“Jujurnya tiap kali tiba ‘musim’ GV, memang rutin seharian kami jadi agak berbeza. Jarang dalam makan luar sama-sama.
“Iyelah, kata orang ia acara tahunan. Jadi jadual Tok Ram agak padat sebab bermula Selasa, dia akan sibuk untuk persiapan konsert minggu seterusnya.
Demikian cerita penyanyi dan usahawan Datin Alyah tatkala berkongsi ruang masanya bersama suami, Datuk Ramli MS terhad setiap kali program Gegar Vaganza (GV) berlangsung saban tahun.
Begitupun, dia sudah terbiasa dengan situasi berkenaan memandangkan program realiti itu sudah pun berjalan lapan musim.
Malah dia turut menyokong rakan seperjuangan yang turut sama bertanding dalam program itu.
Ads
“Saya sedia maklum dengan situasi itu. Malah Aqil (anak saudara) yang sering isi masa bersama kami pun sudah faham. Bila ada sahaja iklan GV di kaca TV, dia akan cakap ‘uncle’ sibuk, tak boleh bawa jalan-jalan. Untuk ubati rasa rindu, mereka akan ‘video call’.
“Tapi saya percaya bukan Tok Ram saja yang sibuk, artis bertanding dan produksi pun turut sama beri komitmen yang tinggi. Masing-masing cari rezeki,” katanya.
Ads
Alyah ditemui pada majlis memerterai perjanjian di antaranya dan Kamya Glow di Kamya Glow di Bukit Jelutong, Selangor.
Sesi tersebut dilihat sebagai satu langkah mengembangkan kolaborasi perniagaan Datin Alyah bersama Kamya Glow di dalam bidang kecantikan dan kesihatan.
Ads
Sementara itu, Alyah ini juga terharu apabila lagu Thank You Allah kekal menjadi pilihan pendengar pelbagai peringkat usia.“Rasa bersyukur sangatlah… pada usia 40 tahun begini, kanak-kanak sampailah orang dewasa sukakan lagu kerohanian seperti itu. Ada yang kongsi di media sosial dan sebagainya. Terkejut juga saya. Saya tidaklah penyanyi viral sana -sini.
“Tapi bagi saya itu rahmat paling besar dariNya. Hakikat itu menjadi perkara terawal yang saya fikir apabila lagu tersebut cepat menangkap halwa telinga pendengar,” katanya yang bakal melancarkan single baru awal tahun hadapan.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Mendapatkan kembali bentuk badan sebelum bersalin bukannya mudah. Ada yang mengambil masa yang lama. Ditambah lagi bagi mereka yang melahirkan secara pembedahan. Tetapi ada juga yang mudah, ikut metabolisme seseorang itu.
Bagi selebriti atau artis, bab menurunkan berat selepas bersalin memang menjadi keutamaan. Termasuklah juga dengan pelakon yang satu ini. Biarpun baru melahirkan anak perempuannya, Datin Seri Zizie Izette dbaru-baru ini berkongsi cerita beratnya sudah turun 20 kg.
Terbaru dia memuat naik gambar ke akaun Instagram (IG) peribadinya sehingga mendapat perhatian peminat. Didalam perkongsian tersebut, Zizie berkongsi kisah perjalanannya menurunkan berat badan selepas bersalin.
“Gained 16 kg from my last pregnancy and lost almost 20kg in 44 days right after delivery.
What I had to do was to follow all @natalismothercare ‘s healthy menu every single day!
Of course, diri sendiri kena kuat x boleh cheat esp when u hv a room full of chocolate. ???
“But pls go easy on urself esp breastfeeding mothers out there.
Jgn terlalu berdiet smp susu badan jadi berkurangan & x berkhasiat. I always practice portion control and counting calories. Breastfeeding juga bnyk membantu bakar lemak.
“So utk kuruskan badan, selain rawatan2 dari Natalis, saya bnyk bg susu badan dan pump utk baby so badan saya bakar lebih calorie dlm satu hari since I’m a c sect mother and exercise is not an option for the first few months after delivery.
