Kasih ibu seluas lautan tanpa bersyarat, begitulah yang sering diperkatakan. Bahkan dengan kasih sayang ibu, semua keinginan dan keperluan seisi rumah diurus sebaik-baiknya.
Pun begitu, dalam meniti usia yang semakin meningkat dari hari ke hari, umumnya hati seorang ibu dikatakan begitu sensitif dan sebagai anak perlulah menyantuni ibu ayah dengan sebaik-baiknya.
Hal ini turut menarik minat Ustaz Khairul Anuar Basri untuk memberikan peringatan buat kita semua melalui perkongsian di fbnya. Semoga bermanfaat.
Jagalah hati ibumu. Kerana di situ terletak segala keajaiban. Bila hati ibu gembira, segala nikmat dunia akan kita rasa. Nikmat akhirat tak usah nak cerita la. Itu dah tentu lebih hebat dan tiada taranya.
Bila hati ibu sedih sebab kita, hidup kita pasti akan jadi susah. Buat apa pun serba tak kena. Kita akan hilang banyak perkara, sama ada yang kita nampak atau pun tak nampak.
Tapi ibu ni memang manusia istimewa.
Walau macamana sedih pun dia dengan kita, dia tak akan sesekali buang kita dari doanya. Bahkan dia akan tetap akui kita anaknya, walau seluruh dunia mungkin membenci kita.
Di depan kita mungkin dia akan ignore kita. Tapi di belakang kita dia angkat tangannya kepada Allah. Dia akan sebut bahawa dia redha dan maafkan kita. Dia halalkan segala makan minum kita. Dia nak hidup kita bahagia dunia dan akhirat.
Ads
Kalau kita bernasib baik, ibu kita akan layan kita macam biasa. Dia tak akan tunjuk yang dia terasa hati dengan kita. Tapi dalam hatinya hanya Allah saja yang tahu.
Jangan sombong dengan ibu kita. Jangan celupar mulut kita dengan ibu kita. Tak ada kita tanpa ibu. Tak ada manusia sehebat ibu. Kita nak dibandingkan dengan ibu, kita ni sangat hina. Tak payah sembang bagus la. Kita memang hina, ibu sangat mulia.
Walaupun kita kadang-kadang kita rasa tak suka dengan ibu kita. Walaupun kadang-kadang kita rasa tak setuju dengan ibu kita. Walaupun kadang-kadang kita terasa hati dengan ibu kita. Telan sajalah. Anggap saja itu ujian dan godaan syaitan untuk jauhkan kita dari rahmat seorang ibu.
Sejak dari hari pertama ibu jadi isteri ayah kita, sejak dari hari itulah ibu akan berkorban untuk kita. Kendong kita ke hulu ke hilir selama 9 bulan. Ibu tak akan mengeluh dan buang kita. Waktu bersalin, sakitnya ibu rasa. Darah banyak yang keluar. Urat banyak yang putus. Ibu tak akan merungut dan benci kita.
Semua tu bagai tak ada sebaik saja dengar bunyi tangisan kita. Segala sakit, susah dan penat hilang dalam sekelip mata.
Masa kita kecil, ibu jaga kita lebih dari jaga nyawa dia sendiri. Malam tak tidur kalau kita tak tidur. Siang ambil cuti kalau kita sakit. Selagi kita tak kenyang, ibu tak akan makan. Selagi kita tak tidur, ibu tak akan habis urusannya di dapur.
Ads
Sampai kita tua, ibu tetap pandang kita macam anaknya yang masih kecil. Dijaganya kita. Dimasaknya untuk kita. Dinasihatnya kita. Dibebelnya kita. Hebatnya seorang ibu.
Jangan sampai terhenti doa ibu untuk kita. Susah hidup kita nanti. Sebab itu kita kena selalu gembirakan hati ibu. Usaha untuk penuhi permintaannya. Dengar dan ikut cakap ibu.
Kena selalu minta ibu doakan kita. Doa ibu mustajab. Tidak ada hijab antara ibu dengan Allah SWT.
Ads
Beruntunglah orang yang masih ada ibu. Jagalah hati ibu baik-baik. Berhati-hati bila bercakap. Mulut jangan celupar. Pilih perkataan bila kita bercakap. Jangan ikut perasaan. Nada suara mesti rendah. Jangan angkat suara dengan ibu. Jangan sampai perasaannya terguris. Semakin ibu tua, semakin sensitif hatinya.
Kena selalu beringat. Apa layanan kita terhadap ibu kita, begitulah nanti layanan anak kita terhadap kita.
Bagi yang ibunya telah tiada, jangan lupa untuk terus doakan ibu setiap masa. Walau telah hilang 1 sumber doa dan kekuatan, jangan pula kebaktian kita terhenti bersama nyawa ibu. Teruskan berdoa semoga Allah ampunkan segala dosa ibu.
Selamat pagi semua.
Ingatlah ibu kita. Akan ada 1 masa kita rasa sangat susah, tak ada siapa pun yang akan sanggup tolong kita dunia akhirat lebih dari ibu kita.
Ya Allah, ampunkan dosa ibuku. Rahmatilah hidupnya dunia dan akhirat. Masukkan dia ke dalam syurgaMu tanpa hisab!
