Namanya meniti di bibir masyarakat dek caranya berdakwah lebih moden dan terbuka terutama dalam menangani isu sosial di kalangan masyarakat . Pencetus Ummah ( PU) Mohammad Amirul Amin Maula LokmanHakim.
Jujur mengakui sangat sibuk dengan aktiviti dakwahnya menyebabkan masanya agak terhad dengan anak-anak. Begitu pun, PU Amin bijak ‘mencuri’ masa supaya anak-anak dan isteri tidak terabai.
“Biasanya saya memang sangat menitikberatkan disiplin masa pada anak-anak. Awal pagi saya akan peruntukkan bersama anak-anak.
“Ada masa kami makan depan televisyen ramai-ramai sambil tengok kartun atau sebagainya, ada masa makan di meja. Tetapi satu yang saya amalkan adalah terapkan pada anak-anak, dahulukan orang tua untuk mengambil makanan dengan pelawa ibu bapa terlebih dahulu.
“Itu yang dipraktikan oleh ibu bapa saya dulu dan kini diturunkan pula pada anak-anak saya. itu cara kita mendahulukan orang lain.
“Kebiasaannya jika ada perkara yang mereka buat saya marah, saya akan denda mereka. manakala jika mereka berbuat baik saya akan bagi ganjaran dengan memberikan bintang.
“Selepas itu, saya berikan hadiah supaya ada sifat bersaing untuk membuat baik dan disiplin selain mereka rasa pendidikan itu saya benda yang membebankan,”jelas PU Amin sambil memberitahu peranan isteri sangat besar dalam mendidik anak selain ibu bapa yang menjadi mata dan telinga untuk anak-anaknya.
Mengakui pernah meninggalkan isteri dan anak-anak 2-3 bulan sewaktu melakukan penggambaran program, dia cukup berterima kasih dan bersyukur dengan peranan yang dimainkan oleh isterinya sewaktu ketiadaannya.
Ads
“Pernah dulu saya terbabit dengan penggambaran berbulan-bulan sehinggakan anak yang kedua dari kecil sudah besar, tetapi mereka berada dalam keadaan yang baik berkat asuhan isteri.
“Walaupun isteri sibuk dengan kerja, tetapi dia masih boleh memainkan peranan yang besar dan boleh dikatakan mampu menguruskan anak-anak.
“Walaupun bebanan kerja dan tanggung jawab yang besar, tapi anak-anak berada dalam kawalan dan jagaan yang baik. Dalam keluarga isteri juga bantu menjadi tulang belakang dalam membina anak-anak.
Ads
“Sesebuah keluarga tidak akan dibina dengan baik jika suami isteri tidak saling memainkan peranan masing-masing,” tegas PU Amin lagi sambil memberitahu dia dan isterinya berkahwin dalam usia yang masih muda dan ketika itu sedang menuntut di universiti.
Beliau yang bertemu jodoh ketika masih belajar mengakui berkahwin pada tahun 2012 dalam tahun kedua di Universiti Al-Azhar.
“Kami dikurniakan anak sulung ketika saya berada di tahun 4 dan menariknya sewaktu mengambil keputusan untuk berkahwin, keluarga tidak bersetuju.
Ads
“Mereka bimbang pengajian kami terabai sementelah waktu itu belum ada yang berkahwin ketika belajar. Jadi, kami buat satu janji akan dapat keputusan yang cemerlang dalam pengajian. Kebetulan kami memperoleh biasiswa dari pihak zakat Selangor.
“Selepas berkahwin, kami tinggal dan belajar bersama-sama sehingga dapat mencapai kejayaan yang cemerlang. Itu menjadi motivasi kepada pelajar lain yang ingin mendirikan rumah tangga. Untuk pasangan lain, elakkan dari menggunakan alasan berkahwin kerana mahu menghalalkan pergaulan, seks dan sebagainya.
“Sebaliknya kenal pasti terlebih dahulu pasangan sebelum serius. Kena ada ilmu rumah tangga, disiplin diri, dan sahsiah diperelok terlebih dahulu. Bila kahwin wajib keluar nafkah. Justeru kena ada wang dan simpanan dan tidak menganiayai isteri mahupun keluarga kita.
“Itu benda yang wajib iaitu ilmu dan kewangan yang kukuh. Kena usaha untuk naik taraf kehidupan dengan memberi kesempurnaan dan kelengkapan yang membawa kita dekat dengan Allah. Jika kaya dan berjaya itu boleh dekatkan kita dengan Allah, maka kena berusaha ke arah tersebut.
“Jangan guna alasan elak maksiat sedangkan nafkah tidak diberi dan tidak pandai melayan pasangan dengan baik. Bebanan yang perlu ditanggung bukan sekadar menanggung masalah sebaliknya dia perlu menanggung ilmu yang banyak sebelum menanggung manusia.
Fahami kehendak fisiologi isteri. Insyaallah isteri akan tenang dan bahagia. Sebenarnya isteri tidak memerlukan rehat yang banyak untuk mereka bahagia. Sebab itu kita tengok isteri boleh hadap kerja rumah 24jam.
Perhatikan. Dalam masa yang sama mereka boleh buat dua atau tiga kerja. Sambil goreng ikan boleh mandikan anak,boleh basuh pinggan, boleh mop lantai. Boleh bisnes online. Eh siap boleh order barang online depan kuali? Fuh.. hebat الله cipta otak wanita. inilah yang dipanggil ‘otak multitracking’,yakni boleh bagi tumpuan kepada banyak perkara dalam satu masa. Sebab itulah jangan pelik kalau mereka masuk mall rambang mata.
