Kehamilan

Isteri Selamat Bersalin, Caprice Timang Cahaya Mata Pertama. “Syukur Alhamdulillah”

Share
Tahniah di ucapkan buat penyanyi, Caprice yang kini telah selamat bergelar bapa selepas isterinya, Farra Inalis selamat melahirkan zuriat mereka semalam.

 

Perkongsian khabar gembira itu dikongsikan oleh Caprice sendiri menerusi platform media sosial miliknya semalam.
“March 17th, Lil Cappy dilahirkan. Salam Malaysia, piew piew,” tulisnya ringkas.
Menerusi entri sama itu juga, Caprice turut memuat naik videonya yang sedang memangku cahaya mata sulungnya itu.
Caprice dan isteri bagaimanapun belum berkongsi jantina anak mereka kepada umum.Menerusi Insta Storynya, bapa penyayang itu juga turut meluahkan rasa syukurnya atas kurniaan rezeki malah berterima kasih kepada rakan-rakan dan pengikutnya di Instagram yang mengucapkan tahniah dan mendoakan kesejahteraan anak dan isterinya.

“Thanks you guys for all the doas, well wishes. Baru sempat baca semua.

“It means a lot to us.

“Syukur alhamdulillah for everything and everyone,” tulisnya lagi.

Terdahulu, Caprice mendirikan rumah tangga dengan Farra Inalis pada 15 November 2021.

 

Menarik: “Memang Idola, Alif Satar Dipuji Netizen, Ajak Followers Solat Subuh Macam Solat Jumaat Di Masjid!

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

IKLAN