
Isteri selalu komplen, semut selalu naik atas meja. Buka tudung saji, tengok semut tengah kendurikan makanan. Terus tak de mood nak makan then ajak kita makan kat luar. Selalu makan kat luar tak elok tuan-tuan, tak sihat, poket suami demam nanti.
Memang tuhan buat orang lelaki ni pantang dengar masalah, mesti otak berputar mencari penyelesaiannya. Bercampur pulak darah patent dalam diri, lagi lah laju (sebenarnya dah tak larat nak dengar hehe).
Caranya:
1. Mula-mula cari stokin yang kau sendiri dah menyampah nak pakai. Atau kau dah jadi pengikut tegar Wak Doyok yang memang tak pakai stokin lagi senang, ambik je mana stokin kau suka.
2. Pastu potong 4. Lebar dalam dua inci macam tu. Kalau kaki meja kau 6, potong 6 lah.
3. Sarungkan kat kaki meja, pastu spray perfume. Ikutlah jenama apa yang isteri kau suka, Ridsect pun boleh, Baygon pun boleh. Jangan guna Versace sudah lah.
Spray keliling untuk kesan yang lebih efektif.
Ok sekarang bukan setakat semut, lipas, malah cicak pun dah malas nak panjat meja makan tu.
Selamat mencuba. “Happy Wife, Happy Life”
Dah settle satu masalah, sekarang aku dah boleh fokus kerja.
Sumber : Faizal Ismail
“Mula Demam & Batuk, Oksigen Suami Turun Naik.” Eina Azman & Suami Positif Covid-19 Di Hari Ulang Tahun Perkahwinan!

Datin Paduka Eina Azman baru sahaja memaklumkan yang beliau, suami dan dua orang pembantu rumah disahkan positif Covid-19.
Perkongsian tersebut dimuat naik menerusi laman Instagramnya.
Sebelum ini, Eina sekeluarga sering melakukan ujian saringan Covid-19. Malah dia sendiri yang baru keluar dari hospital turut sudah melakukan swab test.
Namun takdir mengatasi segalanya. Mereka tetap dijangkiti. Namun begitu, Eina sedikit lega apabila anak-anak dan kakaknya disahkan negatif.
Lebih menyedihkan lagi, Eina Dan suami, Datuk Paduka Kaise disahkan positif covid-19 hari ulang tahun perkahwinan mereka.
Menurut Eina, ketika ini beliau dan suami mengalami demam tinggi dan bacaan oksigen juga masih turun naik.
“Sekarang saya dah mula demam panas n dah start batuk. Cuma keadaan suami saya kurang ok sebab demam terlalu panas n oxygen dia turun naik..” tulisnya.
“Saya minta tolong semua doa kan untuk kami sekeluarga bersama bibik2 semua kembali sihat seperti biasa.
Kepada sesiapa yang close contact dengan kami if rasa tak sihat tolong pergi swab test ya. If anyone yang ada experience dengan covid tolong share kalau ada apa2 petua yang boleh kami amalkan..” tambahnya.
Hmmmm… Sedapnya Sup Tulang, Resipi Simple Membuka Selera. Letak Kicap Sambal Lagi Power, Begini Caranya!

Asyik makan kari dengan sambal tumis je mesti bosan kan. Petang ni apa kata tukar menu juadah berbuka. Cuba resipi Sup Tulang Sedap, perkongsian dari Azie Kitchen. Pasti membuka selera anak-anak petang nanti.
Macam biasa, Raya kedua dan ketiga kami dah jemu makan rendang. Maka ketupat lebih tu kami makan dengan sup tulang. Korg cuba la. Sedap gila! Letak kicap sambal! Power.
Bahan bahan:
1 kg tulang lembu ~ rebus dahulu hingga empuk
2 sudu besar minyak masak
1 sudu besar minyak sapi
1 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
1 labu bawang besar – di hiris
1 peket kecil rempah sup – anggaran 2 sudu besar
Air rebusan tulang secukupnya
1 batang lobak merah ~ dadu
2 biji kentang ~ dadu
1 sudu kecil lada sulah
Garam secukup rasa
1 biji tomato – potong dadu
1 batang celery – hiris
Daun sup dan daun bawang ~ hiris
3-4 biji cili padi – hiris
Bawang goreng – tabur
Bahan Kisar:
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1/2 batang lobak merah
1 batang celery
1 batang leek
Cara cara:
Kisar bawang merah, bawang putih dan halia. Ketepikan. Kisar pula karot, batang celery dan leek. Ini bermakna ada 2 mangkuk bahan kisar berasingan yang perlu ditumis nanti.
Panaskan minyak sapi dan minyak masak dalam periuk. Tumiskan rempah tumis ( kulit kayu manis, bunga lawang, pelaga dan cengkih) dan bawang besar yang telah di hiris hingga harum dan garing.
