Pasangan yang cukup sempoi, senada dan seiring baik dalam hal kerjaya mahupun rumah tangga. Ezad Lazim dan Zeana Ramli, pasangan sama sepadan kini cukup bahagia ditambah dengan kehadiran sepasang anak comel sebagai penyeri rumah tangga.
“Alhamdulillah, sehingga kini saya masih lagi aktif dalam dunia seni. Peluang dan rezeki tidak berbelah bahagia berkat kehadiran anak dan isteri. walaupun industri kini nampak ‘slow’ ditambah kehadiran anak muda memberi satu persaingan yang sihat ditambah dengan adanya medium media sosial merancakkan lagi industri.
“Ini juga satu bonus untuk mereka dan walaupun ia medium baru untuk artis lama seperti saya, namun tidak menjadi hal. Cara mungkin berbeza dengan dahulu tapi kita kena ikut peredaran zaman dan saya harus seiring. Pun begitu saya bersyukur kerana biar ada bakat baru namun saya masih diterima oleh peminat, ini pun dan cukup terbaik untuk orang lama seperti saya.
“Walaupun sibuk dengan urusan kerja, saya beruntung kerana isteri banyak menguruskan hal keran dia menjadi pengurus peribadi. Dialah isteri dan dia juga pengurus saya. dia bijak urus masa dan kerjaya begitu juga saya. saya beruntung kerana adanya dia. Memang ada kala saya kasihan melihat dia kepenatan urus saya dan rumah tangga, tetapi dia tidak mengeluh.
Sebagai suami saya bantu mana yang patut. Yang pastinya dia banyak buat tetapi saya cuba bantu mana yang boleh.
Dialah isteri dan dia juga pengurus saya. dia bijak urus masa dan kerjaya saya.
Isteri garang suami simple
Tambah pelantun lagu Demi Cinta ini lagi, isterinya banyak ajar anak-anak berdikari manakala dia pula berbeza kerana sejak dahulu jenis yang simple.
“Soal garang memang Zeana lagi garang, tegas dengan anak-anak. Mereka banyak meminta dengan saya kerana ikut apa jua kemahuan anak-anak. Lagipun ini pengalaman sebagai ibu bapa sementelah kami berdua berkahwin dalam usia agak lewat dan membesarkan anak-anak sendiri jadi itu tidak menjadi masalah. Anak-anak jua punca rezeki dan penguat kasih sayang antara kami suami isteri.
Ads
“Zeana juga jenis yang suka akan kesempurnaan. Kalau tukar tempat letak barang esoknya pasti dia akan menukar kembali. Dia suka ikut stail dia, kalau ada pembantu rumah pasti susah nak bekerjasama. Dia jenis yang mahu sempurna di matanya. Mungkin kerana Zeana sudah berdikari sejak kecil, jadi bila marah saya malas nak bantu takut salah lagi. Tapi kasihan pula kalau biar dia buat sendiri. Namun pada saya inilah asam garam dan warna-warni serta corak dalam rumah tangga kami.
“Dalam hal anak-anak dia yang banyak buat. Kebetulan anak sulung agak pelat jadi untuk bagi dia cepat cakap kami hantar ke sekolah Cina kerana di situ banyak bercakap bahasa Inggeris. Alhamdulillah, nampak perbezaan. Dia berani bercakap dan nampak macam-macam benda baru yang dia belajar.
“Kalau diikutkan saya tak setuju untuk hantar anak ke sekolah awal kerana baru umur 4 tahun. Saya tak suka ‘push’ anak kerana lama kelamaan mereka akan belajar juga cuma beza lambat dengan cepat. Tetapi Zeana yakinkan saya untuk memastikan anak boleh bercakap seperti rakan seusianya.
Ads
Keluarga bahagia Ezad dan Zeana
Mahu anak pilih kerjaya lain
Ditanya mengenai perancangan masa depan sama ada akan terus aktif dalam bidang nyanyian atau mencuba bidang lain, Zeana memberitahu mereka kini sedang mencuba bidang bisnes pakaian.
“Kalau diikutkan sebelum ini pelbagai bisnes kami buat dari tudung, kurta, baju melayu, parfum dan terbaru kami cuba pula baju sekolah. Walaupun sedar ramai artis yang terbabit dalam bisnes tetapi itu tidak menjadi hal. Sementelah adanya peminat itu memudahkan lagi bisnes.
Ads
“Baju sekolah jadi pilihan kerana tak ramai artis yang memilih bidang ini dan ini satu idea yang baik. Semua orang tahu baju sekolah satu keperluan cuma tinggal lagi cara bagaimana kita memasarkannya supaya ia diperluaskan dan mendapat tempat di hati peminat.
“Idea hasilkan baju sekolah datang secara spontan waktu memikirkan bagaimana nanti anak kami akan bersekolah. Kebetulan tidak ramai yang buat baju sekolah, kami cuba cari satu sumber pendapatan dan ia boleh jadi satu jenama yang boleh terkenal. Kami pilih jenama BIJAK dan kelebihan kami ada kilang sendiri yang dikongsi dengan keluarga. Dalam masa yang sama kami merancang untuk membuka syarikat dan mencari bakat baru atau artis untuk membuat persembahan.
“Soal kerjaya anak-anak, pada kami kalau boleh biarlah mereka memilih kerjaya lain. Suami juga impikan anak terbabit dalam bidang lain, tetapi kalau mereka nak ke arah bidang seni saya dan suami tak akan halang andai itu minat dan kecenderungan mereka. Yang penting pendidikan kami utamakan.
