Hidup berumahtangga perlukan tolak ansur. Sama-sama berkorban untuk membesarkan anak-anak. Paling penting usaha dari isteri dan suami terutamanya perlu kuat untuk memikul tanggungjawab yang digalas.
Isteri tak perlukan lebih, cukup hanya seorang suami yang mampu jalankan tanggungjawabnya membimbing isteri dan anak ke jalan Allah dan menyediakan kelengkapan cukup sempurna sebagai tanggungjawab dan amanah hidupnya. Isteri pasti tak berenggang.
Perkongsian penulis keibubapaan, Firdaus Shakirin ini patut para suami jadikan panduan dalam menjalani kehidupan berumahtangga yang bahagia. Suami perlu jadi suami terbaik dahulu, insyaallah rumah tangga aman bahagia.
Nak jadi seorang suami yang baik? Mudah ja. Nak jadi seorang suami yang baik sebenarnya tak susah, mudah sangat.
1. Patuhi dan laksanakan tanggungjawab.
Tunaikan nafkah zahir dan batin. Bagi isteri tempat tinggal yang selesa, makan minum yang secukupnya, pakaian yang bersesuaian yang menutup aurat, perubatan dan perlindungan. Jaga aurat, maruah dan kehormatan isteri walau dimana saja kita berada.
2. Keluar cari rezeki.
Bangun awal pagi, setiap hari dan keluar bekerja untuk ada pendapatan. Tak kisahlah kerja swasta, kerja kerajaan, berniaga, jadi runner makanan atau jual insurans. The point is, bekerja atau berniaga untuk ada pendapatan yang halal supaya pendapatan tu boleh digunakan untuk menunaikan tanggungjawab kepada isteri.
Ads
3. Tahu bila patut keluar melepak atau buat hobi.
Bukan tak boleh lepak, ride, memancing, hiking atau masuk hutan, tapi perlu tahu bila sepatutnya kita buat semua perkara-perkara tu. Ambil kira kekerapan kita buat smua tu dalam masa seminggu atau sebulan dan tengok situasi/keadaan kita dan isteri. Adakah keadaan membenarkan kita untuk melakukan semua perkara-perkara tu, adakah isteri tiada masalah untuk kita buat macam tu dan lihat keutamaan kita sebelum membuat keputusan.
4. Tiada ego dan rahsia dalam rumahtangga.
Kalau buat salah, mengaku buat salah dan jangan di tuding jari pada pihak yang tak buat salah. Jangan ego sangat untuk mengaku, jangan pantang ditegur dan jangan tak boleh dinasihat. Jika atas nama kebaikan, maka tiada had bagi seorang isteri untuk terus tegur dan nasihat suaminya.
Bila dah jadi suami, its not you r always right beb, jangan sembunyikan apa-apa dari isteri. Kalau ada masalah kewangan, bagitau isteri, jangan buat pinjaman peribadi then dah tak boleh nak bayar, baru bagitau isteri. Susah, tak ada duit, cakap tak ada duit, jangan bahagiakan atau senangkan isteri dengan penipuan.
5. Bila dah senang, jangan lupa siapa yang ada ketika kita susah.
Kaum isteri paling takut bila suaminya senang dan dah stabil…sebab? Kesenangan suami akan menjadi satu ujian untuk dirinya sebab kebanyakan orang akan lupa diri bila kehidupannya dah bertambah baik.
Sentiasa berpijak di bumi yang nyata dan ingat siapa yang bersama kita ketika kita ni tak ada apa-apa, ketika kita ni bukan siapa-siapa dan tiada apa-apa.
Ads
6. Adil dan saksama untuk ibu dan isteri sendiri.
Tak boleh melebihkan mana-mana pihak hatta ibu sendiri atau isteri. Sayang macam mana pun pada isteri, tanggungjawab pada ibu masih wajib untuk dilaksanakan. Patuh dan taat macam mana pun pada ibu, jangan sampai abai dan menganiaya isteri sendiri.
7. Jangan tinggal solat, jaga hubungan dengan Allah.
Saat kau tinggal solat, maka saat itu kau akan mudah terpengaruh dengan perbuatan jahat. Saat kau tinggal solat, maka saat itulah hidup kau akan berubah 360 darjah.
Hati akan keras, ego akan melangit, rezeki makin sempit dan kau akan makin jauh dari akhirat sebab kau dah dibuai dengan nikmat duniawi yang sifatnya sementara sahaja. Jika Allah pun kau boleh tinggalkan, apatah lagi manusia.
Ini sebahagian sahaja, tapi kalau mampu jaga tujuh points ni, maka insyaAllah hubungan kita, rumahtangga kita akan baik-baik sahaja.
Untuk pasangan yang sedang ikhtiar hamil, jom sertai grup komuniti ‘Pejuang Garis 2 Pa&Ma’ untuk mengikuti pelbagai aktiviti yang dianjurkan serta peluang untuk memenangi pelbagai hadiah best.
Pelakon dan pengacara, Uyaina Arshad jarang berkongsi kisah mengenai perkembangan anaknya, namun baru-baru ini dia telah mendedahkan dia hanya berpeluang untuk menyusukan anak lelaki, Raja Urhan cuma kurang dua minggu.
Menerusi posting di Instagram (IG), Uyaina berkata anaknya Urhan mengalami masalah lidah pendek atau ‘tongue tie’ pada minggu pertama selepas dilahirkan pada 8 September lalu menyebabkan anak sulungnya itu sukar untuk menyusu.