And my weight loss journey doesn’t end here.
“To look good, I need to lose another 10kg! I will take one step at a time.
Oleh kerana keberkesanan team Natalis menjaga saya, saya sambung lagi rawatan berpantang selama 28 hari lagi,”ujar Zizie.
“Ini Mungkin Gaji Saya Terakhir Sebagai Ahli Parlimen. Harap Muadz Jaga Motor Dengan Baik.” – Steven Sim
“Harga lebih kurang RM7,500 on the road, saya bayar semua. Ini di luar kawasan Bukit Mertajam, saya tak boleh guna peruntukan, jadi saya guna wang sendiri. Ini mungkin gaji terakhir saya sebagai Ahli Parlimen kalau kerajaan bubarkan parlimen bulan depan. Saya harap Muadz akan jaga moto ini baik-baik.”-Ahli Parlimen Bukit Mertajam dan Bekas Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Steven Sim Chee Keong
Kehidupan di dunia sarat dengan kesusahan. Namun ketika saat kita benar-benar memerlukan pertolongan, secara tiba-tiba ada individu tidak dikenali datang menghulur bantuan.
Amalan yang paling baik bagi manusia adalah dengan membuat orang lain bahagia, membantu meringankan kesusahan orang lain.
Nyata sikap prihatin yang ditunjukkan oleh Ahli Parlimen Bukit Mertajam dan Bekas Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Steven Sim Chee Keong mengundang sebak apabila membeli sebuah motosikal buat seorang lelaki setelah mengalami kecurian baru-baru ini. P
Bantuan yang diberi adalah menggunakan wang simpanannya sendiri. Lantaran pertolongan yang diberikannya itu diluar kawasannya parlimennya. Dengan ini bermakna tiada sebarang peruntukkan disediakan.
Tidak berkira untuk membantu mereka yang dalam kesusahan, dia berharap lelaki yang dibantunya itu menghargai sumbangannya dan menjaganya sebaik mungkin.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Hari ini saya di KL untuk bersarapan dengan Lawrence Wong , Timbalan Perdana Menteri Singapura. Ketika itu ada orang tag nama saya kat posting sedih seorang brader rider Lalamove Malaysia yang kehilangan motosikal.
Memang sedih sangat-sangat kisah brader ni . Namanya Muadz, dia OKU dan moto yang dia pakai untuk cari makan sebagai rider Lalamove hilang kena curi semalam. Berat sungguh ujiannya.
Selepas sarapan saya bergegas pi jumpa dengan Muadz. Asalnya dia ingat scam sebab tak percaya tapi sebab dah jem tak tau nak buat apa lagi, dia mai juga. Nothing to lose. Kami jumpa terus kat kedai moto dekat rumahnya.
Sampai kat kedai moto, Muadz menceritakan kisah hidupnya. Tahun lepas dia kena accident, kaki kanannya kini bengkok teruk dan dia terpaksa bergerak dengan tongkat.
Tapi demi mencari makan untuk anak isteri, Muadz tetap teruskan kerja sebagai rider Lalamove. Itupun gaji tak tinggi, kais pagi makan pagi, lebih kurang RM1300 sebulan.
Hutang kat rumah pula semakin bertambah. Bil api tertunggak hampir RM1000, bulan ini TNB kata nak potong bekalan.
Yuran bulanan tadika PASTI anak berumur 6 tahun pun RM1000 tak bayar sejak Mei tahun ini. Pihak PASTI dah hantar surat amaran bahawa anak akan ditahan dari segala aktiviti sekolah dan tak layak terima sijil berhenti .
Dia kata dia stress hari-hari pikiaq pasal hutang macam-macam bil. Tiba-tiba semalam motonya hilang dicuri orang. Jem terus tak tau nak buat apa.
Saya bagitau dia, hidup ini jangan putus harapan. Setiap ujian ada hikmahnya.
Hari ini Muadz akan dapat sebiji moto baru. Ini bukan mimpi, ini bukan scam. Kita dah takdir untuk berjumpa.
