Penyanyi popular Indonesia, Lesti Kejora yang kini sedang hamil anak kedua meluahkan rasa bimbangnya apabila mengalami kontraksi biarpun usia kandungannya baru 33 minggu.
Lesti sebelum ini pernah mengalami kontraksi awal yang sama dan bersalin awal dari jangkaan ketika melahirnya anak pertamanya.
Menurut Lesti, 26, pada awalnya dia menganggap itu hanyalah kontraksi biasa, namun gejala berkenaan menjadi lebih teruk.
Ads
“Kalau kamu berada dalam live saya pada malam tahun baru, kamu akan perasan di mana saya tiba-tiba mengalami kontraksi dan terus naik ke atas.
“Pada waktu itu, saya fikir ia tidak akan terjadi lagi, tetapi sebaliknya. Saya diberitahu untuk pergi ke wad kecemasan,” katanya.
Ads
Susulan itu, Lesti dikhabarkan perlu menerima suntikan bagi membantu proses perkembangan paru-paru bayi dalam kandungannya.
Suami Lesti iaitu Rizky Billar bagaimanapun meminta peminat untuk menitipkan doa buat kesihatan dan keselamatan isterinya.
Terdahulu, Lesti pernah memiliki sejarah melahirkan anak pertamanya secara pramatang susulan berlaku komplikasi dan dilakukan secara pembedahan pada usia kandungan 34 minggu.
Untuk rekod, Lesti dan Rizky mendirikan rumah tangga pada 2021 dan dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Muhammad Levian Al Fatih Billar yang kini berusia 2 tahun.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Dalam membina keluarga bahagia, setiap pasangan suami isteri perlu ada keserasian dan kesefahaman dalam melayari bahtera rumah tangga. Begitu juga halnya dalam memahami bidang tugas pasangan dengan sebaiknya agar tidak timbul masalah yang boleh menggugat kerukunan rumah tangga.
Hal ini diceritakan sendiri oleh seorang suami yang berkahwin dengan jururawat. Ada disenaraikan 10 cabaran besar yang ditempohnya, dan semua itu kini menjadi alah bisa tegal biasa baginya.
Melalui perkongsian ini diharapkan dapat memberi inspirasi kepada suami-suami di luar sana untuk turut sama menghargai dan memahami bidang tugas isteri dan sama-sama temui kesefahaman agar keluarga bahagia dapat dibina.
Ayuh kita fahami cabarannya.
“Cabaran Mengahwini Seorang Jururawat”
“Bertolak ansur dan saling memahami antra kunci yg perlu ade bile ditakdirkan jodoh kita seorang nurse..Pada pengalaman saya mula2 kahwin cabaranya tak ada la besar sgt.. paling besar pun rasa PJJ je la..tidur dalam kereta..tido surau petronas..itu benda biasa..yg paling sedih masa isteri balik dari teluk intan ke klang..masa tu dia kerja di hospital klang..sedih sbb dia keguguran masa nk sampai kl..tak ada rezeki dpt anak awal..lepas pada tu alhamdulillah isteri dpt tukar hosital teluk intan..setahun kmudian baru la dpt cahaya mata yg pertama..antara cabaran yg lain saya nak kongsi“-Akhi Akmal
Cabaran Bergelar Suami Kepada Seorang Jururawat
Bab jaga baby
1.bila dah ada anak kecil, isteri kerja shif malam..yang ni sgt mencabar buat permulaan..dulu 3 mlm..sekarang dah pinda jadi 2 mlm je..rasa lega la sikit..suami kena bangun untuk buat susu anak 2 hingga 3 kali semalam.. pengalaman b’harga masa anak pertama tepaksa tidur dekat surau dalam wad sebab anak tak nak minum susu botol..terpaksa la uminya buat dua keje..kehulu ke hilir..start pada tu ajar ank tdo pakai buai..anak kdua pulak uminya terpaksa balik dari hospital time keje.. nasib la sister baik hati bagi…so jalan terbaik sebelum isteri start balik kerja lepas cuti 3 bulan, makesure training dulu tidurkan anak tanpa bantuan isteri..ajar guna botol susu awal2..(guna susu ibu ye…lagi bab mencabar nak manage susu )
Kena Jadi Pendengar Masalah
2. Kadang-kadang isteri jururawat ini dia mahukan perhatian suami untuk meluahkan perasaan dia apa yang berlaku di tempat kerjanya..kita sebagai seorang lelaki yang bernama suami kena jadi pendengar yang baik..walaupun kadangkala, ianya mungkin benda kecil…bukan masalah pesakit je dia akan cerita..masalah relatif lebih pada pesakit, masalah kawan,masalah dekat wad, masalah sister, matron, doktor, pengarah pun termasuk skali..sebagai suami dengar je la..jangan buat tak layan..lagi bertambah tension dia..bukan apa, dia sekadar meluahkan je..dengan cara tu je boleh buat hilang moody dia..tapi ingat jangan sampai membawang sudah..