Kenapa Isteri Stres
Tapi.. apa yang buatkan mereka stress? Bukan sebab tidak cukup rehat. Sebab hormon oxytocin mereka turun secara mendadak bila stress. Kenapa stress? Sebab tiada tumpuan,perhatian,belaian dari suami. Hormon cortisol meningkat,mereka akan nampak lesu,kusam,suka makan makanan manis sebab cortisol telah bakar gula dalam darah.
Suami Kena Jadi Pendengar Setia
Rupanya isteri kita ini,apabila mereka penat bukan sahaja perlu rehat,tetapi perlukan belaian,pelukan dan paling penting suami perlu jadi PENDENGAR yang setia. Dengar dengan penuh tumpuan,tatap wajah mereka sambil pegang tangan dan peluk dia dengan erat sambil gosok-gosok belakang mereka. Yes! Waktu ini oxytocin hormone mendadak naik.
Jadi para suami rajin-rajinlah peluk isteri bukan sahaja ditempat tidur. Nampak isteri penat pergilah peluk dia,ajak anak peluk sekali. Dalam masa yang sama oxytocin dalam badan lelaki juga akan meningkat. Dengan pelukan kita akan jadi lebih tenang dan boleh buat banyak keputusan yang baik.
“Kata-kata hadis ‘tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad’ juga sentiasa jadi pegangan, kerana itulah Tok Wan tidak endahkan pandangan negatif,” katanya.
Meskipun sudah berstatus moyang yang mempunyai 38 cicit, namun seorang warga emas berusia 87 tahun membuktikan usia bukan penghalang untuk menggenggam segulung ijazah.
Wan Zainun Wan Abd Manan yang berasal dari Kuala Terengganu dan merupakan bekas pendidik menerima Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam pada Majlis Konvokesyen ke-23 Universiti Terbuka Malaysia (OUM) di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini semalam.
Pada majlis berkenaan, Wan Zainun yang bersara sebagai guru besar di Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Tunggal, Kuala Terengganu pada tahun 1987 turut dipilih sebagai penerima Anugerah Khas Pembelajaran Sepanjang Hayat.
Lebih mesra dipanggil Tok Wan, dia berkata, biarpun pernah menerima pandangan sinis kerana masih belajar pada usia emas namun semua itu dianggap pemangkin semangat untuk membuktikan usia bukanlah halangan.
“Tok Wan memang minat belajar, dalami ilmu kerana dengan belajar buatkan diri rasa lebih sihat kerana otak sentiasa berfikir. Tambahan pula buku sudah jadi kawan karib sejak dulu lagi kerana Tok Wan bekas pendidik.
Wan Zainun berkata, sepanjang tempoh belajar bermula tahun 2014 lalu, beliau akui menghadapi kekangan tertentu tetapi semua itu tidak pernah lunturkan semangatnya.
“Cabaran paling besar ialah teknologi, Tok Wan tidak tahu gunakan internet. Namun atas sokongan seluruh ahli keluarga terutamanya menantu yang sanggup ambil dan hantar Tok Wan ulang alik dari rumah ke kampus, beli buku-buku, bantu cari maklumat di internet, syukur akhirnya Tok Wan berjaya,” katanya yang telah kehilangan suami pada tahun 2000.
Tambah Wan Zainun, kejayaannya itu diharapkan menjadi pemangkin semangat kepada cucu cicitnya agar sentiasa mencintai ilmu selain contoh kepada warga emas seusianya agar tidak jadikan umur sebagai halangan untuk belajar.
Kejayaan dan kegembiraan warga emas yang turut mempunyai tujuh anak serta 29 cucu itu dikongsikan kepada Sinar Harian ketika ditemui selepas majlis konvokesyen.
“Apabila kita sentiasa belajar ia akan jadikan kita sentiasa berfikir sekaligus jadikan diri semakin sihat. Jika keadaan mengizinkan, Tok Wan berhasrat untuk menyambung pengajian di peringkat lebih tinggi lagi selepas ini,” katanya.
Sumber: Sinar Harian
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sebagai ibu bapa, kita pasti mahukan segala yang terbaik buat anak-anak. Salah satunya, mendidik anak mencintai Al-Quran sejak kecil adalah impian setiap ibu bapa. Sebagaimana yang dipaparkan oleh selebriti Yana Samsudin yang memuat naik video mengajar anaknya, Aisy Mateen mengaji walaupun baru berusia 3 tahun.
Lebih mengujakan, anaknya tetap duduk bersamanya mengikut bacaan surah oleh Yana. Lazimnya anak sebegini, tidak akan duduk diam. Nyata, didikan yang sempurna akan membentuk seseorang anak itu mendengar kata ibu bapa.
Nyata, naluri keibuan Yana begitu kuat sehingga anaknya mengikut bacaan surah walaupun dalam keadaan pelat. Bak kata perpatah, anak ibarat kain putih,ibu bapalah yang akan mencorakkannya” bagi membentuk membentuk keperibadian anak itu. Sungguh inspirasi!
“Aisymateen baca Al Fatihah mommy baca Al Ikhlas.”
Dalam pada itu, peminatnya melahirkan rasa kekaguman melihat cara Yana mendidik anaknya. Biarpun masih kecil Yana telah mendedahkan anak dengan persekitaran mencintai Al-Quran.
Sumber: Instagram Yan Samsudin
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di