Tak semua ibu diberi rezeki untuk menyusukan anak mereka. Sedih juga bila nak diingatkan. Tapi, rezeki Urhan cuma dapat menyusu badan kurang dari 2 minggu sahaja.
Ia bermula apabila kami mendapati Urhan mengalami masalah lidah pada minggu pertama selepas dia dilahirkan. Dia mengalami kesukaran melekap.
Bila menyusu badan je, dia menangis macam kena pukul. Dah jadi macam force-fed pula. Sebab lepas dua hingga tiga kali dia latch, pastu dia akan terpaksa release (lepaskan). Risau sebab dia tak minum susu secukupnya.
Kami bawa dia pergi doktor. Bawah lidah dia digunting sikit untuk release tongue-tie itu. Lepas itu kita pantau lagi. Tapi dia still tak boleh latch. Masih sama.
Bawa pergi jumpa doktor lain pula untuk pendapat kedua. Rupa-rupanya tongue-tie tu tak fully released.
Doktor kata perlu fully anaesthetic dan jalani pembedahan Urhan untuk betul-betul faham apa yang berlaku dengan lidahnya. Tapi doktor kata kena tunggu Urhan besar sikit. Dah lebih tiga bulan baru boleh buat sebab nak monitor berat dia dulu sebab masih kecil.
Tambah pemilik nama Saidatul Naseha Uyaina Arshad, dia sudah memberi susu formula sepenuhnya kepada Urhan selepas gagal pam susu.
Dalam pada itu, isteri kepada penyanyi Raja Syahiran ini akur dengan takdir yang telah ditetapkan oleh Allah SWT dan berpesan untuk para ibu yang mengalami situqsi sepertinya agar tidak perlu stres kerana menyusu ataupun tidak, mereka tetap bergelar ibu.
Semalam merupakan hari lahir arwah ayah pelakon cantik manis , Nur Fazura. Dia yang mesra disapa Fazura kini sedang hamil enam bulan memuat naik sekeping gambar dalam perkongsiannya meenrusi instagram.
Dalam perkongsian tersebut, Fazura mengenang pemergian arwah bapanya, Sharifuddin Adnan sempena tarikh hari lahir Allahyarham semalam. Fazura turut meluahkan rasa sayu membayangkan jika bapanya sempat melihat dirinya yang kini sedang hamil.
“Hari ini (semalam) merupakan hari lahir Allahyarham Papa, sekiranya dia masih ada, umurnya akan memasuki 64 tahun. “Tahun ini rasa sayu yang luar biasa, mengenangkan apa yang Papa rasa kalau dia ada depan saya sekarang, bila anak perempuan tunggalnya bakal melahirkan anak pertama.
“Rindu tak terkata, tapi saya tetap rasa dekat dengan Papa, syukur selalu dapat berdoa untuknya,” tulis Fazura di Instagram.Malah, isteri kesayangan Fattah Amin ini turut memohon orang ramai menitipkan doa buat Arwah ayahnya.
“Pohon saya, jika semua dapat titipkan doa buat Allahyarham Papa, Sharifuffin Bin Adnan, semoga rohnya sentiasa berada di dalam keredhaan dan kemuliaan Allah SWT,” tulisnya lagi.
Ada segelintir mengatakan bahawa menabung ini amat sukar untuk bertahan lama. Namun ada juga yang berjaya.
Apa yang pasti menabung memerlukan sikap displin dan semangat yang tinggi. Sebagaimana cara wanita ini, Wan Nor Adilah boleh dijadikan inspirasi untuk menabung.
Beliau mengunakan konsep menabung mengikut harian, mingguan dan bulan berdasarkan nilai wang. Hasilnya telah berjaya menyimpan RM4074 dalam tempoh setahun.
Seterusnya ikuti perkongsiannya
Tu diaaa. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit.. Ummi start 01 jan-31 Disember 2018 kumpul duit ni. Tahun 2017 tak berjaya sebab bulan 5 ummi ambik. Tahun 2018 bertekad tak nak usik.
Disamping ummi main kutu duit. Simpan la juga sikit-sikit. Menabung untuk masa depan. Ummi ni bukan kerja makan gaji. Tiap-tiap bulan ummi main kutu.
Kalo tak niaga kek duit tak masuk. Jadi ade peluang simpan la duit. Sekarang ni keluar rumah pun semua guna duit. Alhamdulillah dah masuk bank. Ummi siap buat buku tanda-tanda.
RM5- Yang ni ummi simpan setiap minggu 2 keping total ummi genapkan 108 keping jadi RM540
RM10- Yang RM10 pula ummi simpan 2 keping setiap minggu dapat 110 keping total RM1100
RM20- Yang ni ummi simpan 2 keping setiap bulan jadi rm500 25 keping
RM50- Ummi simpan setiap bulan genap.. Feb,april, jun, ogos,oktober,disember total RM300
RM100- Yang ni pula setiap bulan ganjil.. Jun, mac, mei, julai, september, november.. Total RM600
Ini hasilnya
Duit syiling kalo ada ummi masuk tabung. Alhamdulillah duit kertas RM3440 dan duit syilling RM634.total semua RM4074…. Insyaallah sambung lagi 2019..semoga ummi bertekad macam tahun lepas jangan buat separuh jalan.
"Suami gembira dapat anak perempuan lepas 10 tahun menanti kini dia sudah tiada" - Isteri Koperal Amiruddin Zabri. Sudah menanti selama sedekad untuk dikurniakan anak perempuan, namun kebahagiaan itu tidak bertahan lama.