“Jadi Lelaki Jangan Suka Duduk Rumah.” Bawa Anak Belajar Erti Susah Cari Duit, Perkongsian Ayah Ni Buat Warganet Terharu!

Share

Kesusahan mengajar erti kesabaran dan kehidupan yang susah juga membuatkan seseorang itu belajar untuk menghargai dan tahu akan tanggung jawab yang di pikul.

Lebih-lebih lagi tanggung jawab sebagai ketua keluarga. Bukan hanya tahu mencari nafkah semata-mata, namun tanggung jawab dalam membimbing keluarga terutama anak-anak juga harus dilaksanakan.

Inilah yang dikongsikan oleh seorang bapa di Facebook baru-baru ini, memaparkan bagaimana dia memberi pendedahan kepada anak lelakinya sukarnya mencari rezeki.

“Terima kasih teman ayah kerja. Nah gaji utk hari ni! Ingat Long hidup tak semudah yg disangka, org lebih gemar bercerita buruk dari kebaikan. Ayah cakap ni sbb bila ayah sudah tiada semua ni awak punya. Tanggungjawab awak besar. Jadi lelaki jangan suka duduk rumah.”

Kredit: Jai

IKLAN