“Itulah Suami Saya Dari Umur 22 Tahun kini 51.” Zarina Zainuddin Dedah Kisah Kenal Suami, Terima Kasih Buat Madu & Anak Tiri!

Share

Bukan mudah hidup berpoligami, namun berbeza dengan Zarina Zainuddin dan madu nya.

Berbagi kasih sayang satu perkara yang menjadi ‘kepantangan’ kaum wanita.

Dengan kata lain tidak semua orang mampu berbuat demikian, apatah lagi berbaik antara satu sama lain.

28 tahun hidup bermadu, mereka membuktikan tidak semua poligani Itu pahit, dan tidak mustahil untuk madu-madu memiliki hubungan yang baik.

Dalam satu perkongsian,  pelakon dan usahawan ini menyingkap kembali momen mengenali sang suami sehingga mendirikan rumahtangga.

Saya nak share satu cerita

“Dimana permulaan sejarah saya kenal dengan suami saya diwaktu itu saya begitu takut nak berkawan dengan lelaki saya rasa lelaki semua jahat semua suka nak ambil kesempatan lagi lagi pada wanita seperti saya .. tiada yang jujur ..

“Di usia saya 22 saya berkenalan dengan seorang lelaki yang jujur menceritakan kisahnya mula2 bercinta dengan isterinya . dari zaman isterinya tingkatan 2 lagi .. dia cakap bukan senang dia nak rebut hati isterinya.

Bukan mudah untuk mereka berkahwin, suaminya hampir- Hampir kena tembak. Bahkan ketika suami menyuarakan hasrat mengambilnya sebagai isteri,  Zarina tidak terus terima. Sebaliknya dia mengenakan beberapa syarat.

“Sampai nak kena tembak dengan arwah bapa isterinya dengan senapang patah.. last2 dia dapat jugak kawin .. Cintanya memang cinta mati dengan isterinya .. saya suka dengar dia cerita betapa dia sayang isterinya.. bila dia ajak saya kawin saya cakap bawak jumpa isterinya dulu .. dia berani bawak saya jumpa minta izin .. his a gentelman ..

Kahwin bukan atas dasar cinta dan sedar berkongsi kasih,  Zarina bagaimanapun bersyukur suaminya tidak pernah sia-siakan dirinya.

Walau saya kawin tanpa cintan cintun tapi dia tak pernah sia2 kan saya .. perempuan perlu apa . perlu di hormati ,di hargai ,di sayangi selebihnya kita boleh usaha sendiri .kemana kau pergi ingat jaga diri jaga solat jaga maruah selamat dunia akhirat .. semua orang buat salah dari salah kita betulkan diri kita .. Insyaallah ♥️

Dalam pada itu, Zarina turut menitipkan Ucapan terima kasih buat madu serta anak-anak tirinya kerana menerima dirinya.

“28 years bukan masa yang sedikit.. terima kasih abah terima kasih kak shimah dan anak anak tiriku terima diri ini seadanya .. terima kasih mak kenalkan ina dengan insan yang bernama suami .. orang banyak tanya itu suami kedua awak ke ..🥲.. itu lah suami saya dari umur saya 22 tahun lagi sehingga kini 51 tahun 🌷


ARTIKEL MENARIK: “Daripada 7.8 Billion Manusia, Kamu Bertakhta Di Hati.” Aksi Malu-Malu Heliza Bikin Terhibur, Sweetnya Ucapan Suami

ARTIKEL POPULAR: “Ditanya Nak Hadiah Apa, Saya Cuma Nak DOA.” Suami Dedah Sebab Pilih Heliza, Resepsi Dihadiri Ilmuan, Alunan Al-Quran & Tazkirah

“Selepas 35 Tahun, Bertemu Jua Pemilik Tulang Rusuk.” Mas Kahwin Senaskhah Al-Quran, Heliza Helmi Selamat Bergelar Isteri


Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club

Mesti korang teringat kartun-kartun zaman dahulu? Siapa yang selalu terpacak depan TV mesti tahu banyak kartun. Berapa banyak agaknya yang adik-adik BK kita ni tahu pasal kartun popular tahun 90-an dan awal 2000. Follow dan subscribe Youtube Channel @BintangKecilMy
#BintangKecilMy #BintangKecil #KitakanJuara

 

 

 

 

IKLAN