Cuti Berbeza
3. cuti tak sama..contoh kalau kita cuti sabtu ahad..memang jarang isteri akan cuti skali..kalau kita nak cuti sekali, pastikan kita beritahu awal sekurang-kurangnya 2 minggu lebih awal.. tu pun kalau tak ramai yang minta cuti..isteri pun kena faham jugak dgn kawan-kawan dia yang lain..jangan asyik dia je yang cuti..asal hujung minggu je dia yang cuti..asal cuti hujung minggu je mesti dia.. makesure bagitahu awal-awal , sebab jadual nurse keluar 2 minggu sekali..sebagai suami kenalah faham..jadi hujung minggu pun korang kena kerja jaga anak..dah jodoh dengan nurse kan..hihi
4. cuti time hari raya..samada raya puasa atau raya haji..kalau hari raya pertama isteri kerja pagi, kenalah hantar anak2 ke rumah saudara mara kita yang berdekatan supaya dapat sembahyang raya..Kalau jauh dari keluarga, suami kenalah jaga anak..takkan la suami dgn anak2 nak balik kampung..kesian la dekat isteri.. memang ikutkan suami nak bersama keluarga..kalau jarak kampung dekat mungkin tak ada masalah nak pergi balik..ni situasi kalau kampung jauh…thun ni alhamdulillah pengasuh jga anak..alhamdulillah syukur sangat dapat pengasuh yang baik hati..yang sangat memahami.
Kes Viral
5.. Selalu ada isu negatif yg diviralkan oleh pihak tidak bertanggugjawab pasal jururawat..pantang ade silap sikit, terus nak viral.. Itulah yg sering perlu kita ingatkan pd isteri dan berikan dorongan supaya jgn rasa kecewa, marah atau geram; dan sentiasa bersabar. Anggaplah itu sbgai asam garam dlm kehidupan seorg jururawat.. biarlah mereka jd keyboard warrior..sebab mereka ta merasa..klau ikutkan tahun ni sahaja dah berapa ramai nurse dan doktor yang maut lepas balik kerja demi menunaikan amanah..yang baik org tak nampak..yg tahu viral, maki, bla bla bla..
Isteri Balik Tak Pernah Ontime
6. isteri balik lewat..yg ni suami kena faham waktu bekerja seorang jururawat..dia tak kan sesekali balik ontime..kalau balik ontime memang tak ada pesakit sangat la tu dekat wad..tapi kebiasaannya jarang..sebulan skali pun susah..kalau isteri pergi kerja sendiri tak ada masalah..kalau suami perg hantar makesure tanya dulu nak sampai hospital pukul berapa..kalau tak jenuh menunggu..tambah-tambah lagi kalau ade kes pesakit meninggal time nak balik..nak tulis report lg..nak pass over lg..kena dapat kawan yang tak membantu alamatnya dengar la cerita terbaru nanti..hihi..kalau yg mengandung pula, dalam bujet 2018 najib cakap boleh balik awal satu jam..haha..tak ada maknanya untuk nurse..tambah satu jam lagi ada la..kalau boleh tak payah claim ot tak apa..ikhlaskan diri je…biar jadi saham dekat akhirat..tampung balik takut ade curi tulang ke..terbuat balik harta hospital ke..halal kan je la..
Famili Terdedah Pada Penyakit
7.kesihatan..yg ni paling kena jaga skali..terutamanya isteri dgn anak-anak time balik kerja..terutamanya bila isteri jaga pesakit yg banyak kuman..yang bru lepas kemo..terutama kuman yg berbahaya..anak-anak biasa lepas uminya balik kerja mesti nak peluk umi..nak suruh dukung..nak menyusu badan..yg ni tugas suami jaga dulu anak-ana..alihkan perhatian anak-anak sampai isteri siap mandi..rendam baju kotor..kalau boleh basuh terus..sebab anak-anak antibodi tak kuat..jd nak dapat penyakit tu senang.
