Jahit Sendiri Mask. Mudah Sangat Ikut Pola Ni!

Share

Penularan virus corona ketika ini cukup membimbangkan kita di seluruh dunia. Pelbagai langkah pengawalan dan pencegahan perlu dilakukan dipelbagai peringkat.

Malah kesedaran ini boleh dilakukan bermula dari ahli keluarga kita sendiri  tentang pentingnya pemakaian topeng muka atau mask buat masa ini.

Pun begitu, boleh dikatakan agak sukar pula untuk kita mendapatkan stok mask dipasaran dek kerana permintaan orang ramai melebihi penawaran.

Jadi apa kata, kita diy dengan menjahit sendiri, bukan ini bukan sahaja selesa dipakai malah boleh dicuci berkali-kali untuk menjamin kebersihannya.

Di sini dikongsikan tutorial untuk mudahkan anda menjahitnya sendiri. Jom semak.


Tutorial face mask ( kids size )
“Di sebab kan ada yang bertanya untuk cara mama yatt jahit face mask ni… Mama bagi lah cara mama jahit taw..cara jahit ada di caption gambar taw .. boleh lah sesiapa nak follow… @ share pun boleh je.. semoga ilmu tak seberapa ni bermanfaat utk semua ” -Ryatie Rafizan. 

step 1: Sediakan pola dengan ukuran ini untuk saiz kanak-kanak.

Step 2 : Potong kepada empat bahagian seperti ini.

Step 3 : Temukan bahagian cantik-cantik.

Step 4: Jahit bahagian lengkung kedua-dua lapisan.

Step 5 : Buka dan dapatlah seperti ini.

step 6: Tenukan bahagian cantik-cantik dan jahit bahagian atas dan bawah sahaja.

Step 7 : Jahit bahagian atas dan bawah sahaja.

Step 8 : Kemudian terbalikkan.

Step 9 : Potong getah kecil 4.5 inci  x 2

Step 10 : Lipat ke dalam bahagian tepi dan masukkan getah di tepinya. Kemudian jahit tindih.

Step 11 : Masukkan hujung getah satu lagi ke bahagian bawah pula.Dan teruskan jahit tindih keseluruhan mask.

Siap

sumber : Ryatie Rafizan 

 

 

IKLAN