأَ بِالصَّلاَةِ قَبْلَ الْخُطْبَةِ وَقَالَ إِنَّ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم نَهَانَا أَنْ نَأْكُلَ مِنْ لُحُومِ نُسُكِنَا بَعْدَ ثَلاَثٍ
Maksudnya: Aku telah bersama’Ali bin Abi Talib ketika hari raya (korban) maka beliau memulakannya dengan solat sebelum berkhutbah dan berkata: “Sesungguhnya Rasulullah SAW telah menegah kita daripada memakan daging korban melebihi 3 hari”.
Riwayat Muslim (1969)
Seterusnya, Ibn Umar R.Anhuma juga ada menyebutkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:
Maksudnya: Janganlah salah seorang dari kamu memakan daripada daging korban melebihi 3 hari.
Riwayat Muslim (1970)
Di dalam sebuah athar juga ada menyebutkan bahawa Ibn Umar R.Anhuma tidak memakan daging korban melebihi 3 hari dan ini diriwayatkan sendiri oleh anaknya Salim.
Kedua: Dibolehkan untuk menyimpan daging korban melebihi 3 hari dan hadith mengenai larangannya itu telah dimansukhkan. Ini adalah pendapat jumhur para ulama’.
Terdapat banyak hadith yang menunjukkan kepada keharusan menyimpan daging korban melebihi 3 hari, antaranya riwayat daripada Abdul Rahman bin ‘Abis daripada bapanya telah bertanyakan kepada ‘Aisyah R.Anha adakah Rasulullah SAW telah melarang dari memakan daging korban melebihi 3 hari dan jawab ‘Aisyah R.Anha:
Maksudnya: Tidaklah Rasulullah SAW melakukannya (iaitu melarangnya) pada tahun di mana manusia berasa lapar dan demikian itu Rasulullah SAW mahukan akan yang kaya dapat memberi makan kepada yang miskin. Namun kemudiannya kami juga menyimpan bahagian kaki kambing dan memakannya 15 hari kemudiannya.
Riwayat Al-Bukhari (5423)
Begitu juga dengan beberapa hadith yang menunjukkan bahawa larangan tersebut telah dimansukhkan, antaranya:
Daripada Salamah bin al-Akwa’, telah berkata Rasulullah SAW:
Maksudnya: Sesiapa yang melakukan korban janganlah kamu menyimpan sesuatu pun daripada daging tersebut di rumah. Ketika mana tibanya tahun hadapan, para sahabat bertanyakan kepada Rasulullah SAW: “Wahai Rasulullah SAW, adakah perlu kami melakukan sepertimana tahun lepas. Jawab Baginda SAW: “Makanlah kalian, berikanlah makan kepada orang lain dan simpanlah kerana pada waktu itu (tahun yang lepas) manusia berada di dalam kesusahan (iaitu kelaparan) dan aku menginginkan agar kamu membantu yang lain”.
Riwayat Al-Bukhari (5569) & Muslim (1974)
Daripada Abu Said al-Khudri RA, bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:
يَا أَهْلَ الْمَدِينَةِ لاَ تَأْكُلُوا لُحُومَ الأَضَاحِيِّ فَوْقَ ثَلاَثٍ. وَقَالَ ابْنُ الْمُثَنَّى ثَلاَثَةِ أَيَّامٍ . فَشَكَوْا إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم أَنَّ لَهُمْ عِيَالاً وَحَشَمًا وَخَدَمًا فَقَالَ كُلُوا وَأَطْعِمُوا وَاحْبِسُوا أَوِ ادَّخِرُوا .
Maksudnya: Wahai ahli Madinah. Janganlah kalian makan daging korban melebihi tiga (hari). Maka para sahabat mengadu kepada Rasulullah SAW sesungguhnya mereka mempunyai anak-anak dan juga hamba yang perlu diberi makan maka Rasulullah SAW berkata: “Makanlah, dan berikan makan kepada orang lain dan simpanlah (daging tersebut)”.
Riwayat Muslim (1973)
Kesimpulan
Melihat kepada perbahasan ini, kami katakan bahawa pendapat kedua lebih tepat dan ianya telah memansukhkan pendapat yang pertama sepertimana yang telah dinukilkan riwayat-riwayat yang berkaitan dengannya sebelum ini.
Al-Imam al-Nawawi Rahimahullah menyebutkan: “Dibolehkan untuk menyimpan sebahagian daripada daging korban. Adapun larangan menyimpan daging korban melebihi tiga hari dilarang oleh Nabi SAW kemudian Baginda SAW telah mengizinkannya dan ianya thabit di dalam hadith yang sahih lahi masyhur.” [Lihat al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab. Dar al-Fikr, 8/418]
Ianya juga melihat kepada ‘illah (sebab) mengapa Rasulullah SAW melarangnya kerana pada waktu itu telah berlakunya musim kelaparan dan tujuan larangan tersebut adalah untuk membantu mereka yang berada di dalam kesusahan. Sekiranya daging korban di simpan melebihi tiga hari, maka tujuan memberi makan mereka yang memerlukan tidak tercapai. Ini juga disebutkan oleh al-Imam al-Nawawi di dalam kitabnya al-Majmu’. Wallahu a’lam.