Bulan Ramadan ini ramai yang meraikan anak-anak yatin. Begitulah juga Datin Hajah Nor Fouziah Mohd Gous atau nama komersialnya, Fouziah Gous bersama suami Dato’ Haji Md Zhafran Md Yusof telah berkongsi cerita hari Jumaat di bulan Ramadan bahawa beliau dan ahli keluarganya berbuka puasa bersama team bisnes serta anak-anak yatim.
Apa yang menarik perhatian dengan perkongsian Fouziah Gaus, beliau tampil dengan penampila yang agak berbeza sehingga menarik perhatian netizen dengan memberi pujian dan melahirkan rasa kagum cara pakaiannya.
Warna biru lembut pilihan buat merek sekeluarga menghadiri majlis berbuka berkenaan.
Kanak-kanak sememangnya sangat suka dengan haiwan. Namun begitu ibu bapa tidak boleh membiarkan anak mereka yang masih kecil bersendirian bermain dengan haiwan liar yang berkeliaran.
Baru-baru ini tular satu video seorang kanak-kanak hampir digigit oleh seekor monyet sambil diperhatikan ibu bapanya sehingga seorang pakar veterinar drima_vet terpanggil untuk memberi respon terhadap video tersebut.
Pantau Anak-Anak Kecil
Menerusi video yang dimuat naik oleh drima_vet di TikTok, dia meluahkan rasa kesal akan situasi yang berlaku kepada kanak-kanak yang hampir menjadi mangsa serangan seekor monyet sebelum diselamatkan oleh ayahnya.
Tolonglah jaga anak-anak. Benda ni tak kelakar.
Menurut Dr Ima lagi, ibu bapa perlu memantau dan mengawasi pergerakan anak-anak apabila berada di kawasan haiwan liar untuk mengelakkan daripada perkara buruk berlaku dan boleh mencederakan anak mereka.
Menerusi video tersebut, dapat didengar suara gelak ketawa daripada individu yang merakam kejadian tersebut dan seakan terhibur dengan kejadian cemas yang sedang berlaku.
Pakar Veterinar yang aktif berkongsi info berkenaan haiwan di TikTok ini berpesan supaya orang ramai tidak mengganggu habitat liar kerana berkemungkinan haiwan tersebut akan menyerang apabila mereka rasa terancam.
Haiwan Liar Akan Dibunuh
Nanti monyet tu juga yang akan ditangkap dan dibunuh disebabkan menyerang kanak-kanak.
So basically you have to really understand, dekat situ pun dah ada tulis kawasan monyet liar jadi jangan kacau dan ganggu dia.
Beliau turut mengingatkan bahawa gigitan haiwan liar bukan sahaja akan menyakitkan tetapi manusia berisiko terkena penyakit berbahaya.
Katanya kanak-kanak tersebut bertuah kerana monyet itu tidak menggigitnya.
Menurutnya lagi, dia sebagai doktor veterinar pun sangat berhati-hati kalau berhadapan dengan haiwan liar demi keselamatan diri sendiri.
Lagi satu bahayanya monyet juga boleh bawa penyakit Zoonotik penyakit yang boleh berjangkit ke manusia.
Nak tambah ilmu tentang penyusuan susu ibu, jom join webinar PERCUMA Ya, Aku Mampu Susukan Anak! secara ONLINE pada 29 Oktober 2022. Daftar nama anda di SINI
Bila dua hati dah bersatu dan mengikat janji dalam satu perkahwinan, pastinya mereka mengharapkan hubungan yang terjalin akan berkekalan selamanya. Bukan hanya antara pasangan itu, malah orang di sekelilingnya juga turut mengharapkan yang sama.
Misalnya seperti yang diperkatakan oleh ayah kepada penyanyi yang berasal dari Filipina, Mark Adam, di mana pesan bapanya dia mahu putuskan hubungan dengannya jika dia menyakiti isterinya Norazah Redzuan, atau Ezan, 42.
Memetik laporan Harian Metro, pesanan itulaj yang menjadi ikrar cinta Mark atau nama Islamnya Fikri Mark Adam Abdullah yang memilih untuk mencintai Ezan seorang saja sejak berkahwin pada 2003.
“Masa saya pergi masjid nikah, kita kan berjanji depan imam dengan Tuhan. Jadi, saya kena pegang janji itu.
“Satu lagi kerana bapa saya. Saya tak tahu apa yang isteri cakap kerana pertama kali dia ke Filipina, dia pergi seorang. Saya tak boleh keluar (Malaysia) kerana nak dapat status bermastautin tetap.
“Jadi, bila keluarga ajak balik, dia pergi seorang. Masa dia di sana, bapa hubungi saya. Dia cakap, kalau saya sakiti isteri saya, dia suruh lupakan dia sebagai bapa saya,” katanya.
Pelantun lagu Marry Me itu juga menjadikan bapanya sebagai contoh terdekat apabila menyentuh mengenai sebuah perkahwinan yang cukup kukuh.
“Bapa saya pun pilih seorang wanita saja dalam hidupnya iaitu ibu saya. Ini pilihan masing-masing, saya pilih seorang. Apa-apapun terjadi, kita sudah janji untuk bersama, dan kena pegang kuat-kuat. Nak bergaduh, bergusti, atau apa pun terjadi, kami sudah berjanji,” katanya.
Sumber : Harian Metro
Nak beli hadiahhadiah untuk suami? Barang ni cantik, harga pun murah! Beli kat sinisini
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di