Ada kawan FB tag saya kat posting Muadz. Sebagai seorang ayah saya faham hati Muadz yang berusaha sungguh-sungguh demi menjaga anak-anak.
Saya benar-benar merasa kesedihan hati seorang ayah yang hilang upaya mencari nafkah untuk keluarganya. Dia sampai tak makan pun akan pastikan anak-anak dapat makan.
Moto EX5 usang lebih 10 tahun hilang, kini kita ganti balik dan upgrade kepada Honda Wave 125i. Geran letak nama Muadz terus.
Harga lebih kurang RM7,500 on the road, saya bayar semua. Ini di luar kawasan Bukit Mertajam, saya tak boleh guna peruntukan, jadi saya guna wang sendiri. Ini mungkin gaji terakhir saya sebagai Ahli Parlimen kalau kerajaan bubarkan parlimen bulan depan. Saya harap Muadz akan jaga moto ini baik-baik.
Bil-bil api tertunggak RM1000 saya juga settlekan. kalau tidak dalam bulan ini elektrik akan dipotong
Rakan saya Saudari Nurul Izzah Anwar call saya kata nak sumbang RM1000 untuk langsai hutang yuran tadika PASTI anak Muadz.
Muadz, ada hikmah di sebalik ujian. Tuhan gantikan yang lama dengan yang baru dan yang lebih baik. Kita sama-sama terus berusaha.
Kalau ada kawan-kawan yang nak beri sedikit sumbangan untuk bantu Muadz buat operation kaki, boleh salurkan ke akaun dia terus:
Hong Leong Bank : mohamad muadz bin jaafar –27850149176
Bila menyentuh soal perkembangan anak-anak, tentu ada ibu bapa yang meletakkan harapan yang tinggi pada anak. Hingga ada yang sanggup memarahi anak boleh dikatakan setiap hari.
Memang benar ia bertujuan untuk menegur anak tetapi secara psikologinya jika secara kerap ia akan menjejaskan keyakinan dalam dirinya.
Situasi ini menyebabkan kanak-kanak mudah tertekan dan ‘penat’ dengan persekitaran yang tertekan.
Sebagaimana yang diulas oleh saudara Mohd Fhais Salim menerusi perkongsian di facebooknya.
Moga kita cakna dalam mendidik anak-anak.
Anak kita pun tahu penat. Ini hakikat, walau dari luaran anak kita ni nampak macam bertenaga unlimited, tapi hakikatnya ia sangat-sangat limited di dalamannya.
– Sekali sekala anak kita perlu di biarkan buat apa yang mereka suka. Itu la yang akan buat jiwanya rasa hidup.
– Sekali sekala anak kita perlu di beri pilihan untuk memilih. Baik dari segi makanan ataupun pakaian. Itu la yang akan buat anak kita rasa tidak terkongkong hidupnya.
– Sekali sekala bila nampak anak kita buat kesalahan, kita sabar dan terus peluk dia. Itu la yang akan buat anak faham bahawa kita sayang dia tanpa bersyarat.
– Sekali sekala kita kena biarkan anak kita jadi budak-budak. Hidup tanpa stress, aturan dan kekangan yang melampau. Itu yang akan buat dia lebih bahagia pada kehidupannya.
– Sekali sekala kita kena letak jauh jauh High Expectation pada anak kerana itu la punca kita cepat penat dengan anak, dan anak cepat penat dengan kita.
– Sekali sekala kena empati pada ketidaksempurnaan anak kita. Itu la bukti besar yang kita memahami anak kita sendiri.
– Sekali sekala kita kena percaya pada kemampuan anak kita lebih dari kita percaya pada kelemahannya. Itu la yang akan beri kita dorongan ( drive ) untuk lebih membantu anak jadi berjaya.
Bila anak rasa penat, kita la tempat dia berehat dan bersandar refresh tenaganya. Tanpa kita, longlai la mereka kelak. Wallahu A’lam,
Faizal Hussein dedah cara romantik menghargai isteri dengan menukar cadar, mengemas rumah dan melakukan kerja rumah sendiri sejak kahwin, membuatkan ramai tersentuh dengan sikap penyayangnya.