Anak-anak punca rezeki dan penguat kasih sayang antara kami suami isteri.
Sumber: Majalah Keluarga Jan-Mac 2018
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bukan mudah nak mendidik anak-anak, tambah-tambah zaman sekarang yang cukup mencabar ini. Kena guna pendekatan terbaik, kalau salah didik lain jadinya.
Bagi penyanyi Shuib Sepahtu, dia ada cara tersendiri menghukum anak-anaknya apabila bergaduh sesama sendiri. Walaupun mungkin nampak tegas dan garang, tetapi mungkin cara tersebut dapat membantu mengelakkan anak-anaknya bergaduh sesama sendiri.
Terbaru, Siti Sarah Raisuddin memuat naik video suamainya itu menndenda anak-anaknya menumbuk dinding kerana bergaduh. Nampak lucu tetapi ada bagusnya cara itu kan. Betullah kata Shuib, bergaduh adik beradik tiada manfaatnya, ibarat cuba paha kanan, paha kiri pun terasa juga.
Bile buat salah pasti ada hukuman .. pengajaran untuk kita semua .. begadoh adik beradik tak guna .. sama macam tumbuk dinding lagi kuat tumbuknya lagi sakit sendiri wallahualam.. moga bermanafaat utk semua
Ramai yang memberi komen memuji cara Shuib, tak kurang yang mengatakan ia salah satu cara untuk mengajar anak-anak.
wardah_ash_burnAbang shuib tengok video ni terus airmata jatuh.. hmm kasih sayang adik beradik berpisah tiada @shuibsepahtu ??’_syamilsGood job shuib ! That lesson ?
effajoharMacam ini aruah abah kak didik kami adik beradik 10 orang. Kak jadi sebak..?? dalam masa yang sama… syukur dengan ketegasan abah menjadikan kami sangat rapat hubungan adik beradik dan bersatu hati. Tahniah shuib..??? dan isteri sitisarah…☺
Setiap orang mempunyai rezeki yang berbeza. Rezeki juga bukan sekadar wang ringgit tapi pelbagai bentuk yang dikurniakan kepada kita. Dan kita terima dan redha apa yang tuhan bagi kepada kita.
Begitulah yang dikongsikan ini.
REZEKI
Hamka pernah berkata,
Rezeki tu bukan bermakna kau dapat apa kau nak. Tapi bila kau terima apa yang Tuhan beri.
Kau belajar tentang sirah. Tahu Mariam tak berkahwin tapi dapat anak. Itu rezeki dia.
Kau tengok pula sirah Aishah. Kahwin tapi tak dapat anak. Itu pula rezeki dia.
Allah swt hantar Musa ke rumah Firaun sebagai anak angkat untuk membawanya ke syurga. Tapi tetap juga Firaun menjadi manusia paling celaka yang memilih neraka.
Allah hantar Nuh untuk menyelamatkan kaumnya tapi anak isterinya sendiri derhaka dan enggan terima dakwah baginda
Pelajari sesuatu dari kisah-kisah seperti itu. Sungguh. Rezeki masing-masing tak sama. Semua ada pro dan kontranya!
Orang yang ada suami, ada isteri, ada anak ni bermakna ada tanggungjawab juga. Mudah dapat pahala. Tapi mudah juga dapat dosa.
Yang tak bertemu jodoh, yang tak dikurniakan zuriat pun satu rezeki juga. Rezeki terlepas tanggungjawab dan risiko nak menjawab depan Allah nanti.
Jadi, sebelum kau terus mengeluh tentang itu ini, kena faham dulu konsep rezeki. Ada, tak semestinya untung. Tak ada, tak semestinya rugi.
Kau dapat apa kau nak, tak semestinya kau boleh terus bergembira. Kau tak dapat apa kau nak, tak semestinya kau tak boleh bahagia.
Takdir Allah ni misteri sifatnya. Entah-entah airmata redha yang kau titiskan dalam mengharung kecewa itulah yang menghanyutkan kau ke syurga.
Kredit: Pakar Diari Hati
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Mendidik anakk-anak kena bermula daripada kecil, barulah melekat di hati. Bak kata pepatah , melentur buluh biarlah dari rebungnya.
Demikian juga dengan penyanyi dan usahawan kecil molek ini. Dalam satu perkongsian di laman instagramnya sebelum ini, Mila Jirin memuat naik sepotong video yang memaparkan anak lelakinya sedang mengambil wuduk.
Gelagat si kecil bernama Mohd Aris Zikri yang kini berumur tiga tahun cukup menarik perhatian.
Apa tidaknya, disebabkan baru belajar mengambil wuduk, habis lencun pakaian yang dipakai.Tetapi dia tidak kisah, sebaliknya tetap meneruskan sehingga selesai.
Habis LENCUN,”kongsi Mila di ruangan kapsyennya.
Dalam pada itu, dia turut mengajar satu persatu langkah mengambil wuduk kepada anak tunggalnya itu sehingga selesai.
“Basuh tangan dulu, lepas tu kumur. Pandai.
“Basuh hidung, basuh muka dan baca bismillah.” ujar Milla sambil mengajar anaknya dengan sabar dan lembut.
Kolam takungan Taman Seri Alam pecah lagi, limpahan air masuk dalam rumah. Penduduk di Taman Seri Alam, Saujana Utama sekali lagi dikejutkan dengan kejadian kolam takungan pecah yang berlaku untuk kali ketiga pada awal pagi Rabu.