8. Cabaran bila anak tak sihat…pengalaman saya masa anak sulung kena masuk wad sebab acute bronchiolitis..tak silap saya tiga kali masa umur satu tahun..alhamdulillah dia tak suspek ada asthma..tp disebabkan kerap masuk wad terpaksa on MDI salbutamol (inhaler)..masa anak tak sihat, peranan suami juga sangat penting..isteri bukan mudah nak ambil EL..kadang2 isteri fikirkan keadaan wad n kesiankan kwn2..kadang-kadang di wad tak cukup staf..bila tak cukup staf tambah-tambah lagi pesakit ramai, wad jadi busy..nak kencing, nak makan pun kadang2 tak sempat..dengan relatif suka komplen itu ini..dia tak tahu yang anak nurse tu tak sihat..ibu mana yang tak bimbang bilamana anak-anak tak sihat kan..kalau anak admit wad n isteri kerja shif malam terpaksa la si suami jaga..yang kerja dekat dengan saudara mara boleh la tolong jagakan anak2 yang lain..yang jauh terpaksa la minta pertolongan pengasuh..alhamdulillah kami dapat pengasuh yang sangat baik dan memahami..masa anak sulung masuk wad, pengasuh sanggup jaga satu malam si adik…masa anak demam pulak, suami jangan nak berangan tidur cukup..kalau boleh setiap satu jam jerlum anak..monitor suhu 24 jam..bahaya bila anak2 kecil demam panas..bila kahwin dengan nurse, automatik suami akan pandai jd jururawat untuk anak-anak..
Kerja Shift
9. Jadual @ Roster yang memenatkan..
Bagi saya ada dua jadual yang boleh dikatakan memerlukan pertolongan suami..
Pertama..> contoh bilamana hari ni isteri shif petang dan keesokkannya shif pagi..(bg kami umah yg jarak 13km je ke hospital ok sikit berbanding kwn2 isteri yg rumah nye jarak yg sgt jauh dgn hospital..perjalanan mkn masa sejam..sejam lebih pon ade)Bila ada pesakit masuk ke,ada meninggal time nak balik..memang menguji kesabaran cik2 misi time tu..??..Kalau boleh ,kite tidurkan dulu anak sebelum isteri sampai..kalau anak xnak tido, kite jagakan dulu anak bagi isteri rehat..lagi dia penat bilamana dia dalam fasa breastfeed anak..kalau sempat pam susu kt wad alhamdulillah..kalau x, bile sampai rumah mmg nampak isteri penat & dalam keadaan menahan sakit breast engogement..kadang2 dekat wad nak pam susu xsempat sebab wad terlampau sibuk..Kebiasaannya lepas bersihkan diri,isteri mesti nak pam susu sekejap..utk ebm..syg kalau tak pam..jadi stress bila buka peti ais, stok susu dah kurang..bila stress, kuantiti susu boleh turun..masa ni la suami kena main peranan..kena layan anak2 dulu..bese anak pon same nk menyusu bile nampak umi nye..sebelah menyusu..sebelah lagi pam..suami mesti tlg mse ni ye..setting alat2 pam sume.isteri xde la stress bile suami sentiasa support dalam penyusuan anak…bab susu nanti saya sambung kemudian.
Yang kedua..> Bila shif malam jatuh hari jumaat dan sabtu..automatik isteri akan balik pagi sabtu dan ahad..
Balik dalam keadaan anak masih tidur lagi tak ada masalah..bimbangnye anak2 dah terjaga tunggu ibunya balik..pernah juga saya suruh isteri tidur dulu dekat wad, tengahari baru balik..(pernah la sekali dua)..untuk dapatkan rehat yg cukup…kadang2 bawa anak2 keluar pergi jalan2 dulu..bagi isteri rehat secukupnya dulu sebab dah satu malam berjaga..jangan kata isteri kuat tidur pula..(kalau ade yg kate isteri kuat tdo maknanya masih tak faham tugas isteri)..bagi yg tempat kerja jauh..ambil masa perjalanan lebih setengah jam, lebih baik tidur/rehat dulu atau suami yg hantarkan..tak digalakkan memandu dalam keadaan mengantuk..ingatlah keluarga yg tersayang tp kadang2 ade situasi yg xboleh dielakkkan yg memang perlu diri sendiri drive ke tempat kerja even tempat kerja sgt jauh..ape pon semoga Allah sentiasa memelihara kita walau dimana kita berada..aamiin..