Masukkan bahan kisar (bawang merah, bawang putih dan halia) dan tumis lagi hingga garing dan terbit minyak. Masukkan pula lobak merah, celery dan leek yang telah di kisar halus. Tumis lagi hingga garing.
Kemudian masukkan rempah sup. Tumis lagi hingga rempah garing. Jika terlalu pekat boleh masukkan sedikit air.
Bila semua dah garing masukkan tulang dan air rebusan tulang. Jika kurang boleh tambah lagi air biasa. Kacau sebentar dan biarkan ia merenih.
Jika gunakan tulang yang tak di rebus awal, masak hingga tulang empuk. Mungkin proses memasak menjadi lebih lama kerana nak tunggu tulang empuk. Semasa proses merebus ni akan keluar minyak, buih-buih dan sedikit kotoran. Sendukkan dan buangkan semua kotoran, buih-buih dan minyak di permukaan sup, ini adalah kotoran dari darah dan minyak dari lemak pada tulang. Bila daging dah empuk, masukkan lada sulah dan garam secukup rasa.
Akhir sekali masukkan kentang dan lobak yang telah di dadu kecil. Bila kentang hampir empuk, masukkan juga daun sup, batang celery, cili padi dan bawang goreng. Tutup api dan sedia di hidangkan dengan sambal kicap. Tapi saya tak buat pun sambal kicap kerana anak anak tak suka pedas. Saya cuma letak cili padi yang dihiris.
https://www.facebook.com/1841072332819726/videos/1897849543808671/
Share!
Oleh: Azie Kitchen
Tak Kisahlah Rumah Kecil, Kereta Tak Besar. Tapi Itu Sudah Cukup Buat Isteri Rasa Bahagia. Terima Seadanya Pemberian Suami.

Setiap pasangan ingin mengecap kebahagiaan dalam alam rumah tangga. Kasih sayang dan ketenangan hati suami isteri adalah kurniaan Allah swt.
Sudah pastinya kita inginkan sebuah keluarga kebahagiaan dan aman tenteram menjadi impian suami isteri.
Biarpun hidup sederhana, rumah tidak besar dan serba serbi seadanya, namun jika kita rasa itulah kebahagiaan, sudah pastinya itulah yang kunci kerukunan sebuah keluarga.
Begitu juga dengan perkongsian seorang wanita ini menerusi facebooknya, Sharla Rose yang melahirkan rasa syukur mempunyai suami yang membahagiannya walaupun hidup sederhana. Moga ia jadi manfaat bersama bahawa erti sebuah perkahwinan dan kebahagiaan till jannah bukan harta benda semata tetapi keikhlasan terhadap pasangan seadanya.
IKUTI PERKONGSIAN INI.
Hujan-hujan ni touching pula bila kenangkan..
sy dan suami dh berlahwin 11 tahun..suami sy bukan la kerja bagus, kaya raya.. kami hidup sederhana cukup makan pakai.. alhamdulillah..cukup segalanya walau sederhana dgn sy yg hanya suri rumah dan anak 6 org..
sungguhpun mcm tu, dia selit2 juga belikn sy emas wlpn murah,kecil, tp dia tetap belikn..sy tak pernah meminta..tp dia kata tu aset utk sy, rezeki sy..
sy pun xbiasa pakai emas sblm ni..dia minta sy doakan dia agar rezeki dia bertambah lg lepas ni..andai ada lg rezeki lebih, dia akan beli lg utk sy..
wlpn hidup tak kaya mcm org lain, tp alhamdulillah dia sentiasa berikan yg terbaik utk sy dan ank2..
Sungguh terjentik hati melihat pemergian sorg suami sahabat sy sewaktu dalam mencari nafkah istri dan ank2. kadang kala rasa diri ni lupa nak mensyukuri nikmat yg Allah berikan..kadang kala terlupa nak menghargai org2 yg kita syg..
Selalu membayangkan..
rutin setiap pagi menunggu suami di muka pintu untuk pergi kerja,bersalaman dgnnya,mencium tangannya dan dia mengucup dahi kita..melambai ke arahnya sehingga hilang dari pandangan..lalu mendoakan keselamatannya sewaktu mencari nafkah utk kita sekeluarga..
Kadangkala terbayang..termangu seketika di muka pintu..
bagaimana tba2 itulah kali terakhir kita melaksanakan rutin kita bersamanya setiap hari?
bagaimana andai tba2 dia pergi tinggalkan kita tanpa pesan?
bagaimana andai apa yg biasa kita lakukan bersamanya setiap hari berakhir di ctu?
bagaimana dia tba2 hilang dari mata kita selamanya?
bagaimana kita nak memulakan 1 kehidupan baru tanpanya?
bagaimana kita nak menjalani hidup tanpa sorg suami dan ayah kpd ank2 kita?
bagaimana kita nak menghadapi rs sepi tanpa panggilan telefon darinya setiap hari?
bagaimana kita nak menjawab persoalan ank2 kecil kita..’mana ayah’?
dan….
bagaimana kita nak menutup mata setiap malam tanpa dia yg sentiasa menemani kita tidur setiap hari???
dan tiada lagi bahu untuk kita bersandar..
sungguh..kadangkala..saat kita marah dia..kita lupa kebaikan dia..
saat kita cemburukan dia..kita lupa bagaimana dia menyayangi kita..
saat kita merajuk dgn dia..kita lupa bagaimana dia selalu memujuk kita
saat kita lelah dgn dia..kita lupa bagaimana dia lelah menafkahi kita dan ank2..
saat kita lupa melayani dia..kita lupa bagaimana dia selalu melayani kita..
