Lumrah kehidupan sebagai suami isteri memang tidak lari daripada pelbagai jenis tanggungjawab. Suami memberi nafkah zahir dan batin manakala isteri melayani suami secara zahir mahupun batin, contohnya.
Namun, sebagai seorang isteri anda perlu bijak mengetahui hak anda sebagai seorang isteri.Jom ikuti perkongsian dari Peguam Syarie dan Konsultan Perundangan Islam Fahmi Ramli ini tentang 7 hak diri anda sebagai seorang isteri.
7 HAK DIRI SEBAGAI ISTERI, JANGAN SAMPAI TERLEPAS PANDANG!
Bahaya jika isteri terlepas pandang 7 perkara ini tentang hak dirinya sendiri.
1. TEMPAT TINGGAL ASING & SELESA
Seorang wanita yang dah bernikah, wajib untuk suami sediakan rumah berasingan daripada keluarganya atau keluarga lelaki itu sendiri. Tak kisah jika rumah itu sewa ataupun beli, yang penting selesa dan bukan isteri itu yang bayar.
Kalau suami yang tinggal di rumah isterinya, suami itu wajib bayar sejumlah wang yang dipersetujui kepada isterinya untuk rumah kelamin tersebut.
2. BELANJA UTILITI RUMAH
Bila dah sediakan rumah, jangan lupa pula, bil elektrik dan bil air juga perlu suami tanggung. Ini benda asas di dalam rumah. Kalau tak ada elektrik dan air, apa guna rumah kalau macam tu.
Ini juga sebahagian daripada nafkah tempat tinggal yang isteri berhak dapat daripada seorang suami. Bukan menjadi kewajipan isteri untuk bayar utiliti.
Ads
Melainkan, bil internet ke bil telefon rumah ke atau bil astro ke, ini bukan keperluan.
3. MAKAN & MINUM
Seorang suami wajib sediakan barang-barang keperluan dapur khasnya. Bahkan, dalam Islam, suami juga sebenarnya yang wajib sediakan makan dan minum. Maksudnya suami yang patut masak, bukannya isteri.
Kalau isteri yang buat, itu dikira sebagai ihsan atau sedekah daripada isteri. Kalau suami itu tak pandai masak, boleh la isteri itu nak masakkan.
Cuma, jangan ingat bila kahwin sahaja, lelaki buat isteri ini macam orang gaji. Masak, basuh baju, cuci rumah semua dia yang buat.
4. PAKAIAN ITU BUKAN BAJU SEMATA-MATA
Ads
Banyak orang fikir, takkan setiap bulan nak beli baju pada isteri. Kalau ikutkan, pakaian sememangnya nafkah wajib setiap bulan, tapi bukan baju atau kain semata-mata.
Tuala wanita, peralatan mandi, peralatan solek, dan macam-macam lagi perkara yang berkaitan dengan keperluan wanita, adalah tanggungjawab wajib seorang suami.
Sesetengah orang dia hanya beli baju raya sahaja setahun sekali, tetapi pakaian bulanan langsung diabaikan.
5. TAK BOLEH DIPUKUL
Haram seorang suami memukul isterinya walaupun niat suami itu untuk mengajar. Tidak ada perkara tersebut dalam Islam.
Sekalipun isteri tersebut mungkin tidak hormati suami, tapi bukan cara mengajar isteri tersebut dengan tumbuk, tampar, tarik rambut, tendang dan macam-macam lagi.
Mendidik isteri dalam Islam dimulakan dengan nasihat secara baik, kemudian pisahkan tempat tidur dan kemudian memukul dengan pukulan yang tidak menyakitkan menggunakan hujung kain lembut sahaja.
Ads
Jika berlaku pukulan, isteri tersebut boleh buat laporan polis atas keganasan rumahtangga.
6. DILAYAN DENGAN CARA BAIK
Suami wajib bercakap dengan percakapan yang baik. Perbuatan seperti memaki hamun, mencarut, bercakap kasar adalah satu bentuk layanan yang tidak baik.
Meskipun hendak bersama dengan isteri, ia tidak boleh datang dalam bentuk paksaan. Apatah lagi apabila isteri berada dalam keadaan haid atau suami nak meliwat isteri sendiri melalui dubur. Haram perbuatan yang melayani isteri seperti itu dalam Islam.
7. GILIRAN BERMALAM YANG ADIL
Bagi wanita yang bermadu, hak mereka dalam perkahwinan adalah mendapat giliran bermalam yang adil. Seorang suami yang berpoligami, tidak boleh melebih-lebih isteri yang disukai dan mengenepikan hak isteri yang kurang disukai.
Walaupun mungkin ada isteri yang telah putus haid, tapi dia masih berhak untuk mendapat giliran bermalam. Bukan suami hanya balik waktu siang atau balik sekali sekala sahaja.
Ajarkan juga ilmu ini kepada kawan perempuan atau ahli keluarga anda yang tersayang kerana seorang wanita yang sedang berkahwin atau baru berkahwin perlu tahu hak dirinya sebagai isteri. Kerana kekuatan seorang wanita terletak kepada ilmunya.
Siapa sangka, aduan seorang anak mengenai kelasnya dikatakan panas dan tidak selesa membuatkan sang ayah ini bertindak sebagai ‘penyelamat’ untuk menyelesaikan masalah anaknya.
Tindakannya membeli lima buah kipas untuk dipasang di dalam kelas anaknya telah memberikan keselesaaan bukan sahaja kepada anaknya tetapi rakan-rakan sekelas lain.
