Ads

Jalil Hamid Meninggal Dunia Dalam Tidur, Anak Kongsi Detik Akhir Ayah

Pelakon veteran tanah air, Jalil Hamid dilaporkan meninggal dunia sekitar tengah hari tadi.

Berita sedih itu dikongsikan oleh anaknya, Afiqah Jalil ketika dihubungi media sebentar tadi.

Menurut Afiqah, ayahnya berada di rumah sebelum menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 12.30 tengah hari.

“Betul, ayah saya meninggal dunia jam 12.30 tengah hari tadi dalam tidur.

“Pagi tadi dia bangun untuk solat Subuh, kemudian tidur semula. Apabila mak cuba kejutkan tengah hari, dia sudah tidak sedarkan diri,” katanya pada Isnin.

Menurut Afiqah, Allahyarham sebelum ini mempunyai masalah jantung.

Jalil Hamid Meninggal Dunia Dalam Tidur, Anak Kongsi Detik Akhir Ayah

Ads

Jenazah Allahyarham akan disolatkan di Masjid Al-Munawwarah dan dikebumikan selepas Asar di Tanah Perkuburan Islam USJ 21.

Allahyarham Abdul Jalil Abdul Hamid, 69, merupakan seorang pelakon, penyanyi, pelawak, pengarah, penerbit dan pengacara.

Beliau mula menceburi bidang seni sejak tahun 1984.

Ads

Sepanjang pembabitannya dalam industri seni tanah air, Jalil yang popular dengan single berjudul Ayam dan Raya turut terlibat dalam penghasilan lebih 30 filem, 25 lagu serta 70 telefilem dan drama tempatan.

Pemergian Allahyarham menjadi khabar duka buat keluarga, rakan seperjuangan seni serta peminat yang mengikuti perjalanan seni beliau sejak sekian lama.

Salam takziah buat seluruh keluarga Allahyarham Jalil Hamid.

Ads

Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

Al-Fatihah.

BACA LAGI : “Ayah Sekarang Banyak Luangkan Masa Bersama Keluarga” – Jalil Hamid

Sumber : Sinar Harian 

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di

KLIK DI SEENI
Ads

Cerita Keluarga Lain

Syasya Rizal Kongsi Kisah Inspirasi Kahwin Muda, Hidup Lebih Matang Dan...

Syasya Rizal berkongsi pandangan tentang kahwin muda, fasa menjadi isteri dan ibu serta bagaimana rumah tangga mematangkan dirinya.