Tidak dinafikan tugas seorang ibu merangkap suri rumah ni banyak kerjanya, dan kerjayanya tidak akan habis serta tak ada cuti.

Biarpun bekerja, dia tetap turun ke dapur dan mengemas rumah memastikan rumah tangganya teratur.

Non stop tugasnya sebenarnya apabila bergelar isteri. Sebagaimana perkongsian inspirasi ini. Semoga menjadi iktibar buat semua.

Artikel Berkaitan: “Kebahagiaan Tak Perlu Dikongsi” 15 Tahun Layari Perkahwinan, Fauzi Nawawi Kongsi Tip Bahagia

Artikel Berkaitan: “Suami Romantik Tak Semestinya Yang Belikan Hadiah Mahal.” Yatt Hamzah Kongsi Tip Bahagiakan Isteri

Artikel Berkaitan: Selain ‘Jaga Perut’, Ni Tip Kebahagiaan Lain Shiela Rusly Kongsi Buat Menantu!

Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini 

Dulu isteri duduk rumah, suami keluar bekerja. Sekarang sama-sama keluar bekerja. Logiknya, penat pun sama banyak.

Tapi bila balik rumah, si isteri ni, tudung pun tak dan buka.. Dah terus ke dapur. Ambil beras masukkan dlm rice cooker.

Buka peti ais, keluarkan ikan dan rendam. Ambil sayur dan segala bagai terus potong untuk masak.

Dalam masa yang sama, isteri pergi ke bilik dan kumpulkan baju² masam dalam raga dan terus sumbatkan dalam mesin basuh. Bubuh sabun, tekan suis dan terus ke dapur semula.

Ads

Tumis bawang, goreng lauk dan sebagainya.

SUAMI DAN ANAK TAK BANTU 

Suami mana? Terlentang atas sofa main handphone. Anak mana? Terlentang depan TV layan drama Korea.

Tunggu makanan dah hidang, barulah semua bangun. Hari-hari macam ni.

JANGAN BUAT MACAM NI

Isteri Pun Reti Penat Tau, Jangan Tunggu Sampai Sakit!

Hello guys! Isteri dan ibu tu bukan orang gaji. Dia bukan robot. Tak reti kesian kat orang ka?

Hangpa, lepas makan.. Pinggan sebiji pun tak reti nak basuh. Main letak dlm sinki mcm tu saja. Bleh patah tulang gamaknya. Punya baloq liat!

Ads
Sampah kat dapur pun hangpa tak bleh nak tolong buang. Bila bising, hangpa kata kuat berleter…

SAMA-SAMA TOLONG

Isteri Pun Reti Penat Tau, Jangan Tunggu Sampai Sakit!

Sama-samalah tolong. Tak payah kena suruh. Ada otak fikirlah.

Seorang isteri dan ibu ni, Allah memang bagi dia kuat. Cuma kita kena faham yang dia pun reti penat sama macam kita dan dia pun boleh sakit.

Satu saja nak pesan,
Jangan tunggu sampai dia sakit dan tak mampu buat apa-apa dah. Masa tu kita akan menyesal.

Kredit : Shamsul Faizal

Ads

 

 

 

 

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club

 

Isteri Pun Reti Penat Tau, Jangan Tunggu Sampai Sakit!

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI