Semalam, 1 September Isteri kepada kepada penyanyi Tomok, Rahayu Abbas atau lebih dikenali sabagai Ayu telah menyambut ulangtahun kelahiran ke 40. Sebagaimana insan lain pasti ada impian.
Melalui perkongsiannya semalam, Ayu menjelaskan bahawa setiap tahun, dia akan memohon dikurniakan cahayamata perempuan.
Bekas pramugari ini telah mendirikan rumah tangga dengan Tomok pada 2011 dan dikurniakan dua zuriat lelaki iaitu, Arrianshah Akid,7, dan Andrashah Iman, 5 tahun.
Ikuti perkongsiannya.
Ads
“1 September 2019. Syukur Alhamdulillah…genap 40tahun saya diberi peluang menjadi khalifah di bumi Allah…. Terima kasih mak abah kerana melahirkan anak yang cute which is “me” ?…Terima kasih kepada suami yang sudi mengambil saya sebagai isteri….Terima kasih yaAllah kerana memberi peluang untuk saya merasai nikmat menjadi seorang ibu.
Ads
“Seperti biasa wish saya setiap tahun agar dimurahkan rezeki untuk menimang cahayamata perempuan.
“Diberi kesihatan yang baik untuk jalankan tanggungjawab sebagai anak,isteri dan ibu dan yang penting saya ingin terus istiqomah pada peluang kehidupan yang diberikan…Amin….
“Kepada yang wish saya di IG saya, saya ucapkan terima kasih in advance..ada ke yang wish dibu??? Hihihihi.”
Setiap ibu bapa inginkan anak yang pintar dan cerdas.
Kecemerlangan dalam akademik akan memberi kebanggaan kepada mereka.
Namun, ada segelintir ibu bapa terlalu mendesak anak sehingga ia memberi tekanan kepada mereka.
Menarik dengan sebuah perkongsian oleh Nurul Atika Moktar yang memaparkan cara didikan anak seorang wanita cina yang ditemui di pasar.
Lebih manis, anak-anaknya berjaya dalam pelajaran. Nak tahu cara didikan yang diterapkannya jom ikuti perkongsian ini.
Emak peniaga biasa, dua anak cemerlang akademik
Pergi pasar dengan Adra tadi, sorang aunty cina tu bagi tips cara ajar anak.
Anak dia 2 org master. Sorang kerja kat China, sorang kat Hong Kong.
“Anak kecil lagi macam ni jangan paksa dia tengok buku. Telefon jangan bagi lama. You kena selalu tanya dia. Macam harini you pergi pasar.
Bagitahu dia ini sayur apa ini ikan apa. Sayur ini warna apa. Nanti balik bapak dia balik, suruh dia cerita sama bapak dia.
Mak bawak pergi mana. Beli apa. Beli berapa. Warna apa. Bagi anak you recall, bagi dia boleh cerita semua details.”
“Dekat rumah, jangan ajar anak masa you berdiri. You tinggi dia rendah, nanti dia rasa ada jarak. You duduk sama dia, baru dia rasa senang dengan you.
Jangan selalu ajar ajar ajar dia. Nanti dia rasa tekanan. Ajar 10 minit, kasi dia main. Nanti dia sudah main happy2, you panggil dia “lai” sini mama mau tanya”
Bila bagi anak barang/makanan. Ajar dia untuk kongsi. Contoh bila you kasi dia apple, “nak sikit”.
Ajar dari kecil bila ada barang ke apa ke, tu bukan dia sorang punya. Lagi2 share dengan parents. Nanti dah besar dia akan ingat parents.
Ibu ayah jangan ego
Lagi aunty tu pesan.
Kalau mak bapak ada buat salah, jangan ego taknak mintak maaf.
“Oh ya, mama salah tadi..sorry”
Ada lagi. “Nanti anak sekolah, jangan marah dia tak dapat nombor 1.
You marah le tak marah ke sama. Benda sudah jadi. Kalau semua orang dapat nombor 1 siapa nak dapat nombor last?
Jangan banding2 anak you dengan orang lain. Sama macam kita orang susah makan ikan kecik. Itu taukey besar makan ikan mahal besar. Dia kenyang kita pun kenyang”
okay. Kat sini mungkin aunty tu nak sampaikan yang rezeki masing2. Jadi, bersyukurlah.
Dia just cakap kalau suka bandingkan nanti anak akan rasa hasad dengki pada orang. (Selalu kan kita bandingkan anak tanpa sedar?
Eh anak dia dah pandai baca, anak aku belum.haa contohhh. Tak ke kecik hati anak tu)
Banyak lagi dia ajar tadi sampai kebas tangan pegang ayam & ikan tadi.
Pergi mana2 pun kita boleh dapat ilmu baru tau. Ni ilmu parenting 🙂
Tq aunty.
Sumber: Nurul Atika Moktar
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
“Niat asal memasuki Mentor Milenia 2019, saya nak bawa ibu bapa, isteri, dan ibu mentua mengerjakan umrah. Saya juga ada perancangan untuk buat majlis makan bersama peminat di Terengganu sebagai tanda terima kasih,” katanya. “Saya benar-benar berharap kejayaan ini bakal mengubah nasib keluarga saya kepada lebih baik. Apalagi saya cuma seorang penyanyi jalanan dan isteri peniaga nasi lemak kecil-kecilan," ujar juara Mentor Milenia 2019, Apex Tadjudin atau nama penuhnya Ahmad Amirul Hafizi Ahmad Tadjudin, 23.
Apex ketika ditemui berkata, dia memang sudah lama menyimpan niat itu dan bersyukur rezeki berpihak kepadanya untuk membawa trofi juara program berkenaan.
Menurut Apex lagi, dia berazam mengotakan janjinya membawa orang tersayang mengerjakan umrah selepas memperoleh wang kemenangan sebanyak RM100,000. “Pertama sekali, saya bersyukur kepada Allah kerana memberi rezeki ini. Saya berbesar hati kerana sebelum ini tidak pernah memasuki mana-mana program realiti dan apabila sampai ke tahap ini, saya sangat berbangga.
Apex juga berazam untuk mengubah nasib keluarganya dan mengembangkan perniagaan nasi lemak yang diusahakan isterinya di kampung halaman.
“Pertamanya, saya akan mencari rumah sendiri memandangkan sekarang masih tinggal bersama mentua. Saya juga mahu membuka kedai untuk isteri saya mengembangkan jualan nasi lemaknya yang sekarang cuma dijalankan di gerai depan rumah saja,” katanya. Malam tadi, Apex melakar kejayaan manis apabila muncul sebagai juara Mentor Milenia 2019 yang berlangsung di Studio Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam.
Apex yang juga protege kepada mentor, Hazama, meraih RM100,000 tunai berserta trofi, dan dua buah motosikal Benelli RFS 150i. Selain itu, dia juga dihadiahkan lagu pertamanya ciptaan Faizal Tahir berserta video muzik dan dijadikan lagu tema drama di TV3, waktu promosi TV dan radio bernilai RM500,000, dan dokumentari pendek kisah sepanjang di Mentor Milenia untuk siaran di saluran YouTube TV3.
Apex menewaskan tiga protege lain iaitu Daus Husny selaku naib juara, Aedy Kama (ketiga), dan Rika Riana (keempat).
Bila masuk je bulan Ramadan, ramai yang teruja nak rebut pahala lebih, termasuk solat tarawih.
Tapi bagi mak-mak yang ada anak kecil atau sibuk bekerja, nak ke masjid setiap malam bukan sesuatu yang mudah.
Jangan risau, mak-mak masih ada pilihan untuk tunaikan solat sunat Tarawih walaupun tak dapat ke masjid.
Sebenarnya Solat Tarawih boleh dikerjakan setelah mengerjakan sembahyang Isyak dan waktunya berpanjangan sehingga akhir malam.
Jadi bolehlah mak-mak berehat atau menunggu si kecil tidur dahulu, sangat bersesuaian dengan diri mereka yang sudah keletihan menguruskan rumah
dan keluarga.
