Setiap kali pergi pasar malam, mesti akan beli jagung cawan kan? Rasa manis lemak makan pula panas-panas memang best!

Kalau nak beli untuk satu keluarga, jenuh juga la ye… Tu belum lagi cerita sorang satu tak cukup! So.. dari beli makan tak puas baik buat sendiri je.

Resipi ini telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook iaitu Nadzirah Ismail.

Jom kita cuba buat.

Resipi Jagung Cheese Susu Viral

Bahan-bahan:

Jagung
1 sudu marjerin/ planta
1 tin susu cair
1 mangkuk kecil susu pekat
1 sudu teh garam
1 cawan air masak
Cheese slice (ikut suka lagi banyak lagi sedap)

Jagung Cheese Viral Lemak Manis, Makan Waktu Cuaca Sejuk Memang Ngam!

IKLAN

Cara-cara membuatnya:

1. Cairkan majerin atau planta dan masukkan susu cair.

2. Perasakan dengan garam dan letak sedikit susu pekat yang dicampur dengan air masak.

3. Biar mendidih dan masukkan jagung. Masak sampai jagung empuk.

IKLAN

Jagung Cheese Viral Lemak Manis, Makan Waktu Cuaca Sejuk Memang Ngam!

4. Tutup api dan letak cheese atas jagung.

Jagung Cheese Viral Lemak Manis, Makan Waktu Cuaca Sejuk Memang Ngam!

5. Siap untuk dihidang kepada semua.

IKLAN

Jagung Cheese Viral Lemak Manis, Makan Waktu Cuaca Sejuk Memang Ngam!

Mudah je kan! Tak renyah pun. Korang kena letak air dalam susu pekat tu. Takut teksture kuah cheese nanti terlalu pekat.

Biarkan sampai jagung empuk baru korang letak cheese. Cheese ni cepat cair. So, kena letak akhir sekali.

Selamat mencuba.

Sumber: Nadzirah Ismail

Dapatkan Telaga Biru Pakej Kenal Jawi Kenal Al Quran Set dengan kos diskaun RM5, dengan menggunakan  kod KELGST5 di sini

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI