Jagung Cheese Leleh Terlajak Berkrim, Lebih Lemak & Umphh. Buat Anak Makan Tanpa Henti, Begini Cara Buatnya!

Share

Jagung rebus yang sememangnya enak dan menjadi kegemaran anak-anak. Baik direbus mahupun dibuat cucur jagung, sememangnya ibu-ibu dah tak payah nak fikirkan menu lain. Jom cuba resipi jagung cheese yang dikongsikan oleh puan Aszulia Tajuddin Meeracle

ini. Anak-anak yang sukakan cheese pasti gemar akan terpikat dengan menu yang disediakan ini.


Menu petang.Untuk yang ada jagung dirumah ya maok cuba kelainan apa kata try jagung cheese tok.Perghhh… kompom uols Sik cukup makan
Jagung cheese is done! Ajuh pergi rumah #
maksinga

Resepi simple debah tok.
  • Jagung direbus dolok biar kasi empuk.
  • Dah mendidih jagung ya tek, buang separuh air rebusan jagung ya untuk digantikan dengan susu cair
  • Masuk gula dan garam secukup rasa kitak. Masokkan marjerin 2 sudu.
  • Last sekali cheese slice ikot suka uolss
  • Siappp dah.Bole share uolss . Tenkiu

#maksingakitchen
#jagungcheese

IKLAN