10. Check up isteri atau anak..yang ni bukan utk suami nurse sahaja..untuk semua suami yg bakal menerima cahaya mata pertama atau kedua atau ketiga dan seterusnya..kalau boleh temankan isteri check up.. untuk nurse, cabaran dia lepas shif malam ada appoiment..dengan mengantuknya lagi..nak kena tunggu que lagi..time tunggu que tu la dia nak tersengguk-sengguk..kan bagus kalau ada bahu untuk bersandar..mesti isteri rasa berbesar hati bila ada suami temankan..banyak kebaikkan bila suami temankan.. isteri kadang2 bukan ingat semua apa yang doktor bagitahu..bila ada masalah contoh hb kurang, kencing kotor,ada masalah lain ke, tak da la isteri rase keseorangan..ada la jugak tempat untuk meluah..kalau boleh suami follow up selalu..jangan sampai berapa bulan dah kandungan pun tak tahu..bila appoiment seterusnya pun tak tahu..lagi bangga isteri kalau si suami dapat pergi appointment anak tanpa bantuannya..nurse yang periksa anak pun rasa kagum kalau si ayah dapat jawab soalan tentang perkembangan anak2..makesure jangan tergagap-gagap time jawab..hihi….so, si suami berkorbanlah sedikit dan pergilah temankan isteri pergi check-up..ia sangat berharga bagi isteri walaupun mungkin kita tak sedari..
Sekadar itu sahaja yg saya dpt kongsikan pengalaman..tak kira la isteri kerja nurse ke, cikgu ke, doktor ke, saling memahami antara satu sama lain sangat penting..bersabar dgn isteri dan anak2 insyaAllah rumahtangga kita akan bahagia..jangan lupa berdoa kpd Allah semoga urusan kita semua dipermudahkan..
Tanggal 21 Mac adalah merupakan hari istimewa bagi meraikan mereka yang menghidapi sindrom down di seluruh dunia. Sehubungan dengan itu, kami kongsikan kisah seorang ibu yang dianugerahkan anak syurganya yang bernama Muhammad Aqmar Bin Muhammad Amin, 12 tahun dan kini bersekolah di Ppdk Tunas Sri Teruntum.
5 KEHAMILAN 5 PERASAAN BERBEZA
Anak sulungku Down Syndrome. Kelahiran pada usiaku 26 tahun. Aku mengetahuinya setelah anakku ke luar ke dunia dengan masalah jantung dan tandatanya mengapa bayiku tidak diserahkan kepadaku untuk disusukan. Allah tidak mengujiku semasa kehamilan. Hanya cabaran muntah teruk dan hamil bersendirian di Borneo tanpa suami dan keluarga disisi. (2006-2007).
CABARAN SELEPAS LAHIR ADALAH TENTANG PERANCANGAN KELUARGA
Hari pertama kelahiran, dengan anak yang tiada disisi, terus dihujani dengan pertanyaan nurse ” macam mana awak nak buat perancangan keluarga selepas ni?”. Pertanyaan yang tak terjawab sebab 3 orang doktor berlari-lari menemuiku di katil pesakit dan menyatakan, “ibu, anak ibu abnormal”.
2 minggu kemudian, datang appoinment doktor seterusnya untuk lihat perkembangan bayi dan penerimaan ibu bapa. Ditanya juga tentang perancangan keluarga.
Ketika usia anakku 10 bulan, kami dirujuk kepada pakar O&G tentang perancangan kehamilan dan risiko yang wujud. Bertekak juga dengan doktor, kalau Allah bagi rezeki bukan kami nak tolak. Kami tak menggunakan apa-apa perancang keluarga pada masa tu.
Ini baru anak pertama. Keinginan menambah anak memang ada. Tapi bagi ibu yang punya anak DS pastinya ada trauma untuk mengandung lagi. Takut-takut kandungan seterusnya mengalami nasib yang sama. Macam mana perkembangan anak istimewa kalau mempunyai adik lagi. Adakah perkembangannya akan terabai. Ada pro and kontra kalau menjarakkan kehamilan atau mendapatkan anak dalam tempoh terdekat.
Kalau jarakkan kehamilan, tumpuan yang lebih dapat diberikan kepada anak istimewa. Kalau dapat adik awal, ia dapat membantu perkembangan si abang dalam sama-sama bersaing dan membantu abangnya. Ada juga keluarga yang berjaya meningkatkan potensi perkembangan anak istimewa dengan kelahiran yang dekat. Yang pasti aku tak mau hamil bila usiaku 35 tahun. Risikonya nanti lebih besar.