Kerana kita isteri yg sarat dengan emosi..
ketika marah,kita lupa syurga kita..
ketika marah,kita lupa org yg selalu ada dgn kita..
ketika marah,kita lupa org yg sentiasa menyayangi kita..
ketika marah,kita lupa org yg sentiasa menghargai kita..
kita lupa semua tentang dia….
Dia suami kita..
orang asing yg dtg dalam hidup kita..
orang asing yg sanggup susah demi kita..
orang asing yg sanggup ambil alih tgjwb Ayah kita..
orang asing yg sanggup jaga kita sampai akhir usia kita..
Sungguh aku lupa untuk bersyukur dengan anugerah yg Allah dh berikan..
buat rakan2 yg telah melalui saat2 kehilangan suami atau isteri tercinta,
kehilangan teman sejati..
didoakan semoga tabah dalam menjalani kehidupan tanpa org tersyg..
kita semua pasti akan melalui saat2 ini..
cuma kita tak tahu masa,tempat dan bila saatnya..
itu semua rahsia Allah
cuma kita mampu berdoa memohon agar kita masih diberikan waktu untuk bersama pasangan kita
andai tiba saatnya,kita harus merelakan kepergiannya..
yang tinggal hanyalah kenangan kita bersamanya..
Tangan yg kasar,penuh kesan luka,penuh tompokan cat itu la yg keluar mencari rezeki buatku dan anak2
smga segala kerja keras dan titik peluh dalam menafkahi kami dibalas syurga..
trm ksh diatas pengorbananmu selama ini..
ku doakan sentiasa agar Allah tautkan hati kita hingga hujung waktu kita bersama..
ku doakan agar Allah panjangkan usia kita untuk kita lewati bersama kehidupan ini..
ku doakan agar Allah memberi ku peluang untuk kita bersama membesarkan ank2 kita..
dan…
post ni bukan tujuan sy nk tunjuk emas sy ke.. suami sy ke.. tidak.. apalah sangat apa yg sy ada kalau nak dibandingkan dgn org lain..
tp tujuan sy cuma nak katakan bahawa kebahagiaan kita bukan terletak pada harta, kekayaan, rupa paras..
tp segalanya terletak pada tgjwb, ksh syg, perhatian, penghargaan sorg suami..
sbgi isteri walau apajua bentuk pemberian drpd suami, rasa bersyukur sgt..
KEBAHAGIAAN itu bukanlah terletak pada banyaknya harta wang ringgit, bukan pada besarnya rumah kediaman, bukan pada hebatnya kenderaan yang dimiliki, bukan pada tingginya jawatan kau perolehi ataupun bukan pada apa jua yang kau idam-idamkan, angan-angankan, harap-harapkan, cita-citakan di dalam dunia yang fana ini..
Tak kisahlah rumah kita itu kecil, belum ada zuriat, kereta pun tak besar… Tapi kalau kita rasa itu dah cukup untuk membahagiakan kita sekeluarga, kita akan rasa amat bahagia.
sy pasti ramai suri2 yg mcm sykan..
marilah kita sama2 doakan suami kita agar dia diberi kesihatan yg baik, dipanjangkan usianya utk menjaga kita hingga akhir hayatnya..
Ya Allah, berikanlah kepadaku suami yang terbaik si sisi-Mu, suami yang juga menjadi sahabatku dalam urusan agama, urusan dunia dan akhirat.
Ya Allah, jadikanlah hambamu ini dicintai oleh suami dengan rahmat-mu wahai Zat Yang Maha Penyayang DiAntara Para Penyayang.
Ya Allah, berikanlah suamiku kemudahan rezekinya, jika letaknya masih jauh maka dekatkanlah. Jika masih di langit, maka segera turunkanlah untuknya. Jika tertanam di dasar Bumi hanya Engakulah yang mampu mengeluarkannya.
Ya Allah, berkahilah rezeki yang diperoleh suami hambamu agar membawa kebaikan kepada kami sekeluarga di dunia dan di akhirat.
Ya Tuhanku, berikanlah suami hamba balasan yang sebaik-baiknya atas didikannya padaku dan pahala yang sebesar-besarnya atas kasih sayang yang suami hamba limpahkan.
Aamiin..
lovely wife
Kredit: Sharla Rose