SOLAT SUNAT TARAWIH
● Niatnya :
أ ُصـَــلـِّــى سـُــنـَّـَــة َ الــتـَّـَــرَاو ِيـْــح ِ رَكـْــعـَــتـَــيـْــن ِ لـِــلـَّـَـه تـَــعـَــالـَــى
“Sahaja aku solat sunat tarawih dua rakaat kerana Allah Ta’ala.”
● Bilangan rakaat buatlah yang termampu. Paling ringkas buat 11 rakaat, 8 terawih dan 3 witir. Lakukan setiap 2 rakaat satu salam dan seterusnya. Witir pula, 2 rakaat 1 salam dan witir 1 rakaat 1 salam.
● Apa yang wajib adalah surah al Fatihah, surah surah berikutnya adalah pilihan kita dan ia adalah sunat.
● Segala bacaan di luar solat, seperti salawat, doa dan periwayatan khalifah tidak termasuk amalan solat tarawih, tetapi hanya selingan antara solat. Tidak ada larangan untuk bersalawat atau berdoa, jika cara dan adab melakukannya baik. Dan ia tidak menjejaskan solat tarawih jika ditinggalkan.
SOLAT SUNAT WITIR
Solat Witir adalah salah satu solat sunat yang sangat dituntut untuk dikerjakan.
Hukum solat Witir adalah Sunnat Muakkad. Jumlah maksima solat witir itu ialah 11 rakaat (6 salam), sebaik-baiknya 3 rakaat (2 salam) dan sekurang-kurangnya satu rakaat sahaja.
Jika berniat hendak melakukan qiyamullail, boleh tangguhkan solat witir selepas selesai qiyamullail tersebut kerana solat witir adalah penutup kepada solat2 sunat yang lain.
Doa Solat Witir
“Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung dengan keredhaanMu daripada kemurkaanMu,dan aku berlindung dengan kemaafanMu daripada balasanMu, dan aku berlindung denganMu seperti pujiMu sendiri ke atas diriMu. Maka segala pujian dan sanjungan sehingga Engkau redhai..
Solat Sambil Dukung Anak
Mungkin ada mak-mak yang besarkan anak kecil sendirian tanpa suami di rumah. Atau masalah lain anak kecil jenis tidur lambat dan asyik nak berdukung siap pakej meragam bila diletak ke bawah. Kalau situasi ini, nak solat pun tak khusyuk!
Namun masalah ini seharusnya tidak menjadi alasan untuk mak-mak tak buat solat Tarawih. Pendek kata, rugi! Apatah lagi Islam adalah agama yang memudahkan dan sudah tentu ada cara untuk memudahkan kaum ibu dalam hal ini.
Disebut dalam hadis
Sebenarnya jika berdepan situasi ini seseorang ibu itu dibenarkan mendukung bayi sambil bersolat. Perkara ini ada disebut dalam hadis yang diriwayatkan menerusi Abu Qatadah al-Ansari ra :
“Sesungguhnya Rasullulah s.a.w menunaikan solat dalam keadaan membawa (mendukung) Umamah, anak perempuan Zainab binti Rasullulah s.a.w dengan suaminya al-As bin Rabiah bin Abd Syams. Apabila sujud , baginda meletakkannya apabila bangun, baginda mendukungnya semula. (Al-Bukhari,Sahih al-Bukhari)
Diharuskan
Dalam hal ini adalah diharuskan oleh ibu untuk mendukung anak kecil sewaktu mendirikan solat. Namun ada syarat-syarat yang harus ibu kena tahu…
1. Pastikan anak bersih dari najis, sebaiknya tukar lampin anak sebelum ibu bersolat.
2. Kawal pergerakan. Pergerakan yang dibenarkan atau tidak membatalkan solat iaitu tidak bergerak melebihi tiga kali berturut-turut.
3. Dada sentiasa mengadap kiblat.
4. Hanya dilakukan ketika keadaan memaksa. Adalah lebih baik anak dijaga seketika oleh orang lain ketika ibu bersolat.
Haaa… mudah kan? Kalau tahun lepas gagal buat, lepas ini mak-mak tetap boleh buat solat tarawih walau payah dengan anak-anak kecil. Moga mak-mak mampu kaut pahala berganda di bulan Ramadan ini.
Alhamdulillah. Semoga bermanfaat!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.