KEHAMILAN SETERUSNYA
Ditakdirkan Aqmar 11 bulan, aku mengandung lagi. Ketika appoinment dengan Pakar Paediatrik Hospital Likas ketika usia kandungan ke2 12 minggu aku menyatakan aku mengandung.
Terus Pakar Paediatrik menghubungi Pakar O&G dan petang itu juga aku perlu berjumpa segera dengan Dr. Carol Lim untuk pemeriksaan lanjut. Urusan temujanji dari hospital dan hospital yang sama cepat dah mudah. Dr. Carol bersyukur kerana belum mencecah 13 minggu. 13 minggu adalah minggu terakhir jika aku ingin buat ujian darah untuk saringan abnormaliti. Darahku di ambil di Sabah dan akan dihantar ke Lab di KL. Bayarannya RM300 ketika itu. First Trisemester Screening untuk mengetahui 3 masalah genetik utama melibatkan kromosom 21, 18 dan 13. Down’s Syndrome, Edward’s Syndrome dan Patau’s Syndrome.
Hasil blood test menunjukkan ratio aku untuk mendapatkan anak DS pada kehamilan ke 2 rendah. Walaupun ratio aku untuk mendapatkan anak DS 2 kali ganda daripada wanita normal tapi tidak perlu dirisaukan. Detail scan dibuat. Bilangan tulang tengkuk dikira.. cukup, ketinggian batang hidung, jarak ibu jari kaki diperiksa. Keadaan jantung sama berlubang atau tidak diperiksa, begitu juga dengan clef bibir. Itu prosedur yang kulalui dari kandungan 13 minggu hingga 9 bulan.
Jika aku nak kepastian YA @ TIDAK anak itu DS, aku boleh buat test air ketuban. Tapi Dr. Carol tidak galakkan sebab risiko untuk gugur jika buat Test Air Ketuban adalah 1:250 akan gugur. “kita takut yang gugur itu normal”. Begitu prihatin Dr. Carol dalam hal menjaga nyawa.
Dari awal pertemuan dengan Dr. Carol, aku diterangkan semua prosedur yang dibuat hanya 99% pasti. 1% lagi ketentuan Tuhan. Dr. Carol mengingatkan ” NO LEGAL ABORTION FOR DOWN SYNDROME IN MALAYSIA”. Walaupun ada negara lain di dunia membenarkan. Di Malaysia, jika kandungan tidak mengancam nyawa ibu atau anak, tidak boleh digugurkan. Down Syndrome boleh hidup. Kalau betul anak itu sah DS, hanya kaunseling yang akan diberikan.
Jadi, sepanjang kehamilan, aku berdoa tak putus-putus walaupun kadang-kadang ada night mare juga terutamanya bila menginjak 8 bulan. Alhamdulillah kandungan ke2 ku normal dan begitu juga dengan kehamilan ku seterusnya.
Anak-anak mama.. dari kandungan lagi mama ajar kamu menerima abang istimewa kamu seadanya. Mama tak akan membebankan kamu untuk menjaga abang kamu. Anak-anak mama akan mama pastikan dapat mengejar impian kamu masing-masing.
Terima kasih kerana memahami mama, abah dan abang kamu. Tiada beza pun kita disisi Tuhan tetapi kedudukan abang kamu lebih istimewa. Maafkan mama seringkali mama tak mampu buat yang terbaik untuk kalian.
Selepas melalui detik duka ketika keguguran beberapa bulan yang lalu, pengacara dan pelakon, Uyaina Arshad berkongsi khabar gembira kini hamil anak kedua.
Menerusi Instagramnya, Uyaina berkongsi cerita kehamilannya keduanya sebagai penutup tirai 2023.
Uyaina yang kini sudah pun berada di trimester kedua kehamilannya meluah rasa syukur malah cukup teruja untuk menyambut bayi keduanya pada tahun baru.
“Salam semua. Kami ada berita gembira untuk dikongsikan. Alhamdulillah syukur padaMu Ya Allah, kami bakal menyambut kelahiran anak kedua.
Untuk pasangan yang sedang ikhtiar hamil, jom sertai grup komuniti ‘Pejuang Garis 2 Pa&Ma’ untuk mengikuti pelbagai aktiviti yang dianjurkan serta peluang untuk memenangi pelbagai hadiah best.
JKM kesan waris tiga beradik yang berada di bawah perlindungan sejak 2023. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi JKM bagi membantu proses penilaian dan kebajikan kanak-kanak tersebut.