Menerusi perkongsian video milik akaun TikTok, Hanafi Yahya, anaknya bernama Hariz yang belajar di Sekolah Kebangsaan Slim River, Perak mengadu panas dan berasa kasihan terhadap kawan-kawan serta guru yang berasa tidak selesa.
Setelah membuat tinjuan di kelas anaknya, dia mendapati memang suasana kelas panas.
“Kipas ada tiga di tengah-tengah. Tapi satu kipas rosak. Pelajar di tepi tak dapat rasa angin kipas.
Dengan bantuan juruteknik, dia membeli 1 kipas siling dan 4 kipas dinding.
“Buat wiring siap-siap. Biar nampak kemas dan selamat. Semoga cikgu dan rakan Hariz selasa di dalam kelas lepas ini.
“Alhamdullillah. Semua orang dah boleh rasa angin sepoi-sepoi. “
Bintang kecil: Puasa Tu Wajib, Tiada Puasa ‘Yang Yuk’ | Hikayat 1001 Malam | BINTANG KECIL
Episod 3 : Abdul Mukmin VS Abdul Fajir
Berpuasa jadi bekalan dan perisai orang beriman dan supaya tak terjebak ke lembah maksiat serta kejahatan. Sebab tu bulan puasa ni kita kena jadikan diri kita lebih ke arah Abdul Mukmin dan elak jauh-jauh dari Abdul Fajir.
Nak tahu apa tu Abdul Mukmin dan Abdul Fajir, kenalah saksikan 1001 Malam di Youtube Channel Bintang Kecil bermula 1 Ramadan ini pada jam 6.30 petang bersama pengacara jemputan PU RIZ.
Jangan lupa kawan-kawan Bintang Kecil semua!
Program ini disokong sepenuhnya oleh
TATEH, jenama yang Prihatin, Selesa dan Dipercayai.
Follow dan subscribe Youtube Channel Bintang Kecil
#BintangKecil #KitakanJuara #1001Malam
KELUARGA TALK: Nwan Shah Bin Mohd Dali Fakulti Ekonomi Dan Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Nak tahu formula mengurus belanjawan keluarga dengan sistematik? Ikuti Keluarga Talk kali ini dengan tajuk ‘ Ringgit Diurus Keluarga Lebih Tenang’ bersama panel Prof Madya Dr Nuradli Ridz
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Di sebalik kemelut yang melanda penyanyi Aishah dan Dato’ Seri Vida berkenaan pemberian hadiah dalam satu program realiti tv, Gegar Vaganza musim keempat, terselit satu kisah yang cukup menyentuh hati.
Dato Seri Vida yang perlu membayar wang tunai berjumlah RM80,000 seperti yang tertera pada tag harga barang kemas tersebut, serta membuat permohonan maaf kepada Aishah akhirnya berbuat demikian.
Dalam satu sidang media di kediamannya, usahawan kosmetik itu memohon maaf dan akan berjanji melunaskan bayaran tersebut kepada penyanyi tersebut.
Namun, apa yang menyentuh hati adalah pengakuan anak sulungnya yang dikenali sebagai Cik B. Dia yang muncul dalam sidang akhbar tersebut memberikan bungkusan wang tunai berjumlah RM100,000 kepada ibunya.
“Mama, Cik B tak nak mama guna duit sendiri bayar ganti rugi kepada dia. Guna duit Cik B ni… Tak apa, hari ni Cik B bagi duit kat mama, esok masih ada rezeki lain lagi,” ujar Cik B yang rupa-rupanya menyerahkan hasil daripada jualan produk sneknya iaitu Salmon Skin Salted Egg Cik B.
Cik B atau nama sebenarnya, Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin menyerahkan wang dalam mata wang Ringgit Malaysia dan Dolar Singapura ketika sidang media diadakan. Tindakan spontan Cik B itu, nyata telah mengejutkan ibunya. Namun Dato Vida menerima wang tersebut dengan hati terbuka.
Kata Cik B, dia berasa bertanggung jawab membantu ibunya menyelesaikan kemelut dengan juara Gegar Vaganza itu.
“Mama pernah mengadu mengenai masalah ini namun Cik B buat tidak kisah sebab tidak mahu mama sedih.
“Tetapi Cik B sebenarnya kisah dengan masalah yang dihadapi mama dan ia terlalu berat bagi mama. Dia nampak kuat tetapi bila dia nangis, kita pun turut sama menangis,” katanya lagi.
Inilah contoh anak yang baik, rezekinya akan berlipat kali ganda lagi kerana ikhlas membantu ibunya.
Seterika baju adakalanya memenatkan dan memakan masa teutama bagi anda yang mempunyai anak-anak ramai. Selain baju kerja suami, anda juga perlu seterika baju anak dan juga pakaian lain.
Nak nak lagi bila balik kampung nanti, pasti ramai yang nak seterika baju raya kan. Jadi nak cepat dan memudahkan kerja anda, jom cuba kaedah ini.
Hanya dengan menggunakan tiga bahan ini sahaja iaitu papan seterika, kertas alumimium dan kain kapas, kerja anda akan menjadi lebih mudah, cepat dan dapat menjimatkan elektrik.
Terima kasih kepada Puan Afnee Baker yang telah berkongsi tip ini.
Cara-caranya adalah seperti berikut:
Papan seterika, kertas aluminium dan kain kapas.
Balutkan papan seterika dengan kertas aluminium
Balutkan kain kapas atas kertas aluminium pula
Kemaskan dengan gunakan stepler gun.
Hasilnya, anda tidak perlu gosok bahagian belakang. Bahagian belakang automatik rata kerana kertas aluminum itu pemantul haba yang baik.
Selamat mencuba!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di